Bab 1

Other Completed 6875

F A Y Y A D
“ Kau adalah dendam yang akan aku ingati ”

SINOPSIS

Hidup Fayyad sangat susah dari kecil. Selepas kematian ibunya, hidup dia mula berubah apabila bertemu seorang lelaki bernama Dragon. Tapi di sebalik perubahan itu, terdapat rahsia yang tidak pernah ketahui. Apabila rahsia mula terbongkar, Fayyad menjadi buntu. Dendam mula bersarang di dalam hatinya tatkala sedikit demi sedikit rahsia yang terjadi disebalik peristiwa kematian ibunya terbongkar.

Apa yang Fayyad inginkan hanya melihat orang memporak-perandakan hidupnya menderita. Tatkala dia ingin membalas dendam, Fayyad sekali lagi diuji dengan kehadiran seorang lelaki misteri. Sekali lagi hidupnya berubah selepas mengetahui status lelaki itu.

“ Aku hanya mahu kehidupan yang sama seperti orang lain. Aku ingin bebas. Aku tak mahu menderita lagi. ” -Fayyad-

BAB 1

Fayyad duduk termenung di meja makan. Beberapa buah buku rujukan Pengajian AM penggal satu dibiarkan berselerakan di atas meja. Lagi seminggu dia akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) penggal 3. Pandangannya dihalakan ke arah ruang tamu iaitu di mana tempat ibunya sedang melipat kain. Wajah ibunya diperhati sayu dari jauh. Wajah itu dipenuhi kesan lebam dan calar.

Kesan yang dihasilkan oleh bapa kandungnya sendiri. Setiap orang pasti akan berbangga mempunyai seorang bapa, tapi tidak pada Fayyad. Bapanya seorang kaki botol, kaki judi dan penagih dadah. Apabila kehabisan duit saja, wajah bapanya akan nampak di rumah. Setiap kali bapanya pulang ke rumah juga, ibu Fayyad akan didera. Penghuni flat yang didiami oleh Fayyad dan sekeluarga sudah sebati dengan sikap bapanya.

"Ibu, Along nak pergi rumah Izam kejap ya. Nak pinjam nota." ujar Fayyad perlahan lalu melangkah keluar dari rumah.

Marina hanya memerhati langkah anak lelakinya hingga hilang dari pandangan. Tangannya mula mencari-cari sesuatu di bawah timbunan baju. Sebilah pisau dikeluarkan lalu dia melangkah ke dapur lalu duduk di sebalik kabinet dapur. Tangannya kirinya diangkat tinggi lalu dia mengelar pergelangan tangannya. Darah yang pekat mula mengalir laju dari kesan kelar itu.

***

Fayyad melalui sebuah lorong gelap yang menghubungkan flat tempat tinggalnya dan flat tempat tinggal Izam. Ramai kaki botol duduk melepak di sepanjang lorong itu. Bau hanyir akibat daripada takungan air menusuk-nusuk hidung Fayyad. Langkahnya dipercepatkan hingga dia tiba di hadapan pintu rumah Izam.

Setelah selesai meminjam nota, Fayyad terus pulang ke rumah kerana hatinya berasa tidak sedap. Setibanya di rumah, dia tidak nampak kelibat ibunya. Pintu bilik adiknya dibuka, tetapi ibunya tiada. Dia melangkah ke dapur dan tubuh Fayyad menjadi kaku bagai terkena renjatan elektrik. Tubuh ibunya terbaring kaku di lantai dapur dipenuhi kesan darah.

"Ibu ! Bangun ibu. Kenapa buat along begini. Ibu !" air mata Fayyad mengalir laju. Fayyad memangku kepala ibunya. Pernafasan Marina sudah tidak stabil.

Marina menyentuh wajah anaknya. Air mata anaknya turut diseka perlahan-lahan.

"Along dengar cakap ibu. Tolong jaga angah baik-baik. Ibu sudah tidak tahan untuk hadapi semua masalah ini. Along ingat ya, belajar rajin-rajin okay." nafasnya mula tersekat-sekat.

"Ibu jangan cakap apa-apa. Fayyad nak call ambulans. Ibu tunggu sini. Angah !" Fayyad berura-ura ingin bangun pergi tapi tangannya ditarik oleh ibunya. Marina menggeleng-geleng kepalanya. Perlahan-lahan matanya terpejam rapat.

"Ibu.............!" jeritan Fayyad bergema di setiap ruangan flat.

***

Fayyad duduk termenung di tepi laut berdekatan dengan perlabuhan. Pandangannya dilempar ke arah kapal-kapal besar yang membawa kargo-kargo dan kontena besar. Sudah hampir seminggu ibunya meninggal dunia. Dunianya menjadi kosong. Dia benci pada bapanya. Adiknya pula ditempatkan di rumah anak-anak yatim. Fayyad pula terpaksa bekerja keras untuk menghabiskan pengajiannya di peringkat STPM. Dia sedar hanya ilmu dan pengetahuan sahaja yang dapat mengubah nasib dirinya. Sedang leka dia termenung, ada seseorang datang menegurnya.

"Aku tengok kau susah hati je budak." ujar seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an. Lelaki itu memakai kot berwarna hitam seperti pekerja pejabat.

Fayyad tidak berkata apa-apa malah dia hanya menggangguk perlahan. Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

"Kau boleh panggil aku Dragon. Aku sebenarnya nak tolong kau saja. Dah beberapa hari aku perhatikan kau. Kalau kau perlukan pertolongan aku, kau datang ke alamat ini." Dragon menyerahkan sekeping kad kepada Fayyad lantas berlalu pergi. Fayyad memerhati alamat yang tertera di kad sebelum matanya memerhati lelaki misteri yang semakin hilang dari pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience