BAB 4

Horror & Thriller Completed 877

“Tak nampak dah,” kata Betty. “Abang nampak?” tanyanya kepada Sulong, juru kamera yang berada di kerusi paling belakang yang sedang melihat ke luar melalui cermin belakang.

“Dah tak nampak,” jawab Sulong.

“Apa benda tu?” tanya Zafira yang pucat mukanya.

“Hantu!” kata Adli. “Sekarang kau percaya?”

Zafira diam. Ini kali pertama dia nampak hantu. Badannya menggeletar.

“Tolong aku!!!”

Suara hantu itu bergema lagi. Membuatkan mereka terkejut.

“Pecut laju lagi bang!” pekik Bob.

“Kita tinggalkan tempat ni cepat!” arah Zafira yang ketakutan.

Betty tidak mampu berkata-kata. Seperti Zafira dan lain-lain, dia ketakutan.

Hantu itu muncul di tengah jalan di hadapan mereka. Berdiri dengan badan bergoncang seperti sedang menangis. Kemudian perlahan-lahan ia mengangkat muka menampakkan mukanya yang penuh dengan luka-luka dalam yang membuak-buakkan darah.

“Laju lagi bang!” kata Bob dan Zafira hampir serentak.

“Langgar je Adli !” laung Sulong.

“Jangan berhenti!” kata beberapaorang krew lain hampir serentak.

Adli memecut laju dan melanggar hantu itu. Selepas van itu melepasi hantu itu, terbentang di hadapan ialah satu selekoh yang tajam. Adli cuba memusing stereng tetapi gagal. Ia statik seperti dipegang sesuatu. Akibatnya van itu melanggar sebuah gerai buah-buahan di tepi jalan, meluncur laju melanggar pagar tebing dan terhumban ke dalam gaung. Ia berguling-guling melanggar batang-batang pokok sebelum berhenti di bawah gaung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience