Bab 13

Other Completed 6875

BAB 13

Fayyad merancang rapi rancangannya dan dia juga telah mengkaji struktur bilik rahsia itu dengan teliti. Izam juga banyak membantunya mengkaji sistem keselamatan bilik itu. Pada malam rancangan itu dijalankan, Fayyad meminta Joshua dan Izam berkumpul di pangsapurinya.

"Joshua kau dah dapat cap jari Dragon?" soal Fayyad.

Joshua mengangguk lalu mengeluarkan sesuatu daripada poket baju sejuknya. Pita pelekat yang mempunyai cap jari Dragon diletakkan ke atas meja. Sebagai langkah berjaga-jaga, Joshua mendapatkan lebih banyak cap jari Dragon. Fayyad tersenyum. Joshua boleh diharap.

"Izam, kau dah kaji second lock yang tempatkan bapa aku?" soal Fayyad lagi.

"Dah, aku boleh buka lock itu. Ini Izam la." Izam menepuk bahu Fayyad sambil tersenyum.

Fahael yang bersembunyi di sesuatu sudut akhirnya berjalan keluar. Dari tadi lagi dia mencuri-curi dengar perbualan abangnya. Dia berharap sangat dia boleh tolong.

"Along, boleh aku bantu?" soal Fahael.

Fayyad,Joshua dan Izam memandang Fahael. Fayyad mengerutkan dahinya. Dia tak mahu bahayakan Fahael. Tapi Fahael terus merayu.

"Okaylah, aku dan Izam akan masuk ke dalam bilik itu melalui ruang udara khas di atas bumbung One Holding. Maybe ambil masa sikit nak sampai bawah sana. Joshua akan turun ke bawah tanah dan buka first lock dengan cap jari Dragon dan dia akan buka skru penutup ruang udara tu untuk aku dan Izam masuk. Fahael boleh kau uruskan CCTV untuk kitorang?" soal Fayyad.

"Of course boleh. Aku pro bab tu. Tapi aku perlukan video-video CCTV tu yang lama supaya along dan abang Izam tak dikesan." Fahael menggaru-garu kepalanya.

Joshua menepuk belakang Fahael lalu menghulurkan sekeping CD. Di dalam CD itu terdapat banyak playback CCTV. Fahael terjerit gembira. Akhirnya mereka dah boleh manjalankan semua rancangan itu.

Joshua bergerak dahulu ke One Holding untuk menjalankan dahulu tugasnya dan satu lagi tugas. Fahael mendapatkan laptop dan tabletnya. Dia perlukan kedua-dua gadget itu untuk menggodam sistem keselamatan bilik rahsia.

Setelah mendapat isyarat daripada Joshua, mereka mula bergerak ke One Holding. Setibanya di One Holdong Fahael memulakan tugasnya, dia menyusup masuk ke dalam bilik kawalan CCTV dan terus menggodam CCTV di bilik rahsia. Setelah selesai dia kembali ke kereta dan memberi isyarat kepada Fayyad.

Fayyad dan Izam mula memanjat bangunan One Holding menggunakan laluan rahsia. Setibanya di atas bumbung Fayyad dan Izam memasuki ruang udara dan mereka meluncur laju hingga ke ruang bawah tanah. Fayyad mengeluarkan walkie-talkie.

"Fahael bersihkan kesan atas bumbung. Joshua bagi aku masa 10 minit." ujar Fayyad.

Mereka keluar melalui penutup ruang udara yang telah dibuka oleh Joshua sebentar tadi dan berjalan melepasi first lock. Izam memulakan tugasnya untuk membuka second lock. Izam mengeluarkan dawai sepancang 4 cm dan sebatang besi kecil. Dia cuba membuka second lock itu.

1 minit berlalu.....

2 minit berlalu....

"Cepat Izam, nanti bilik itu akan dipenuhi air jika security dapat detect kita." ujar Fayyad.

Izam terus berusaha dan akhirnya dia berjaya apabila second lock itu terbuka. Fayyad terus berlari masuk dan dia ternampak seseorang yang sedang terbaring di atas katil. Fayyad memeriksa nadi lelaki itu dan dia segera mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sebuah picagari yang sudah terisi dengan ubat.

"Sabar ayah. Fayyad akan selamatkan ayah." Dia menyuntik ubat itu ke tubuh Adi lalu merangkul tubuh Adi.

Pintu second lock sudah tertutup. Izam mengeluarkan walkie talkie.

"Joshua, lagi lima minit. Cepat sikit." ujar Izam.

Joshua kini berada di saluran air bawah tanah. Dia perlu menukar paip oksigen yang berhubung ke bilik rahsia dengan paip air. Hanya dengan cara itu Fayyad dan Izam boleh keluar. Setelah selesai menukar paip itu, dia menghantar isyarat kepada Fayyad dan Izam.

"Okay now." Fayyad memeluk Adi kuat. Izam pula memegang bahu Fayyad.

Air memenuhi bilik itu dan mereka mula terapung ke atas hingga ke syiling bilik rahsia. Izam mengeluarkan bom tangan lalu melekatkan pada syiling. Fayyad dan Joshua menyelam ke dalam air untuk mengelakkan terkena bom tersebut.

Setelah bom meletup, tubuh mereka terpelanting keluar daripada bilik itu dan mereka berada di saluran air bawah tanah. Joshua sedang menanti mereka. Izam segera menutup lubang tersebut dan membantu Joshua menukar semula paip air kepada oksigen. Air di dalam bilik rahsia mula berkurang oksigen yang dilepaskan telah mengeringkan kesan air tadi.

Fayyad berlari keluar dari saluran air. Dia perlu menyelamatkan ayahnya. Joshua dan Izam mengekori daripada belakang. Fahael sudah bersedia di dalam kereta menunggu kehadiran mereka semua di belakang One Holding.

"Come on Fahael. Kita ke banglo Joshua." tak mungkin dia bawa ayahnya ke hospital. Dragon pasti dapat mengesannya.

Fahael memecut laju kereta yang dipandunya ke arah banglo Joshua. Setibanya di banglo itu, Fayyad segera membawa Adi ke bilik untuk memberi pertolongan kecemasan. Sepasang sarung tangan getah dicapainya, Adi memerlukan pembedahan kecil dengan segera. Sebentar tadi dia telah menyuntik cecair untuk menghentikan degupan jantung bapanya. Adi tidak akan dapat bertahan di dalam air sebanyak itu tadi.

"Joshua, kau kena bantu aku. Cepat pakai gloves. Izam pergi ambil air panas. Fahael kau tolong pantau degupan jantung ayah dekat skrin tu." ujar Fayyad sambil memasang beberapa jenis wayar ke atas dada Adi.

Scalpel dicapainya lalu perlahan-lahan dia menikam ke arah leher Adi. Saluran oksigen yang menghubungkan paru-paru. Darah memercik dan Adi mula bernafas. Wayar oksigen dicapai dan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu Adi.

"Joshua tolong pegang wayar ni. Jangan lepaskan. Aku perlu sedarkan ayah aku." ujar Fayyad.

Izam muncul dengan membawa sebesen air panas. Fayyad menekan-nekan dada Adi. Dia mendekatkan telinganya pada bahagian jantung ayahnya.

"Degupan jantung dia normal. Fahael, bacaan nadi dia?" soal Fayyad.

"Okay along."

Setelah semuanya stabil, Fayyad menjahit semula kesan torehan di leher Adi. Kemudian dia mengelap tubuh Adi yang ada kesan darah dengan air yang dibawa oleh Izam.

"Fayyad, aku perlu kembali ke pangsapuri. Nanti Dragon syak yang bukan-bukan pula. Kau jaga diri baik-baik ya." Joshua meminta diri.

Fayyad mengangguk kepalanya. Dia sudah berjaya selamatkan ayahnya. Kini dia perlu uruskan Dragon pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience