Bab 14

Romance Completed 6921

BAB 14

Dragon menumbuk dinding di sebelahnya kemudian seorang demi seorang anak buahnya ditumbuk. Dia menunggu kedatangan Joshua dari tadi. Que yang paling teruk dibelasah kerana dia tidak mengawal pergerakan Fayyad sejak seminggu yang lepas. Akhirnya Joshua pun tiba. Wajah Joshua kelihatan tenang. Tapi dalam hatinya bagaikan gunug berapi yang sedang meletus.

"Joshua ! Kau ke mana semalam?" soal Dragon.

"Semalam aku stay di apartment la. Buat apa lagi. Dah kenapa anak buah aku pun bos belasah ni." Ujar Joshua tenang.

Dragon mengusap janggutnya. Nampak seperti dia was-was dengan jawapan Joshua.

"Adi hilang." ujar Dragon.

Joshua seakan-akan terkejut. Kemudian dia segera memeriksa CCTV. Dalam hatinya dia memuji Fahael yang berjaya menggodam sistem itu.

"Macam mana boleh hilang. Itu ada saja dalam tu."ujar Joshua sambil menunjuk ke arah skrin.

"Tu bukan yang betul. Aku dah cuba betulkan sistem tadi. Tapi tak boleh. Mana aku nak cari Adi. Ini mesti kerja si Fayyad." jerkah Dragon.

"Fayyad? Bukannya dia tak tahu tentang bilik underground tu." Joshua mengerutkan dahinya.

Dragon menghempas tubuhnya ke atas sofa. Dia runsing memikirkan masalah yang berlaku. Mesti ada pengkhianat di antara mereka. Tidak mungkin Joshua, sedangkan Joshua yang menjayakan rancangannya selama ini.

***

Fayyad tertidur di sisi katil setelah memeriksa keadaan ayahnya. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu menyentuh tangannya. Cepat-cepat dia bangun dan dia melihat Adi sedang memegang tangannya.

"Ayah dah sedar ya. Sebentar ya, saya periksa ayah." Fayyad mencapai steteskop lalu meriksa ayahnya.

Pandangan Adi tidak dilepaskan pada Fayyad. Rasanya sudah lama dia tidur dan dia tidak kenal anak muda di hadapannya. Dia terfikir akan isterinya yang sedang mengandung dan di mana dia berada sekarang.

"Siapa kamu?" soal Adi sambil memegang tangan Fayyad.

"Saya anak ayah. Saya Fayyad." Fayyad mengesat air matanya yang mula mengalir. Dia terharu kerana dapat berjumpa dengan bapa kandungnya.

Adi mengerutkan dahinya. Tak mungkin anaknya sudah besar. Baru semalam dia melafazkan cerai pada isterinya. Dia bingung.

"Tapi, anak saya masih belum lahir."ujar Adi kebingungan.

"Tidak ayah. Itu 21 tahun yang lalu. Ibu pun dah meninggal. Dragon yang buat ayah koma."ujar Fayyad.

Adi menyentuh wajah Fayyad. Wajah itu sangat mirip dengannya. Dia ingat lagi saat Dragon mengkhianatinya. Dia juga tidak sangka anak dan isterinya akan menderita sebegitu rupa.

"Ayah rehat ya. Nanti ada seorang budak lelaki akan bawa makanan untuk ayah. Nama dia Fahael. Saya keluar sebentar ya." ujar Fayyad lalu berlalu pergi.

Keretanya dipandu ke rumah Ayara. Dia terkejut melihat perkarangan rumah Ayara yang dipenuhi orang ramai. Dia memarkir keretanya di tepi jalan lalu berjalan masuk ke perkarangan rumah.

"Pakcik, apa yang jadi ya?" soal Fayyad pada salah seorang orang tua.

"Ada orang meninggal. Kesian anak dia. Dah la buta, kemudian mak dia pula meninggal." ujar pak cik tersebut lalu berlalu pergi.

Fayyad masuk ke dalam rumah dan dia ternmapak sekujur tubuh yang telah siap dikafan. Ayara pula sedang menangis di sebelah tubuh itu. Tidak sanggup dia melihat gadis itu bersedih. Jika boleh mahu saja dia memeluk Ayara untuk menenangkan gadis itu. Tapi tak mungkin dia lakukan itu semua di hadapan orang ramai.

Setelah selesai perkebumian, Ayara masih lagi duduk di tepi pusara ibunya. Orang ramai juga sudah beransur pulang. Fayyad yang sejak tadi berdiri di belakang pokok menghampiri gadis itu.

"Ayara."

Ayara mencari punca suara itu. Wajahnya yang terlindung dengan selendang diselak.

"Fayyad, awak ke tu?" soal Ayara sambil mengesat air matanya.

"Ya saya." Fayyad memegang bahu Ayara lalu membantu gadis itu berdiri. Dia tak sanggup nak biarkan gadis itu keseorangan.

"Awak tinggal dengan saya okay." ujar Fayyad.

Ayara menolak perlawaan Fayyad dengan baik. Sudahlah dia menyusahkan lelaki itu. Kini nak tinggal dengan lelaki itu pula. Tidak mungkin.....

Fayyad tetap berkeras. Dia tak boleh tinggalkan Ayara sendirian. Fayyad menarik tangan Ayara ke arah keretanya.

"Lepaskan saya Fayyad. Saya taknak susahkan awak." jerit Ayara sambil meronta-ronta.

Fayyad memeluk Ayara erat dan membuatkan gadis itu terkaku.

"Awak dengar sini Ara, kalau awak taknak susahkan saya. Baik awak ikut saya." ujar Fayyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience