BAB 12

Horror & Thriller Completed 877

Kereta mewah itu remuk. Pemandu treler turun melihat keadaan. Pengguna jalan raya yang baru tiba di tempat kejadian turut mengerumuni kereta mewah itu.

“Telefon ambulans!” arah salah seorang daripada mereka yang mengerumuni.

“Ada yang masih hidup,” kata salah seorang daripada mereka yang mengerumuni yang menadai-mandai menjadi paramedik.

“Seorang lagi dah mati,” kata seorang lagi yang memandai-mandai.

Betty terjaga mengejut. Bau ubat-ubatan menyucuk deria baunya. Dia terkejut mendapati dirinya di atas katil yang di sisinya berdiri beberapa mesin.

“Alhamdulillah kamu dah sedar Betty,” kata Puan Safura.

“Syukur nak,” kata Encik Matlan.

“Apa yang terjadi mama?” tanyaBetty.

“Kamu koma kerana kemalangan. Bos kamu pula meninggal,” beritahu Puan Safura.

“Datuk Rashdan meninggal?” tanyaBetty, mukanya berubah pucat.

Puan Safura dan Encik Matlan mengangguk. Jururawat yang ada sejak tadi sekadar tersenyum.

“Bagi saya handphone mama,” pinta Betty.

Puan Safura menyerahkan juga telefon bimbitnya walapun teragak-agak.

Betty memeriksa halaman fac TV HIDAYAH dan portal-portal hiburan. Tentang kesialannya itu menjadi viral sejak dua minggu lalu. Rupa-rupanya dia sudah koma selama dua minggu! Betty menjerit sekuat hati. Jeritannya terlepas keluar juga dari bilik satu katil hospital swasta itu menyebabkan beberapa orang jururawat yang kebetulan berada di koridor luar berdekatan meluru masuk untuk mengetahui kecemasan apa yang sedang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience