Bab 17

Other Completed 6875

BAB 17 (ENDING)

Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia nampak tiga orang lelaki sedang berdiri di hadapannya. Tidak seorang pun yang dia kenal di antara mereka semua yang dia kenal. Dia cuba mengamati wajah mereka seorang demi seorang, dia memang tak kenal mereka semua. Tidak lama selepas itu seorang doktor dan seorang jururawat masuk ke dalam biliknya.

"Kamu dah sedar ya. Bagaimana kamu rasa sekarang?" soal doktor itu.

"Saya rasa okay ja doktor. Cuma mata saya kabur sikit. Kepala ada rasa sakit." ujarnya. Doktor tersenyum lalu mencatit sesuatu pada kertas.

Doktor meminta dia berbaring lalu matanya diperiksa. Matanya terasa sakit apabila terkena cahaya.

"Selepas pembedahan hari itu, kamu menunjukkan kesan positif. Kamu sudah sedar pada waktu itu dan saya sudah buka balutan pada kesan pembedahan kamu hari itu. Tapi entah kenapa, tubuh kamu bagai menolak pemindahan itu dan akhirnya kamu koma lagi." ujar doktor itu.

Ya, akhirnya dia teringat apa yang terjadi. Dia memandang ketiga-tiga lelaki itu. Tidak, bukan mereka yang dia cari. Salah seorang daripada mereka menundukkan wajah. Mungkin dia tahu apa yang sedang dicarinya.

"Fahael, mana Fayyad?" air matanya yang ditahan mula mengalir. Dia teringat dua minggu yang lepas dia dimasukkan ke hospital dengan alasan ada penderma yang ingin menderma mata kepadanya. Fahael yang menguruskan segala kos dan keperluannya di hospital. Sepanjang tempoh sebelum pembedahan, dia langsung tidak bertemu dengan Fayyad.

"Fayyad... Fayyad....."Fahael takut untuk menyampaikan berita itu kepada Ayara. Sebenarnya dia langsung tiada kekuatan untuk menyampaikan berita itu kepada Ayara.

"Tell me Fahael. Mana Fayyad?" Ayara mengesat kasar air matanya yang mengalir. Joshua menghampiri gadis itu lalu ditariknya ke dalam pelukan.

Ayara menumbuk dada Joshua kuat. Joshua sedikit mengaduh, tumbukan Ayara terkena pada kesan luka dan lebamnya. Akhirnya rontaan Ayara terhenti dan dia hanya menangis dalam pelukan Joshua. Fahael turut mengalirkan air matanya. Stephen menepuk bahu Fahael lalu tersenyum.

***

Setahun kemudian.....

"Hari ini nak masak apa ya. Hmm.... Bubur nasi dengan sup ayam okay juga." Ayara mencapai apron lalu memulakan rutin hariannya. Setiap hari dia akan membantu Fahael menguruskan Adi. Tidak lama lagi, Adi sudah boleh berjalan seperti biasa. Terapi yang dilakukan oleh Adi memang menunjukkan kesan yang positif.

"Kak Ara nak masak apa hari ini?" soal Fahael. Tubuhnya kelihatan melekit. Mungkin baru pulang dari jogging.

"Adalah... Suprise." ujar Ayara.

Fahael mencebik lalu terus kembali ke biliknya. Dia sudah tak selesa dengan tubuhnya yang melekit itu.

Selesai saja masak Ayara menyedok bubur nasi tersebut ke dalam mangkuk bersama dengan sup ayam. Air suam turut disediakan. Makanan untuk Adi sudah siap.

"Fahael! Ambil makanan untuk ayah." Fahael terkocoh-kocoh ke dapur apabila mendengar suara Ayara. Fahael menatang dulang makanan lalu menuju ke bilik Adi.

"Untuk ayah siap. Ini untuk sorang lagi." Ayara menanggalkan apron lalu menantang dulang ke sebuah bilik di tingkat dua. Pintu bilik ditolak perlahan-lahan kerana tidak mahu mengejutkan penghuni bilik tersebut.

Ayara meletakkan dulang makanan di tepi katil lalu dia menepuk perlahan bahu lelaki yang sedang tidur di atas katil itu.

"Bangunlah, dah tengah hari tahu." ujar Ayara separuh menjerit.

Lelaki itu berpusing ke arah Ayara. Matanya masih terpejam. Tiba-tiba dia menarik Ayara ke dalam pelukannya. Satu ciuman dihadiahkan pada pipi Ayara.

"Hey, geli la. Ada air liur kot." Ayara mengelap pipinya.

Lelaki itu membuka matanya lalu tersenyum. Anak rambut Ayara yang berjuntaian di dahi ditolak ke belakang.

"Thank sebab sudi terima saya dalam hidup awak." ujar Fayyad. Gadis di hadapannya kini sudah sah bergelar isterinya.

Masih dia ingat ketika dia hampir disahkan lumpuh akibat tembakan terkena tulang pelvisnya, Ayara mengambil keputusan untuk menjadi isterinya. Mulanya dia menolak kerana tidak mahu menyusahkan gadis itu. Tapi, Ayara tetap mahu menerimanya. Pada hari dia terkena tembakan dan hampir kehilangan nyawa juga, Ayara telah mendapat penderma untuk matanya. Fayyad koma selama dua minggu kerana kehilangan darah yang banyak.

"Saya yang patut ucap terima kasih sebab sudi terima saya. Sekarang, saya takkan pernah lupakan wajah awak tahu." ujar Ayara. Dia meletakkan jarinya di hidung mancung Fayyad. Kemudian dilurutkan hingga ke bibir lelaki itu.

"Jangan pegang lama-lama. Nanti saya jadi drakula tahu." ujar Fayyad sambil ketawa.

Ayara mencebik lalu menampar perlahan bahu Fayyad.

"Ara, saya nak cuci muka. Boleh tolong saya." Fayyad berura-ura untuk bangun. Dia mahu ke tandas. Pergerakannya agak terbatas kerana kecederaanya masih belum sembuh.

Ayara menolak Fayyad duduk semula. Dia berlalu ke tandas lalu membawa sehelai tuala lembab. Tuala tersebut digunakan untuk mengelap wajah Fayyad.

"Ara, I love you." ujar Fayyad sambil memegang tangan Ayara yang sedang mengelap wajahnya.

Ayara mencebik. Entah kenapa Fayyad semenjak dua tiga menjak ini seperti ulat bulu.

"Lepas la" Ayara menarik tangannya tapi Fayyad menggenggam erat.

"Cakap la I love you too." Fayyad ketawa lalu dia terus mencium pipi Ayara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience