Bab 3

Other Completed 6875

BAB 3

Fayyad sudah tiba di Beijing menaiki jet peribadi yang dipandu sendiri oleh Joshua. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi asing membuatkan Fayyad agak kekok. Joshua meninggalkan Fayyad sebentar di hadapan pintu balai ketibaan lapangan terbang Beijing. Tidak lama selepas itu, Joshua muncul dengan sebuah kereta Ferrari berwarna kuning.

"Whoaa bro, kaya kau ni." ujar Fayyad kagum lalu memloloskan dirinya ke dalam kereta itu.

Joshua menekan pedal minyak setelah Fayyad masuk ke dalam kereta. Perjalanan mereka jauh lagi. Tempat yang dituju oleh mereka adalah sebuah perkampungan yang tersorok di hujung Beijing. Perkampungan itu bukan perkampungan biasa. Fayyad menikmati keindahan Beijing dengan kagum sekali. Sesekali Joshua tersenyum melihat telatah remaja lelaki di sebelahnya.

"Fayyad, welcome to your new life." ujar Joshua pabila kereta dipandunya memasuki perkarangan sebuah villa yang besar. Tapi disekeliling villa itu terdapat banyak rumah-rumah kecil seperti perkampungan. Terdapat dua lapis tembok yang dibina daripada batu mengelilingi villa itu. Fayyad dapat menangkap beberapa susuk tubuh yang sedang berkawal di atas tembok bersama senapang yang canggih. Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pintu masuk villa.

Ketibaan mereka disambut oleh empat orang pembantu rumah. Bagasi milik Joshua dan Fayyad diangkat oleh pembantu-pembantu rumah itu. Joshua bercakap dengan salah seorang pembantu rumah itu dalam bahasa cina.

"Kau rehat dulu Fayyad. Kau ikut perempuan ni. Nama dia Mei Li. Dia akan sediakan segala kelengkapan kau ketika berada di sini. Jangan tangkap cintan sudah." Ujar Joshua sambil ketawa lalu pergi meninggalkan Fayyad.

Mei Li menundukkan sedikit tubuhnya tanda menghormati Fayyad. Mereka melangkah masuk ke dalam villa dan menuju ke arah lif.

***

Sudah hampir seminggu Fayyad menjadi penghuni villa itu. Dalam tempoh itu juga banyak perkara yang dia belajar daripada Joshua. Dia dilatih untuk menjadi seorang penembak dan peninju. Jelas Joshua, kedua-dua perkara itu adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh dirinya.

Fayyad duduk tersandar di sebatang pokok yang berada di tepi padang menembak. Peluh yang mengalir di dahinya dilap perlahan menggunakan belakang telapak tangan.

"Fayyad, takkan sudah letih. Baru mula saja." ujar Joshua sambil meneguk air daripada sport bottle miliknya.

"Boring lah berlatih dalam kawasan ni saja. Kau takda kawasan yang bagus sikit ke bro?" Soal Fayyad secara tiba-tiba.

Joshua ketawa besar lalu menepuk-nepuk bahu Fayyad. Walaupun baru kenal, Joshua senang sekali dengan sikap Fayyad yang tidak banyak membantah. Lagipun dia kasihan juga pada Fayyad, semenjak tiba di Beijing budak itu tak pernah berjalan-jalan dan berpeluang melihat keindahan negara itu.

"Rileks bro. Esok kita pergi tempat kawtimm punya maa" ujar Joshua.

"Di mana bro." soal Fayyad kebingungan

"Tembok Besar China bro. Kau boleh berlatih puas-puas di situ. Lagipun aku tahu kau bosan sebab tak pernah keluar dari tempat ini kan.” Joshua tersenyum sambil menepuk bahu Fayyad perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience