Bab 2

Romance Completed 35321

TIARA Alisya duduk di kerusi taman sambil menunggu kehadiran sahabatnya. Ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz, diulang-ulang agar tidak lupa. Kedatangannya ke Kuala Lumpur hari ini adalah untuk bertemu dengan sahabatnya. Sudah hampir 6 tahun mereka tidak bertemu sejak Tiara berpindah ke sekolah baru 5 tahun lalu.

"Assalamu'alaikum..." satu suara memberi salam dari arah belakang. Tiara menoleh ke belakang sambil menjawab salam. Dipeluk sahabatnya seerat mungkin.

"Tiara sihat?" Sahabatnya bertanya khabar.

"Sihat, alhamdulillah. Terima kasih sudi luangkan masa jumpa Tiara." Tiara tersenyum manis.

Bukan mudah untuknya berjumpa sahabat karib. Bukan calang-calang orang. Bekerjaya. Berpangkat tinggi juga. Anak orang berada. Kalau tak kerana dia anak tunggal, pasti dia bekerja di tempat lain. Namun, apakan daya. Dia anak tunggal yang hanya tinggal dengan bapa. Ibunya telah lama meninggal selepas melahirkannya. Siapa lagi yang diharapkan mengurus harta dan syarikat andai bukan dia.

"Untuk Tiara, seminggu pun boleh!" Gurau sahabatnya. Mereka ketawa serentak. Namun, hanya buat seketika. Wajah Tiara mula hilang senyuman, diganti air mata. Di hatinya menyimpan beban yang begitu berat.

"Kenapa ni Tiara? Kenapa menangis?" Tanya Syifa'.

"Tiara tak kuat. Tiara... Tiara tewas dengan nafsu... Hati Tiara tak sesuci dulu... Mula melekat cinta buat ajnabi... Hari-hari Tiara tatap gambarnya, stalk segala laman sosialnya... Tiara tak kuat... Tolong... Tolong Tiara... Tiara tak nak terus macam ni... Tiara rasa berdosa..." luah Tiara dalam esakan.

"Tiara bawa gambar lelaki tu?" Soalan dari Syifa' dijawab dengan sebuah anggukan.

"Okey, bagi sini...." pinta Syifa'. Tiara menghulurkan sekeping gambar.

Syifa' melihat gambar itu. Dahinya berkerut. Seperti pernah dilihat wajah lelaki itu. Gambar kemudiannya dipulangkan semula. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membakar gambar pemuda itu. Tapi, dia tahu itu bukanlah penyelesaian yang sebenar.

Gambar dihulurkan pada Tiara kembali. Teragak-agak Tiara menyambut. Dia berfikir yang sama seperti Syifa'. Hatinya sudah redha andai gambar itu dibuang, dikoyak mahupun dibakar. Dia takut sebenarnya. Takut perkara ini membuatnya terjerumus ke neraka.

'Oh, ya! Lelaki tadi!' Bisik hati Syifa'.

"Tiara kenal dia macam mana? Sikap dia?" Tanya Syifa'.

"Kalau Syifa' nak tahu, dia dulu satu sekolah dengan kita. Dia senior kita. Tiara suka dekat dia sejak pertama kali jumpa dia. Sejak pindah sekolah, Tiara cuba lupakan dia. Tapi, bila terserempak 5 bulan lepas, Tiara lemah. Syifa' tahu? Dia yang Tiara kenal seorang lelaki yang sangat baik. Tiara suka bacaan dia bila jadi imam." Tiara bercerita ringkas.

"Hmm... Macam ni, Tiara tahu kan Syifa' macam mana? Cara tengok orang, sikap seseorang?" Soalan Syifa' dijawab dengan anggukan.

"Syifa' ada terjumpa lelaki tu tadi. Apa yang Syifa' nampak dan rasa, tak seperti apa yang Tiara sangka. Mungkin zaman sekolah, dia memang baik. Tapi, sekarang dia dah lain Tiara." Syifa' memberi penjelasan. Tiara menundukkan kepalanya.

"Lain macam mana tu Syifa'?" Soal Tiara penuh rasa ingin tahu.

"Dia tak sebaik dulu. Syifa' nampak wajahnya tidak sesuci gambar yang Tiara bagi. Nur di wajahnya tu seolah hilang. Walhal, kita tahu dia satu-satunya senior yang hafiz Quran." Terang Syifa' lagi.

Tiara nampak terkejut. Fikirnya, Syifa' langsung tidak mengenali pemuda tadi, rupanya dia silap. Malah, lebih tahu dari apa yang dia tahu. Syifa' yang dia kenal, langsung tak memandang ajnabi di zaman mereka bersekolah. Namun, kelebihan yang ada pada diri Syifa' tiada yang mampu menghalang.

"Macam ni la Tiara. Tiara duduk sebulan dengan Syifa', nak? Cari balik kekuatan hati Tiara. Cari balik di mana Allah di hati Tiara." Ayat Syifa' begitu mengusik hati Tiara. Tiara mempersoal diri dengan soalan yang sama. Di mana Allah di hatinya? Di mana Allah di hatiku? Kamu? Di mana Allah di hati kita?

"Betul ke ni, Syifa'?" Tiara bertanya.

"Yes, dear.... Sampai bila-bila pun tak apa." Jawab Syifa'.

"Okey. Terima kasih, Syifa'. Tiara datang rumah Syifa' esok pagi ye? Nak ambil segala keperluan." Setelah meminta diri dan berpelukan, masing-masing membawa haluan sendiri.

'Bantu aku untuk membantu sahabatku, Ya Allah... Lembutkan hatinya. Kembalikan kemanisan ibadah padanya. Aamiin Ya Rabb...'

Syifa' memanjat doa sambil memandu pulang ke rumah. Abi pasti sudah menunggu di rumah. Untuk makan bersama satu-satunya anak yang Allah anugerahkan. Bukti cinta Abi dan Umi, dialah insannya. Puteri tunggal Abi dan arwah Umi.

Hatinya dipagut kerinduan untuk bertemu umi. Namun, ini ujian buatnya. Bukan semua orang mampu. Tapi, bila Allah timpakan ujian itu buat dia, dia tahu dia mampu. Bibirnya segera melantun bacaan al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

Umi, walaupun kita tak jumpa di dunia, moga Allah izinkan kita bertemu di syurga.'

Bisikan hati berbentuk pengharapan. Ini bukan harapan palsu. Ini harapan penuh rindu. Ini juga bukan kerinduan palsu. Ianya rasa rindu penuh tulus dari seorang anak.

Umi...
Kau pergi saat aku baru melihat dunia...
Kau pergi tanpa sempat mendidikku sempurna...
Kau pergi dalam senyuman rindu bertemu pencipta...
Lalu...
Aku ditinggal bersama abi...

Aku tidak mempersoalkan takdir ini...
Cuma ada kala aku terasa sunyi...
Cemburu melihat rakan bermanja...
Rindu belaian kasih seorang bonda...

Umi...
Semakin aku dewasa...
Semakin aku mengerti...
Hidup ini takkan lari dari ujian Ilahi...
Dan aku yakin mampu menghadapi...

Umi...
Bila kerinduan ini bakal terungkap...
Tak tertahan rasa ingin bertemu...
Melihat senyuman manismu...
Mendengar suara indahmu...

Umi...
Meski kau tak menjagaku setelah aku dilahirkan...
Tapi...
Aku tetap berterima kasih padamu...
Tulus dan tabah...
Memeliharaku sepanjang berada di kandunganmu...

Umi...
Hari ini kerinduan semakin menebal...
Moga sahaja umi baik di alam sana...
Moga tiap doa anakanda...
Menjadi penolong buatmu...

Dan moga sahaja...

Kita bertemu di Syurga nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience