BAB 15

Horror & Thriller Completed 877

“Bila nak mandi Mak Siti?” tanya Betty, tidak sabar hendak membuang sial.

“Sekarang. Memang masa yang sesuai. Bunga-bunga tu pun memang sudah ada,” jawab Mak Siti.

Betty tersenyum gembira.

Ibu Ayu melempar kelopak-kelopak tujuh jenis bunga ke dalam air. Kemudian dia melemparkan pula daun pandan, limau nipis dan sintuk. Kesemua bahan itu digaul dan diramas-ramas dan diperah-perahnya sambil membaca mantera yang hanya kedengaran kata Bismi sahaja di hadapannya.

Betty yang berkemban dengan kain batik itu diarah duduk bertinggung.

Ibu Ayu meletakkan tapak tangannya ke tengah kepala Betty dan menjirus air bunga itu ke tubuh Betty sambil membaca mantera sehingga habis air bunga di dalam baldi besar itu.

Betty berasa segar selepas mandi bunga. Dia berasa lebih bersemangat.

“Aku dah halau roh jahat tu. Dia keluar masa aku mula jirus kau dengan air bunga tadi,” beritahu Mak Siti.

Betty berasa lega. Puan Safura hilang bimbangnya.

Ibu Ayu mengambil pen dan kertas dan menulis sesuatu di atasnya lalu diserahkan kepada Betty.

“Amal bacaan tu dan raup muka kau dengan kain kuning ni seminggu sekali. Muka kau akan sentiasa cantik dan berseri-seri. Kau tak kan sial lagi. Malahakan sentiasa bertuah lepas ni,” jamin Mak Siti.

Kertas bertulis mantera dan kain kuning bertulis wafak itu diambil oleh Betty. Melihatnya sepintas lalu. Yakin ia tidak apa-apa kerana secara seimbas lalu ayat yang tertulis di kertas dan tulisan yang membentuk wafak itu mirip bacaan dan tulisan ayat-ayat Al-Quran.

Sejak mengamalkan apa yang disuruh oleh Mak Siti, jerawat batu pada mukanya hilang. Wajahnya kembali cantik dan berseri-seri. Malah dia berasa bersemangat dan berkeyakinan. Bila dia bekerja semula, semua orang kagum dengan kecantikan wajahnya yang mereka akui lebih cantik berbanding dulu. Dia juga diterima baik oleh rakan-rakan sekerja dan semua kakitangan TV HIDAYAH itu. Kisah kesialan dirinya hilang begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience