BAB 7

Horror & Thriller Completed 877

Keesokan harinya Usna dipecat dengan serta merta. Rin pula diberi amaran sahaja.

Kali ini krew Jelajah Malaysia akan membuat laporan tentang Beting Beras Basah di Bagan Datoh, Perak. Salah satu tempat yang wajib dilawati oleh bakal sultan Perak dalam istiadat pertabalan. Tempat itu juga termasuk di dalam kawasan parlimen Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Daripada mengikut jalan darat, mereka memilih jalan air. Menaiki dua buah sampan dari kunci air di bagan ketika air sedang surut. Bob ah, pengarah program termuntah kerana mabuk laut di pertengahan jalan walaupun jarak dari kunci air di bagan itu ke beting beras basah tidaklah berapa jauh. Selepas tidak sampai setengah jam mereka pun sampailah di Beting Beras Basah.

Pak Hassan, tuan punya sampan yang mereka sewa itu dan juga orang lama di Bagan Datoh serta nelayan di situ sejak remaja lagi memberi pesan sebelum krew Jelajah Malaysia itu turun ke Beting Beras Basah.

“Pak cik nak pesan kat kome. Baca bismillah sebelum turun sampan ni. Jangan cakap dan buat benda tak elok di sini.”

“Baik pak cik,” kata Betty.

Krew Jelajah Malaysia itu turun dari sampan. Pak Hassan menaikkan kipas enjin dan melabuhkan sauh walaupun sampannya berlabuh di atas beting pasir itu. Ada kejadian sampan hanyut ketika pemilik sedang leka mengutip kepah sampai tidak perasan air laut pasang secara tiba-tiba.

Betty sedang dibetulkan solekannya oleh Nabihah, juru mekap Sanggul Emas yang dipilih mengikuti program itu.

“Okey ke make upmuka kakak dik?” tanya Betty.

“Okey je kak,” jawab Nabihah. Walaupun banyak yang perlu disolek untuk menyembunyikan jerawat batu dan mencantikkan Betty tetapi Nabihah tidak mengeluh dan berasa susah. Dia menganggap ia adalah sebahagian daripada kerjanya. Dia suka dengan kerjanya. Tambahan pula dia masih baru dalam bidang ini. Bersyukur kerana diberi peluang mengikuti program ini. Itu akan menggempakkan portfolionya kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience