Bab 11

Other Completed 6875

BAB 11

"Along, kenapa kau stop study. Itu kan cita-cita kau dari dulu lagi." Fahael menongkat dagu di hadapan abangnya yang sedang berbaring di atas sofa.

Fayyad mengalihkan tubuhnya membelakangi Fahael, malas nak melayan adiknya itu. Sejak dia pulang ke pangsapuri, adiknya tidak henti-henti bertanya soalan yang sama. Fahael mencebik. Perlahan-lahan Fahael meningalkan abangnya. Langkahnya dibawa ke dapur.

"Orang tanya sikit pun tak nak jawab. Eh, menyampah la." Fahael meneguk air kosong daripada gelas. Mulutnya tidak henti-henti membebel.

Fayyad yang mendengar bebelan Fahael segera melangkah ke arah dapur lalu duduk di kerusi kabinet dapur. Dia pula yang menongkat dagu di situ. Fahael masih tidak perasan keberadaan abangnya itu kerana dia sedang memcuci gelas. Dia sedikit terkejut apabila berpusing ke belakang, abangnya itu tersengih kepadanya.

"Dah habis bebel ke mak cik Fahael oii." Fayyad menarik telinga adiknya lalu ke ruang tamu.

"Sakitlah woi." Fahael merentap tangan Fayyad lalu menggosok-gosok telinganya yang mula kemerahan.

Fayyad menghempas tubuhnya ke atas sofa lalu mencapai remote televisyen. Selepas itu dia menepuk-nepuk sofa di sebelahnya memanggil Fahael duduk. Fahael pun duduk di sebelah abangnya.

"Kau nak tahu kenapa aku stop study? Aku bosan study medic ni. Kena hafal itu, kena hafal ini. Aku ni bukannya pandai sangat nak hafal-hafal teori tu semua." tipu Fayyad.

Fahael mengerut dahinya. Alasan Fayyad memang tidak masuk akal. Dia kenal sangat abangnya itu, kalau bab belajar ni serahkan saja pada dia. Fahael malas nak bercakap banyak, dia berlalu meninggalkan Fayyad.

'Aku tahu angah, kau tak percaya cakap aku.' Fayyad bermonolog. Tapi dia tidak kisah pun.

***

Pagi-pagi lagi Fayyad sudah mendapat panggilan daripada Izam. Akhirnya berita yang dia nantikan dapat juga diketahui. Izam meminta Fayyad untuk datang ke flat dan bertemu di tempat biasa mereka dahulu.

"Kau mesti terkejut dengar berita ini bro." ujar Izam.

Fayyad mengerutkan dahinya. Berita apa pula yang hendak disampaikan oleh Izam. Fayyad memeluk tubuh lalu duduk di tebing flat.

"Sudah hampir dua minggu aku follow kawan kau si Joshua. Dia banyak juga berhubung dengan Dragon. Aku tak dapat banyak info bila follow dia hingga aku curi masuk rumah Dragon. Then aku jumpa ini." Izam menyerahkan sebuah sampul kepada Fayyad.

Fayyad menyambut sampul itu. Dia memandang Izam meminta kepastian. Izam pula hanya tersenyum sambil menepuk sampul itu. Fayyad mengeluarkan isi sampul tersebut. Dia terkejut melihat isi tersebut.

"Apa semua ni Izam? Aku tak faham. Serius." Fayyad meraup wajahnya. Sekarang dia betul-betul tidak faham dengan apa yang terjadi.

Di dalam sampul itu terdapat tiga keping gambar vintage. Gambar pertama ialah gambar Dragon dan Razak. Gambar kedua ialah Dragon,Razak dan seorang lelaki yang tidak dikenali. Gambar kedua pula Dragon, Razak, ibunya dan lelaki yang tidak dikenali.

"Aku rasa, kau kena tanya pada ayah kau." Ujar Izam.

Fayyad berlari ke arah rumah flatnya. Dia harus tahu tentang semua itu. Dia pasti Razak dan Dragon sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Fayyad meluru masuk ke dalam rumah dan ternampak Razak sedang tidur di ruang tamu.

"Hoi, kau bangun!" jerit Fayyad.

Razak yang sedang tidur terus terjaga. Dia terkejut melihat Fayyad di hadapannya.

"Kau nak apa lagi Fayyad. Tak puas lagi kau tumbuk aku haritu. Dah la, baik kau pergi." ujar Razak.

Fayyad tersenyum sinis lalu dia melempar sampul tersebut ke arah Razak. Jarinya dituding ke arah sampul itu. Razak mencapai sampul itu teragak-agak. Perlahan-lahan isi sampul dikeluarkan. Dia terkesima melihat gambar-gambar tersebut lalu dia memandang Fayyad.

"Aku tak tahu apa-apa. Baik kau pergi." Razak menghulur sampul itu kepada Fayyad. Tapi Fayyad tidak menyambut sampul itu lalu dia menarik kolar baju Razak.

"Baik kau cerita semua perkara pada aku." Fayyad mendekatkan wajahnya pada Razak.

Razak bertindak menumbuk Fayyad lalu melarikan diri. Fayyad jatuh tersembam di atas lantai. Tanpa berfikir panjang, dia segera mengejar Razak. Langkahnya dipercepatkan menuruni anak tangga. Dia harus tahu semua rahsia itu hari ini juga. Razak berlari memanjat tangga blok flat B hingga ke bumbung. Sedang dia berlari, Razak tersepak timbunan kotak lalu dia terjatuh. Fayyad segera mendapatkan Razak.

"Cepat beritahu aku semuanya." Jerkah Fayyad kuat.

"Sebenarnya...." belum sempat Razak berkata apa-apa, satu das tembakan dilepaskan dari satu arah mengenai dada Razak.

Fayyad terkejut. Dia mencari arah peluru dilepaskan dan dia ternampak Joshua yang sedang berdiri di atas bumbung blok A. Joshua melambai tangannya pada Fayyad lalu berlalu pergi. Fayyad memandang Razak, kesan tembakan ditekan dengan tangannya agar tidak banyak darah mengalir.

"Fay...yad, lelaki da..lam gambar tu a..yah kau. Dia adik Dragon... Aku cuma.. Bantu ibu kau sa..ja."Razak menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Fayyad.

Fayyad meraung meratap nasib dirinya. Apa lagi rahsia yang tersembunyi. Dia sudah tidak sanggup hadapi semua itu. Dia penat dengan semua permainan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience