Bab 12

Other Completed 6875

BAB 12

"Macam mana kau buat kerja Joshua. Habis plan kita. Mesti Fayyad dah tahu banyak pasal aku." Dragon menumbuk meja kaca di hadapan hingga pecah. Hatinya sakit sangat bila anak buahnya gagal melaksanakan tugasan.

"Sorry bos, aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku tembak je si Razak. Alih-alih Fayyad nampak aku pula." Joshua menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Dragon melangkah ke dalam lif khas bersama Joshua. Lif menuruni 40 tingkat ke bawah tanah iaitu bilik rahsia mereka. Setibanya di bilik rahsia, Dragon memetik jarinya dan lampu terbuka. Di dalam bilik rahsia terdapat sebuah bilik kebal yang hanya boleh dibuka oleh Dragon.

"Adi, dulu kau susahkan aku. Sekarang ini anak kau pula. Kau memang sial Adi." jerit Dragon.

Seorang lelaki bernama Adi terlantar tidak sedarkan diri di atas katil dalam bilik kebal. Tubuhnya dipenuhi wayar. Sudah lama Adi koma setelah Dragon mengkhianatinya. Dragon menepuk bahu Adi perlahan-lahan.

"Aku pasti, anak kau akan cari kau tak lama lagi. Jangan risau bro." ujar Dragon sambil ketawa sinis.

Tiba-tiba tubuh Adi menggelepar di atas katil, kadar bacaan nadinya juga meningkat hingga doktor yang ditugaskan menjaga Adi terpaksa menyuntiknya ubat penenang. Pergerakan Adi semakin perlahan akhirnya dia langsung tidak bergerak. Hanya dadanya yang masih turun naik seperti ombak.

Telefon bimbit Joshua berdering dan di skrin tertera nama Fayyad. Dia menolak panggilan itu. Joshua masih belum bersedia bertemu dengan Fayyad.

"Siapa call kau?" soal Dragon.

"Fayyad bos." Joshua menunjuk skrin telefonnya kepada Dragon.

Dragon mengangkat jari telunjuknya lalu menunjuk arah pintu keluar. Joshua memahami arahan Dragon lalu dia melangkah keluar. Fayyad masih tidak henti-henti menghubunginya. Joshua segera ke arah tempat parkir kereta. Joshua mengeluh kasar setelah dia masuk ke dalam kereta. Dia tidak tahu bagaimana nak berdepan dengan Fayyad.

"Hello Joshua."ujar satu suara dari tempat duduk belakang. Terdapat sebilah pisau lipat yang diletakkan di leher Joshua.

Joshua cuba memerhati wajah pemilik suara dari cermin sisi. Lelaki itu memakai topeng muka bersama kaca mata hitam. Lelaki itu membuka topengnya dan tersenyum kepada Joshua. Dia segera menutup semula wajahnya pabila Joshua sudah mengenali dirinya.

"Fayyad, maafkan aku." ujar Joshua separuh merayu.

"Kau pandu cepat kereta ini atau kau mati. Aku tahu kau kuat untuk lawan aku. Tapi dalam keadaan sekarang, aku kuasai permainan." ujar Fayyad.

Joshua segera memandu keretanya keluar dari perkarangan One Holding. Dia tidak tahu arah tujunya. Fayyad yang meberi arahan kepadanya sekarang. Keretanya kini memasuki perkarangan sebuah banglo dan Joshua kenal banglo itu. Banglo kepunyaan keluarganya. Setelah kereta diberhentikan, Fayyad menarik Joshua keluar dan masuk ke dalam banglo.

"Mei Lin !" jerit Joshua apabila ternampak gadis itu terikat di tiang rumahnya. Nampaknya Mei Lin tidak berdaya. Fayyad menolak Joshua ke arah Mei Lin.

"Aku tahu Mei Lin adik kau. Kau tak boleh perbodohkan aku Joshua. Ketika kau sibuk dibodohkan Dragon, aku kembali ke Beijing dan bawa Mei Lin ke sini dengan alasan kau kemalangan dan koma." Fayyad menghampiri Mei Lin dan memotong tali yang mengikat tubuhnya.

Joshua menyambut tubuh Mei Lin lalu wajah gadis itu ditampar perlahan pipi Mei Lin.

"Kau harus bantu aku Joshua. Aku letih dengan semua ini." Fayyad merayu kepada Joshua. Kaki Joshua ditariknya lalu dia menyembamkan wajah. Joshua terkejut dengan tindakan Fayyad. Cepat-cepat dia menarik kakinya.

"Jangan Fayyad. Aku tak boleh bantu kau." Joshua memeluk erat Mei Lin lalu menjauhkan diri mereka daripada Fayad.

Fayyad mula mengamuk. Tembikar seramik di sebelah disepak hingga pecah berkecai. Dia tidak dapat menahan amarahnya. Joshua bangun lalu menahan Fayyad. Tangan Fayyad dikilas ke belakang. Fayyad meronta-ronta minta dilepaskan.

"Okay Fayyad. Aku bantu kau. Aku akan cerita pada kau semua rahsia Dragon." ujar Joshua.

Fayyad dan Joshua duduk di gazebo yang berada di luar banglo. Tidak lama selepas itu, Mei Lin datang membawa dua mug teh hijau. Fayyad kelihatan lebih tenang.

"Aku yakin Razak dah cerita pada kau tentang Adi iaitu bapa kandung kau. Dulu bapa aku kerja dengan Dragon. Aku tipu kau saja yang Dragon jumpa aku tu. Dragon khianati bapa kau dan tidurkan dia selama bertahun-tahun. Dia masih hidup dan ditempatkan di One Holding." ujar Joshua.

Fayyad terkejut. Lidahnya kelu, dia tak tahu nak berkata apa. Dragon yang kononnya baik begitu buruk sikapnya.

"Dragon juga cuba nak gugurkan kau ketika itu ibu kau baru mengandungkan kau tiga bulan. Tapi, Razak iaitu kawan Adi yang tolong ibu kau. Razak sebenarnya tension sebab anak buah Dragon selalu mengugutnya hinggalah aku pula yang ditugaskan mengugutnya. Fahael itu pula sebenarnya anak Razak. Adi dipaksa menceraikan ibu kau." sambung Joshua lagi.

"Di mana bapa aku Joshua. Aku perlu selamatkan dia" soal Fayyad penuh berharap.

Joshua mencari sesuatu di dalam telefonnya lalu dia menunjuk pada Fayyad. Gambar Adi yang sedang koma. Wajah Adi sangat mirip dengan Fayyad dan itu membuatkan air mata Fayyad mengalir laju. Joshua memberitahu Fayyad mengenai bilik rahsia tersebut dan sistem keselamatannya.

"Joshua, kau harus bantu aku. Aku akan seludup masuk bilik itu. Kau tolong aku dapatkan cap jari Dragon. Aku dan kawan aku akan keluarkan bapa aku. Aku ada satu lagi job untuk kau........" Fayyad tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience