BAB 14

Horror & Thriller Completed 877

“Kau tahu apa yang terjadi pada arwah kawan kau yang mati lemas di beting dan dalam kemalangan dua bulan lebih yang lepas?” tanya Mak Siti.

Betty dan Puan Safura makin takjub. Dua kejadian yang meragut nyawa itu pun tidak diceritakan kepada Mak Siti.

“Apa yang jadi pada mereka Mak Siti?” tanya Puan Safura.

“Roh jahat yang ikut kau tu lah yang buat sampai mereka berdua tu mati!” beritahu Mak Siti. “Lepas ni giliran kau pulak.”

Muka Betty pucat. Puan Safura gelabah.

“Jadi macam mana Mak Siti?” tanya Betty.

Ibu Ayu ketawa.

“Ibu Ayu boleh halau roh jahat tu?” tanya Puan Safura.

Ibu Ayu ketawa. “Bukan setakat tangkap, nak dera dan bunuh pun aku boleh…”

“Buatlah Mak Siti,” kata Betty.

“Lepas tu kau kena buang sial roh jahat yang melekat kat diri kau tu. Sebab tu kau buat apa pun macam-macam ada halangannya. Bukan setakat dia orang tu mati tetapi muka kau juga jadi hodoh. Macam-macam kau buat untuk bagi muka tu cantik semula tapi tetap hodoh. Sial tu juga buat kau tak dapat kahwin Datuk tu dan tak dapat baca berita dalam Berita Utama. Ramai orang benci pada kau sebab sial tu jugalah. Mereka meluat tengok muka kau. Mereka tak suka semua gerak geri kau,” kata Mak Siti.

Puan Safura memandang Betty. Dia tertarik dengan kata-kata Mak Siti yang Betty tak dapat kahwin dengan Datuk itu. Betty yang faham makna pandangan mamanya itu, mengangguk dan tersenyum paksa. Puan Safura mengeluh kerana tidak dapat bermenantukan orang kaya.

“Macam mana nak buang sial tu Mak Siti?” tanya Betty lagi.

“Kena mandi bunga. Lepas tu kena amalkan ayat. Aku buat dan bagi nanti,” kata Mak Siti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience