Bab 7

Other Completed 6875

BAB 7

Kini sudah hampir tiga bulan Fayyad bergelar pelajar perubatan di Institut Perubatan. Stephen pula bagaikan sudah menjadi sahabat baiknya. Di mana ada Fayyad, di situ ada Stephen. Joshua pula tak henti-henti melabel mereka berdua sebagai gay boy.

"Weh, susah gila test tadi. Mahu gila aku dibuatnya." ujar Stephen apabila keluar dari bilik kuliah.

"Susah kebenda. Soalan tanya pasal jantung dengan struktur saraf ja bro. Ni mesti kau tak hafal bahagian-bahagian jantung kan." Fayyad menepuk-nepuk bahu Stephen menenangkan kawannya itu.

Mereka berjalan ke arah kafe untuk membasahi tekak yang kering. Fayyad mengeluarkan telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat mesej daripada Fahael.

"Bro, aku perlu pergi. Sorry bro." Fayyad berlari meninggalkan Stephen. Dia membuka telefon bimbitnya dan menekan aplikasi Grab Taxi untuk mendapatkan teksi. Lama Fayyad menunggu di hadapan pondok pengawal. Hatinya sudah tidak senang. Dia memikirkan keadaan Fahael. Teksi yang ditunggu olehnya akhirnya tiba. Destinasi yang dituju ialah Ampang Medical Center.

Fayyad berlari ke kaunter pendaftaran. Setelah mendapatkan maklumat tentang Fahael, dia segera ke bilik Fahael. Fayyad terkaku di muka pintu melihat Fahael yang terlantar di atas katil. Kakinya berbalut simen. Wajahnya terdapat kesan calar.

"Angah... Macam mana kau boleh accident ni." Fayyad mengusap kepala adiknya. Perasaannya yang risau jelas tergambar di wajah.

"Angah okay je along. Tadi angah cuai sikit masa nak lintas jalan." ujar Fahael sambil ketawa perlahan.

Fayyad memeluk tubuh sambil menggeleng kepalanya. Dia tak tahu apalah yang akan jadi pada dirinya jika dia kehilangan Fahael pula.

"Kau lain kali jangan cuai angah. Next week kau dah nak exam. Aku risau tahu. Kalau kau terus cuai macam ni. Memang aku stop study la." ujar Fayyad lagi.

"Kau jangan buat hal along. Aku okay. Aku janji dengan kau aku takkan cuai lagi." ujar Fahael.

Pada malam itu Fayyad terpaksa meminta kebenaran dari seniornya untuk menjaga Fahael. Jika adiknya betul-betul sembuh baru dia akan pulang ke Institut semula.

***

Fayyad membantu Fahael untuk pergi ke sekolah. Sepanjang Fahael menduduki peperiksaan, Fayyad yang banyak membantu pergerakan adiknya. Sedang leka Fayyad menunggu adiknya habis menduduki peperiksaan, dia ternampak seorang gadis buta sedang melintasi jalan dengan blind stick miliknya. Tiba-tiba dia nampak sebuah lori meluncur laju menuruni bukit yang berada di hujung jalan itu.

Fayyad segera berlari ke arah gadis itu lalu menariknya ke tepi jalan. Tubuh Fayyad terhempas ke atas tempat jalan kaki. Gadis itu pula kaku di dalam pelukan Fayyad.

"Cik tak apa-apa?" Fayyad segera memeriksa keadaan gadis itu.

Luka pada dahinya diabaikan. Dia segera membantu gadis itu berdiri.

"Saya tak apa-apa. Encik okay?" tangan gadis itu menyentuh wajah Fayyad perlahan-lahan. Jemarinya tiba-tiba terpegang luka Fayyad. Fayyad mengaduh perlahan kerana terasa pedih.

"Maafkan saya encik. Encik cedera ni." Gadis itu mengeluarkan sapu tangannya lalu dihulurkan kepada Fayyad.

Fayyad mencapai sapu tangan itu lalu mengelap darah yang mengalir di dahinya. Setelah membantu gadis itu melintas jalan, Fayyad kembali ke keretanya. Pandangan matanya tetap mengikut langkah gadis itu hingga hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience