BAB 10

Horror & Thriller Completed 877

Bila status itu menjadi viral dan dikongsi oleh ratusan ribu pengguna media sosial, satu komen lain daripada pengguna fac yang sama telah menghangatkan lagi keadaan.

Dia yang sial itu adalah pengacara Jelajah Malaysia itu. Betty Binti Matlan. Semasa dia mengacara Hero Bisnes Tempatan, semua krew mati dalam kemalangan kecuali dia. Kali ini nasib baik bukan semua krew tetapi arwah seorang sahaja. Kau orang tengok mukanya. Dulu cantik sekarang penuh jerawat. Tak ke kerana sial tu?

Komen itu sempat disalin sebelum ia dipadam oleh penyelia laman fac TV HIDAYAH. Lalu ia diviralkan oleh portal-portal hiburan berpengaruh. Kini namaBetty meniti bibir setiap orang.

Betty berasa malu danmarah dengan tuduhan itu, Dia yakin ia perbuatan Usna tetapi tidak mempunyai bukti kukuh memandangkan akaun fac pengomen itu bukan didaftarkan atas nama Usna. Ia akaun fac hantu.

“Imalulah…” luah Betty.

“Ignore it! Just do it your job,” nasihat Datuk Rashdan, ketua pegawai eksekutif TV HIDAYAH.

Betty dan Datuk Rashdan sedang makan malam di Restoran Marble 8 Steakhouse.

Stik daging lembu Wagyu boneless rib eye, menu kegemarannya jika makan di situ belum disentuh Betty. Dia enggan membuat pesanan tadi. Sekadar mahu minum sambil menemani Datuk Rashdan makan malam. Pesanan menu kegemarannya itu dibuat oleh Datuk Rashdan walaupun dia menghalang tadi.

“Menu kegemaran you tu.Makanlah. Jangan fikir sangat benda remeh temeh macam tu,” kata Datuk Rashdan.

Barulah Betty memotong stik itu. Memasukkan hirisan stik itu ke dalam mulut dan mengunyahnya perlahan-lahan. Hatinya masih tidak senang.

“Tetapi semua orang di stesen macam setuju dengan komen tu,” kata Betty.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience