BAB 9

Horror & Thriller Completed 877

Pak Saad turun sampan dan mengekori Pak Hassan dan Bob ah ke tengah beting.

Pak Hassan meminta mereka mencari Ghani sekali lagi di setiap inci beting itu. Selepas memeriksa seluruh kawasan beting itu, Ghani tidak juga ditemui.

“Memang tak ada pak cik,” beritahu Bob ah.

Ahli krew yang lain mengangguk, mengiakan kata-kata Bob ah.

Pak Hassan melihat Pak Saad.

“Engko buatlah apa yang patut, Hassan,” kata Pak Saad.

Pak Hassan mengangguk. Lantas dia mengambil pasir yang dipijaknya itu. Memejam mata dan membaca sesuatu pada pasir itu dan terus melempar ke empat penjuru di mana dia berdiri. Satu hembusan angin yang deras melanda kawasan mereka berkumpul itu, kilat memancar dan guruh berdentuman sedetik dengan tidak semena-mena.

“Tengok di hujung beting sana. Dia ada di sana,” beritahu Pak Hassan sebaik membuka mata.

Krew Jelajah Malaysia itu bergegas ke hujung beting di mana kaki tripod kamera video milik Ghani ditemui tadi. Akhirnya Ghani ditemui tertiarap di gigi air separas betis di hujung beting itu. Ghani sudah mati!

Laman fac TV HIDAYAH yang mendapat like sebanyak dua juta lebih pengguna fac itu, memuat naik status pemakluman tentang kematian Ghani itu. Beribu komen takziah dan saranan menyedekahkan al-fatihah menghujani ruang komen status tersebut. Terkini satu komen telah menghangatkan status tersebut.

Ghani jadi mangsa kepada sial salah seorang krew Jelajah Malaysia! Al-Fatihah untuk arwah.

Begitu komen salah seorang pengguna fac terhadap status itu. Ia mengundang sensasi dan juga spekulasi. Tambahan pula status dan komen itu diviralkan oleh portal-portal hiburan yang mempunyai ramai pengikut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience