BAB 6

Horror & Thriller Completed 877

“Nasib baik bos tak suruh aku,” kata Rin.“Eh, aku dengar program baru tu… Eh apa nama program baru tu?”

“Kalau tak silap aku Kenali Malaysia. Alah, pergi merata Malaysia untuk perkenalkan tempat cantik dan budaya Malaysia. Lepas satu, satu program baru dia dapat,” jawab Usna.

“Apa-apalah…” balas Rin. “Hah, aku dengar Sanggul Emas taja program tu. Jadi budak Sanggul Emaslah yang akan make up dia.”

“Selamat!” kata Usna.

Betty yang mendengar dari balik pintu bilik solek TV HIDAYAH itu berasa sangat sedih. Dia menyangka Usna kawan baiknya. Selama ini Usna begitu suka menyolek mukanya. Malah selepas kemalangan pun dia menyangka Usna tidak apa-apa tetapi rupanya baik mulut di depan sahaja tetapi busuk hati di belakang!

Betty menolak pintu bilik solek itu. Kehadirannya mengejutkan Usna dan Rin. Mereka berdua terdiam. Betty mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di atas meja solek.

“Eh Usna, kenapa you diam? Macam nampak hantu je? Pucat!” kata Betty.

Usna melihat mukanya di cermin. “Eh mana ada…”

“See you,” kata Betty dan keluar dari bilik solek itu.

“Habislah kita kalau dia dengar apa kita cakap tadi,” kata Rin.

Usna benar-benar pucat bila teringatkan betapa baiknya Betty dengan orang atasan TV HIDAYAH itu. Dia berasa periuk nasinya terancam. Walaupun semua pembaca berita stesen itu sebenarnya takut dengan mereka kerana mereka boleh membuatkan wajah seseorang itu cantik atau seperti pondan di depan skrin televisyen tetapi tidak dengan Betty. Dengan Betty merekalah yang perlu mengampu pembaca berita itu walaupun Betty sekadar membaca Berita Terkini. Tidak Berita Utama di waktu puncak 8 malam itu. Ini kerana Betty diketahui ada hubungan cinta dengan Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen itu yang baru menjadi duda tanpa anak sejak setahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience