BAB 3

Horror & Thriller Completed 877

“Entah,” jawab Adli.

“Kenapa entah?” tanya Anis.

“Tak tahu sama ada orang ke hantu?” jawab Adli.

Bob, Betty dan lain-lain terkejut.

“Kalau orang macam mana? Patah balik! Patah balik! Saya tak mahu nanti orang kata kita langgar lari,” kata Anis.

“Kalau hantu macam mana?” tanya Bob.

“Kalau orang macam mana? Buruk nama stesen nanti,” balas Anis.

“Tak ada orang nampak. Jalan ni sunyi,” kata Adli.

“Kalau ada orang nampak macam mana bang? Orang tu pulak hafal nombor plat van ni…” kata Anis. “Patah balik!” arahnya tegas.

Hendak tak hendak Adli terpaksa memandu semula ke tempat kejadian. Tetapi dia memandu dengan kelajuan sederhana. Tidak sampai 80 kilometer per jam. Lima puluh meter ke tempat kejadian, mereka lihat samar-samar satu tubuh terbaring di tengah jalan. Empat puluh meter ke tempat kejadian, tubuh yang tertiarap itu berdiri dan berjalan ke arah mereka dengan tangan yang tercekau-cekau. Satu suara bergema.

“Tolong saya!”

Semua terjaga mendengar suara yang bergema itu.

Adli menekan pedal brek. Lembaga yang berlari ke arah mereka itu kini terbang.

“Hantu!” jerit Betty. “Patah balik bang!”

Adli masuk gear undur dan menekan minyak. Van berundur laju. Dia memulas stereng. Van berpusing 180 darjah. Kemudian dia terus memecut laju van itu.

“Benda tu ikut lagi tak?” tanya Bob.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience