BAB 2

Horror & Thriller Completed 877

bergema sedetik. Dalam cerah sedetik itulah pemandu van itu terlihat sesuatu yang mengejutkannya.

Seorang perempuan sedang berdiri di tengah jalan. Van tetap meluncur laju walaupun kakinya sudah menekan pedal brek. Van itu semakin menghampiri gadis itu. Pedal brek ditekan lagi tetapi masih tidak mahu berhenti sepenuhnya seperti ia rosak.

Mata pemandu van itu terbeliak. Gadis yang menunduk itu mengangkat muka. Mukanya mengerikan. Dipenuhi dengan luka-luka dalam yang membuak-buakkan darah. Dia menyerigai dan menampakkan gigi-giginya yang tajam. Gadis itu berlari pantas hendak melanggar van itu.

Melihat keadaan itu, pemandu van itu melepaskan pijakan pada pedal brek, sepantas kilat pula masuk gear dan pantas menekan pedal minyak. Van yang bergerak perlahan tadi kini tersentap lalu bergerak laju. Pemandu van itu melanggar gadis itu. Gadis itu terhentak ke cermin. Bunyi hentakan kedengaran jelas pada cermin dan bumbung van.

“Apa tu Abang Adli ?!” tanya Bob yang berada di bangku penumpang. Terjaga mengejut bila mendengar bunyi kuat hentakan tadi.

Adli yang masih terkejut termengah-mengah.

“Bunyi apa tadi bang?” tanya Betty yang terjaga. Dia duduk di bangku belakang. Dua tiga lagi rakan krew pengambaran terjaga dari tidur juga.

Adli diam. Tidak mampu bersuara. Terus memecut laju van.

“Abang langgar apa?” tanya Anis, pembantu pengarah.

Adli diam juga. Terus sahaja memecut van itu.

“Binatang ke bang?” tanya Anis.

Adli diam.

“Orang ke bang?” tanya Anis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience