BAB 11

Horror & Thriller Completed 877

Sejak komen itu viral, kakitangan-kakitangan stesen TV HIDAYAH memandangnya lain macam. Itu bukan perasaannya sahaja malah dia nampak beberapa kali dengan ekor matanya beberapa orang kakitangan menjuih mulut ke arahnya dan ada yang mengelak daripada bertembung dengannya.

“Yang penting Itak percaya. Betul kan?” kata Datuk Rashdan. “Mulai minggu depan you baca Berita Utama.”

Betty terkejut besar. Itulah impiannya selama ini. “Betul ke?”

Datuk Rashdan mengangguk. “Zain beritahu Ipetang tadi.”

“Thank you,” ucap Betty. Anginnya kembali baik.

“Itak buat apa-apa pun…” kata Datuk Rashdan.

“Thank you,” ucap Betty lagi disertai senyuman manisnya. Dia pasti Datuk Rashdan telah melakukan sesuatu sehingga dia mendapat tempat di dalam Berita Utama.

Datuk Rashdan tersenyum juga. “Makanlah stik tu…”

Betty mengangguk riang. Di luar, melalui dinding kaca bilik persendirian itu, Menara Berkembar Petronas berdiri tegak melatari langit.

Kereta mewah Mercedes Benz C 300 AMG Line itu meluncur laju. Lagu My Cherie Amour dendangan Stevie Wonder berputar dari sistem audio kereta itu. Datuk Rashdan melihat Betty. Betty berpaling dan melihat Datuk Rashdan. Mereka berbalas senyuman.

Bunyi hon yang panjang kedengaran. Datuk Rashdan dan Betty melihat ke depan semula. Masing-masing terkejut satu limpahan cahaya tinggi menyambut pandangan mereka bersama hon panjang yang berlanjutan.

Datuk Rashdan memulas stereng. Tidak pasti bila keretanya memasuki lorong bertentangan. Tetapi usahanya sia-sia. Kereta itu dilanggar juga oleh treler panjang itu. Menyeretnya beberapa belas meter, terbabas kemudiannya dan akhirnya melanggar penghadang jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience