Bab 4

Romance Completed 35321

TIARA Alisya memegang perutnya. Kesakitan yang kembali menyerang begitu menyengat. Perit sekali dirasakan. Sudah lama dia tidak diserang kesakitan seperti ini. Sangat luar biasa.

Dia baru sampai di rumah Syifa' dan meminta izin untuk berehat sebentar. Namun, kesakitan ini tiba-tiba hadir lagi. Dari dulu, dia diserang sakit ini, namun tak pernah berminat untuk ke hospital.

Terdengar ketukan dari luar bilik. Pasti Syifa' tahu dia sedang sakit. Tak boleh. Tiara tak nak ke klinik mahupun hospital. Dia hanya mahu berehat. Tiara berpura-pura memejamkan mata sambil menahan kesakitan.

"Tiara...." panggilan Syifa' hanya disambut dengan kesunyian.

"Tiara Alisya... Jangan tipu Syifa'. Jom pergi berubat. Kalau Syifa' bawak Tiara pergi hospital, takkan berguna. Doktor tak dapat kesan pun." Ayat Syifa' mencelikkan mata Tiara.

"Apa maksud Syifa'?" Tanya Tiara.

"Tiara sakit terkena buatan orang ni. Dah lama kan? Kenapa tak pergi berubat?" Syifa' mula menyoal.

"Tiara ingat sakit perut biasa je...." sayu suara Tiara. Dia tak menyangka ada orang yang sanggup menjahati dia.

"Dah, jom... Tiara ingat ustaz Akhtar?" Tanya Syifa'. Tiara membalas dengan anggukan.

"Kita pergi rumah dia terus. Tiara larat tak ni?" Syifa' bertanya lagi.

"Tak laratlah Syifa'... Esok-esoklah pergi...." Tiara cuba memujuk.

Syifa' mula mengesan sesuatu yang lain. Nampaknya, yang bersuara bukan Tiara. Syifa' hanya memandang wajah Tiara yang nampak pucat. Sah! Ada benda lain yang mengawalnya. Syifa' tiada pilihan lain lagi.

Segera dia mempraktikan ilmu perubatan Islam yang pernah dipelajarinya. Bukan sengaja tidak mahu melakukannya dari awal, cuma dia rasa lebih baik serah pada yang lebih arif. Dia cuma bimbang tersilap langkah. Bacaan ruqyah dilantun kuat oleh Syifa'. 'Tiara' menjerit kuat dan meronta-ronta. Syifa' cekalkan hati, kuatkan pegangan.

Tidak lama kemudian, datang salah seorang pembantu rumah masuk ke bilik tetamu. Niat asalnya ingin memberikan makanan buat Tiara seperti yang diminta oleh Syifa', namun lain pula yang dilihatnya terjadi.

Melihatkan keadaan Syifa' yang hampir kehilangan tenaga, pembantu rumah yang dipanggil Ibu oleh Syifa' itu terus membantu memegang Tiara sambil bibir membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Tidak lama selepas itu, Tiara semakin lemah. Bacaan ruqyah masih diteruskan. Syifa' segera menelefon Ustaz Akhtar untuk merawat Tiara di rumahnya.

Ustaz Akhtar walaupun dalam kepenatan baru pulang dari kerja, tetap bergegas ke rumah Syifa'. Tak mungkin dia lupakan nama yang disebut Syifa' tadi. Tiara Alisya. Takkan dia lupa bagaimana rasa hatinya saat pertama kali terpandangkan Tiara Alisya. Hingga kini, dia masih belum berkahwin hanya kerana menanti jawapan Tiara Alisya terhadap lamarannya yang dulu. Perkara ini tidak diberitahu kepada Syifa'.

"Assalamu'alaikum..." Ustaz Akhtar memberi salam.

"Wa'alaikumussalam... Jemput masuk, ustaz." Ibu menjemput Ustaz masuk ke rumah.

"Syifa' di mana?" Tanya Ustaz Akhtar.

"Ada di bilik tetamu." Mendengar jawapan dari pembantu rumah itu, segera Ustaz Akhtar ke bilik tetamu. Bersamanya, ada dua orang adik perempuan yang akan membantunya.

"Syifa', awak terus pasangkan ayat ruqyah. Jangan hentikan." Ustaz Akhtar cepat-cepat memberi arahan bila melihat Tiara yang tadinya sudah lemah kembali bertenaga dan ingin mengganas.

Dengan tangkas, dua orang adik perempuan Ustaz Akhtar mengawal dan mengunci pergerakan 'Tiara'. Walaupun rontaannya kuat, mereka tetap bertahan. Sesungguhnya, Allah Maha Kuat. Mengapa perlu gentar?

Hampir 2 jam menguruskan Tiara, akhirnya makhluk yang mengganggu berjaya dibuang. Tiara masih belum sedarkan diri. Pasti kepenatan ketika meronta kuat tadi.

"Alhamdulillah... selesai... Syifa', ayat ruqyah tu biarkan terpasang. Jangan lupa beri Tiara minuman ubat yang ana beri." Pesan ustaz Akhtar.

"Alhamdulillah. InshaaAllah, ustaz." Jawab Syifa'.

"Kalau macam tu, ana minta diri dulu." Ustaz Akhtar mula melangkah ke arah pintu untuk pulang ke rumahnya.

"Ustaz datanglah lagi lain kali untuk tanyakan jawapan lamaran ustaz pada Tiara. Saya yakin dia sudah ada jawapannya." Pesanan Syifa' membuatkan Ustaz Akhtar sedikit tersentak. Siapa yang beritahu Syifa'?

Ustaz Akhtar menunduk sedikit. Agak segan.

"InshaaAllah... sampaikan salam ana. Ana pergi dulu. Assalamu'alaikum." Ustaz Akhtar terus menaiki kereta dan berlalu pergi.

"Ustaz... ustaz... Masih tak kenal ana la tu. Pemalu jugak ustaz ni rupanya...." Syifa' berbicara sendirian.

"Ha, Syifa'! Bebel apa sorang-sorang? Terpikat dengan Ustaz tadi ke?" Pembantu rumah mengusik Syifa'.

"Ish, ibu ni... Tak adalah... Dia bakal jadi milik Tiara. InshaaAllah. Syifa' yakin." Balas Syifa' dengan lembut.

"Syifa' asyik mementingkan hati orang lain, sayang... Bila nak fikir untuk diri? Bila nak manja dengan suami sendiri? Bila nak bahagia dengan keluarga sendiri?" Ibu membalas lembut. Sedikit sayu.

"Ibu tak ada anak. Syifa' satu-satunya anak ibu. Ibu juga teringin menimang cucu." Sambungnya lagi.

"Ibu, maafkan Syifa'... Bukan sengaja, tapi Allah masih rahsiakan jodoh Syifa'. Yang penting buat masa ni, kan ibu... Syifa' nak bahagia bermanja dengan ibu... Sebab, ibulah yang jadi mak Syifa' selepas umi. Jasa ibu tak mampu Syifa' balas. Jadi, Allah tak izinkan Syifa' kahwin untuk beri Syifa' masa lebih banyak pada Ibu. Sangka baik dengan Allah, ibu..." Syifa' menjelaskan dengan lembut. Ibu tersenyum. Anak itu tak pernah mengecewakannya. Sentiasa menyejukkan hatinya. Walau bukan anak kandungnya.

Moga Syifa' menjadi srikandi Islam teragung di zaman yang moden ini. Contoh buat semua muslimah di dunia. Syifa' berjalan ke biliknya untuk berehat. Menguruskan orang yang disihir juga bukan perkara mudah. Bukan benda senang. Memenatkan. Cuma perlu yakin, ada Allah setiap saat. Menjadi penguat saat melawan syaitan laknatullah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience