BAB 16

Horror & Thriller Completed 877

Nasibnya juga bertambah baik. Dia mendapat juga tempat membaca berita dalam Berita Utama. Menjadi pengacara untuk beberapa program yang mencatat tontonan tertinggi. Malah dia diundang menjadi pengacara pelbagai acara koporat yang menawarkan imbuhan yang lumayan. Tidak sampai beberapa bulan dia sudah menjadi selebriti televisyen yang terkenal. Dilamar oleh beberapa syarikat terkemuka untuk menjadi duta produk mereka. Selain itu dia juga diintai oleh ketua pegawai eksekutif TV HIDAYAH yang baru yang kebetulan seorang duda juga.

Betty terjaga dari tidur. Jam dinampak seperti pukul 8 pagi. Dia terus turun katil dan ke bilik air dalam keadaan masih mamai. Dia melalui meja solek. Melihat sepintas lalu mukanya di dalam cermin meja solek.

Selepas setapak meninggalkan meja solek itu, dia memberhentikan langkah. Pantas berundur dan melihat mukanya semula di dalam cermin meja solek. Dia seperti nampak mukanya begitu hodoh tadi. Berkedut seribu, berlubang-lubang, mata yang tersembul dan merah serta gigi yang hitam.

Dia berasa lega. Mukanya tidak seperti yang dilihatnya tadi. Mainan perasaaan sahaja, fikirnya. Dia membelek-belek mukanya. Tersenyum gembira kerana wajahnya itu memang lebih cantik berbanding dahulu. Dia bergaya pula di hadapan cermin itu. Melihat-lihat badannya yang dirasakannya semakin bergetah. Lekuk-lekuk dan bonjolan-bonjolan yang lebih mengancam berbanding dahulu.

Sedang dia berbangga-bangga dengan wajah dan bentuk tubuhnya itu, kedengaran decur air pili di bilik air di dalam bilik tidurnya itu. Dia yang berkongsi bilik air dengan adik perempuannya terkejut. Segera terfikir siapa yang membuka pili air itu. Adik perempuannya tiada di bilik tidurnya. Baru pulang ke asrama semalam.

Dia ke pintu bilik air. Menolak pintu itu perlahan-lahan. Terkejut bila mendapati seseorang yang bentuk badan merupai dirinya sedang membongkok seperti seperti sedang termuntah di hadapan mangkuk tandas. Dengan sepantas kilat lembaga yang berkemban itu mendongak melihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience