BAB 13

Horror & Thriller Completed 877

Betty memohon cuti tanpa gaji selama dua bulan. Pihak pengurusan TV HIDAYAH yang faham masalah yang sedang dihadapinya meluluskan permohonannya itu. Dia mengurungkan diri di dalam bilik tidurnya. Dia berasa apa yang tersebar di media-media sosial tentang kesialan dirinya itu benar belaka. Dia ada di setiap kecelakaan yang mengorbankan nyawa itu. Tetapi yang peliknya dia tidak pula mati. Orang-orang di sekelilingnya sahaja yang mati.

Pintu bilik tidurnya dibuka.

“Macam mana mama?” tanyaBetty.

“Mama tak percaya sangat pasal sial dan tuah ni. Semuanya takdir Tuhan. Tetapi tak apalah kalau Betty nak menengok juga. Jom kita tengok dengan Mak Siti,” kata Puan Safura.

“Tapi memang betul mama. Betty dah banyak kali fikir. Semua ni jadi selepas kemalangan masa buat Hero Bisnes Tempatan tu. Sejak tu macam-macam sial berlaku pada Betty. Nasib tak mati saja,” kata Betty

"Kita tanya Ibu Ayu ya?” kata Puan Safura.

Betty mengangguk.

Mereka berjumpa Ibu Ayu pada malam itu juga. Mereka orang terakhir berjumpa mengikut giliran. Selepas hampir dua belas malam, barulah giliran mereka sampai.

Ibu Ayu menggeleng-geleng. “Berat…” katanya.

“Kenapa Mak Siti?” tanya Puan Safura.

“Anak kau ni dah didampingi roh jahat. Roh jahat yang kacau dia dan kawan-kawannya masa kemalangan di Jalan Bukit, Pahang tu,” beritahu Mak Siti.

Betty dan Puan Safura terkejut dengan kata-kata Ibu Ayu itu. Berasa takjub dengan kehebatan ilmu yang ada pada Mak Siti. Ini kerana mereka tidak pernah memaklumkan tentang kemalangan itu kepada Mak Siti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience