BAB 8

Horror & Thriller Completed 877

“Kan muka kak ni teruk. Tak licin macam dulu…” kata Betty.

Nabihah tersenyum. “Saya buat kerja saya kak. Bagi saya okey ja sebab saya suka dengan kerja saya ni.”

Betty mengangguk. Senang dengan jawapan Nabihah itu. Dia juga senang dengan hasil solek Nabihah. Nabihah seperti sudah lama menjadi juru solek artis. Terkejut bila Nabihah memberitahu dia baru sahaja menceburi bidang ini. Ikuti kelas pengajian solekan Puan Normah beberapa bulan yang lalu dan diberi beberapa peluang untuk menyolek beberapa artis di mana Sanggul Emas menaja solekan program-program itu sejak beberapa bulan yang lalu. Dia juga senang dengan sikap Nabihah. Tidak memaksanya supaya mengambil gambar sebelum disolek untuk dimasukkan dalam portfolionya kelak.

“Eh mana Ghani?” tanya Bob ah kepada Dina, pembantu pengarah.

Dina melihat sekeliling. “Tadi ada dekat hujung sana tu…” katanya sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah tengah beting. “Dia kata nak cari anglecantik dan menarik.”

“Tak ada pun dia,” kata Bob ah selepas melihat tengah beting. “Kau orang, ada nampak Ghani?” tanyanya kepada krew-krew lain.

Ghani hilang. Mereka telah mencari di seluruh beting itu. Hanya kaki tripod kamera video miliknya sahaja yang tercacak di hujung beting.

“Pak cik tolong kami,” kata Bob ah kepada Pak Hassan yang tidur di dalam sampan.

Pak Hassan terjaga lalu menarik topi yang menutup mukanya. Dia terbidas bangun. “Kenapa?”

“Kawan kami hilang,” jawab Bob ah.

Pak Hassan mengoleng-olengkan sampan sebelah. Pak Saad yang ikut tidur di dalam sampan sebelah terjaga.

“Kenapa?” tanya Pak Saad kepada Pak Hassan.

“Kawan dema hilang,” beritahu Pak Hassan lalu turun sampan. “Moh kita cari.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience