BAB 18

Horror & Thriller Completed 877

Dia berdiri semula dan mengunci pintu. Berpusing untuk masuk ke dalam rumah. Berdiri di hadapannya ialah hantu yang dilihatnya di dalam tandas beberapa minggu yang lalu itu. Hantu itu yang wajahnya berlubang-lubang dipenuhi ulat dan berdarah mulut, dada dan kembannya itu terus merangkul tubuhnya.

Betty yang terkejut menjerit ketakutan tetapi suaranya tidak didengar oleh sesiapa. Hantu itu merangkulnya lebih erat sehingga dia sesak nafas. Matanya terbelalak, mulutnya ternganga dan badannya mengigil-gigil. Tidak lama kemudian hantu itu terserap ke dalam badannya. Serentak itu dia rebah ke lantai.

Puan Safura dan Encik Matlan susah hati. Betty yang terlentang di atas katil masih tidak sedarkan diri selepas meracau-racau dan melawan seperti orang kerasukan.

“Apa jadi pada anak saya ni tok?” tanya Encik Matlan kepada Tok Kenan, bomoh yang dipanggil untuk mengubati Betty. Tok Kenan dikatakan antara bomoh terhebat.

“Parah, parah, parah…” jawab Tok Kenan. “Aku tak dapat nak ubat anak kamu ni. Sesiapa pun tak boleh ubat dia kecuali Mak Siti. Tetapi Ibu Ayu dah mati. Ini hantu dia. Ayat dan wafak tu bukan sebarang. Ayat dan wafak tu gunanya supaya hantu tu selalu dekat dengan anak kamu dan akhirnya bersatu dengan dia. Hantu tu lah yang bagi wajah dan badan anak kamu cantik. Bagi semua orang suka pada dia. Bagi semua orang rasa kasihan pada dia. Dapatkan jawatan dan kerja.”

“Tak ada cara lain ke tok?” tanya Puan Safura.

“Oh, baru aku ingat! Ada,” jawab Tok Kenan.

“Bagaimana tok?” tanya Puan Safura, menyeka air matanya. Kata-kata Tok Pian itu memberi sinar harapan kepadanya.

“Bawak dia jumpaBujang. Dia sahaja yang boleh ubatkan anak kau ni,” jawab Tok Kenan.

“Karim?” tanya Encik Matlan.

“Mahaguru Silat 44 dan juga bomoh paling hebat. Dia tinggal di Bukit Mertajam,” beritahu Tok Kenan.

Encik Matlan dan Puan Safura mengangguk.

“Sampai sana tanya kat orang. Dia orang mesti tahu siapaBujang ni,” sambung Tok Kenan lagi.

Encik Matlan dan Puan Safura mengangguk.

“Pergi secepat mungkin. Aku takut keadaan anak kau makin teruk,” pesan Tok Kenan.

Encik Matlan dan Puan Safura mengangguk.

Malam itu juga mereka membawa Betty ke Bukit Mertajam untuk berubat denganBujang. Apa yang mereka tidak tahu ialah Betty akan mendapat sial lagi memandangkan cara berubatBujang sama dengan cara berubat Mak Siti malah Tok Kenan juga. Kesemuanya menggunakan syaitan sebagai pengantara untuk mengubat.

CIS! CELAKALAH!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience