BAB 17

Horror & Thriller Completed 877

Betty terundur sehingga terduduk di lantai serta menjerit ketakutan. Muka lembaga itu amat hodoh. Penuh dengan liang-liang besar dan dalam. Ulat-ulat hitam dan putih menggeletik masuk keluar liang-liang itu. Bila lembaga itu menyerigai kepadanya kelihatan darah mencurah-curah keluar dari mulutnya membasahi dada dan kain batik.

Betty pengsan. Lembaga itu hilang. Pintu bilik tidur itu dibuka. Puan Safura dan Encik Matlan meluru masuk ke dalam bilik tidur itu.

Betty berasa seram sejuk. Dia memandu bersendirian. Pulang dari kerja selepas tugasnya membaca berita untuk Berita Utama itu selesai. Sesekali dia melihat cermin pandang belakang. Tiada apa-apa di tempat duduk belakang. Sejak terlihat hantu di dalam tandas beberapa minggu yang lalu, dia selalu berasa dirinya seram sejuk, diekori dan diperhati oleh entah apa.

Kini lehernya meriding bila masuk ke simpang jalan menuju ke rumahnya. Dia berasa lehernya disentuh tangan yang dingin. Dia pantas menoleh sedikit dan ternampak tangan hitam, berkedut dan berkuku panjang melingkar pada lehernya.

Dia terkejut lantas menekan brek sehingga badannya tergerak mengejut ke hadapan dan hampir sahaja dahinya menghentak stereng. Dia meletakkan gear pada posisi P lalu menarik brek tangan lantas melepaskan pijak pada pedal brek. Dia menoleh dan tiada apa-apa di bangku belakang.

Dia menghembus nafas lega. Dia memandang ke hadapan semula. Menekan pedal brek, meletakkan gear pada posisi D, melepaskan brek tangan, melepaskan tekanan pada pedal brek lalu menekan minyak. Selepas berjalan beberapa meter dia melihat ke bangku belakang melalui cermin pandang belakang. Tiada apa-apa. Ketenangan hatinya menokok.

Ketenangan itu bertambah menokok bila dia sudah dapat melihat bumbung rumahnya. Dia sampai di hadapan pintu pagar rumah. Pintu pagar rumah itu dibuka secara automatik. Memakirkan keretanya, keluar dari kereta dan mengunci kereta.

Dia tidak jadi melangkah masuk ke dalam rumah selepas membuka pintu. Teringatkan beg komputer ribanya yang tertinggal di bangku belakang kereta. Dia membuka pintu kereta lalu membongkok mengambil beg komputer riba itu. Bau busuk menerpa hidungnya. Dia mendongak pantas dan bangku belakang itu kosong sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience