BAB 5

Horror & Thriller Completed 877

Mata Betty terbuka.

“Syukur, kamu selamat nak,” kata Puan Safura, mama Betty.

Muka Betty berbalut kerana cedera.

“Alhamdulillah,” kata Encik Matlan pula, bapa Betty.

“Dekat mana saya mama, abah?” tanya Betty.

“Hospital,” jawab Puan Safura.

“Kamu kemalangan,” beritahu Encik Matlan.

Betty mengangguk. “Yang lain-lain?”

Encik Matlan mengeluh. “Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.”

Betty terdiam.

Muka Betty berparut akibat kemalangan. Dia yang cantik rupa parasnya sebelum kemalangan telah mencuba pelbagai cara untuk mengembalikan kecantikan pada wajahnya. Terkini dia telah melakukan pembedahan plastik. Wajahnya cantik semula walaupun tidaklah pada rupa yang asal. Tetapi itu tidak lama kerana tiba-tiba wajahnya ditompoki jerawat batu yang besar. Sedangkan sejak dulu mukanya yang selalu dijaga bersih itu tidak pernah ditumbuhi jerawat batu malah jerawat biasa sekali pun.

Usna mengemaskan meja solek sambil merungut-rungut.

“Apa yang kau rungutkan tu?” tanya Rin, seorang lagi juru mekap artis yang nama sebenarnya adalah Bidin.

“Teruk sungguh muka dia sekarang! Letih aku kena make uptebal. Lain kali aku nak cakap dengan bos, tak mahu make up dia dah. Serik! Dahlah cerewet. Bagi budak baru make updia,” kata Usna, juru mekap artis yang nama sebenarnya adalah Salleh itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience