Bab 8

Romance Completed 35321

TIARA duduk diam di biliknya. Baju berwarna pink yang dipakainya menaikkan seri. Hari ini merupakan majlis pertunangan antara Tiara Alisya dan Ustaz Akhtar. Meskipun Tiara belum mampu melupakan Azril sepenuhnya, dia tetap berusaha.

Gambar-gambar Azril semuanya dibuang. Dia yakin dengan istikharahnya. Ustaz Akhtar itu jodohnya. Jadi, sebelum rumah tangga berantakan akibat kesalahfahaman, lebih baik dia bertindak awal. Segala lama sosialnya dipadam. Dia ingin menjadi seorang Tiara Alisya yang baru!

Tiba-tiba, pintu bilik diketuk. Bakal mak mertua dah datang! Tiara menundukkan wajah. Malu. Ini baru bakal mak mertua nak sarung cincin pertunangan. Belum suami datang nak sarung cincin lepas nikah.

Beberapa rakan dan saudara-mara Ustaz Akhtar mengusik. Tiara semakin segan. Mak Cik Hamidah pantas duduk di sisinya dan mencapai tangannya. Cincin disarungkan. Muat-muat. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tiara mencium tangan Mak Cik Hamidah kemudian dibalas dengan pelukan dan usapan dari Mak Cik Hamidah.

"Tiara dah nak jadi isteri Akhtar. Tanggungjawab tu besar. Amanah tu besar. Laksanakan dengan baik ye..." bisik Mak Cik Hamidah. Tiara mengangguk.

"Terima kasih, mak cik, sebab sudi terima Tiara sebagai menantu." Ucap Tiara. Tulus dari hati.

"Panggil umi." Balas Mak Cik Hamidah.

"Terima kasih, umi..." Tiara menangis.

Sudah begitu lama dia dambakan kasih dari seorang ibu dan ayah. Saat ini, Allah hadiahkan dia seorang 'umi'. Walaupun bukan ibu kandungnya, tetap dapat dia rasakan aliran mahabbah seorang ibu.

Selesai menyarung cincin, para tetamu dijemput untuk makan. Tiara masih dibilik. Dipandang jarinya yang baru disarungkan cincin. Dibelek-belek cincin itu. Cantik! Simple.

'Macam tak percaya aku dah jadi tunangan orang. Ustaz sekolah dulu pulak tu. Jodoh itu memang unik!' Bisik hati Tiara.

Bila taat dengan syariat, ikhlas dengan amal, tinggal mendamba redha Ilahi, menanti syurga Rabbi.

"Nak tembus cincin tu Tiara belek..." tegur Syifa' di muka pintu. Memang dari tadi dia memerhatikan Tiara.

Tiara Alisya memandang Syifa'. Wajahnya merona merah. Syifa' ketawa kecil. Sangat comel. Dia tahu sahabatnya itu sedang bahagia. Bukan dia tidak nampak riak wajah gembira Tiara. Mencintai namun tak menyedari.

"Eh, laa... dekat sini lagi rupanya... Syifa' ni pun... suruh panggilkan Tiara, dia pulak hilang sekali...." bebel ibu. Tiara dan Syifa' ketawa.

"Sorry ibu... Syifa' terlupa sebab tengok bahagia sangat muka Tiara ni tadi." Syifa' mengusik.

"Siapa tak bahagia bila nak kahwin nak oiii... Ha, Syifa' bila nak hadiahkan ibu cucu?" Usik ibu pula. Tiara ketawa kali ini.

"Amboi ibu... Suami pun tak ada lagi, macam mana nak bagi ibu cucu..." balas Syifa'.

"Kalau dah nak cucu, sah-sahlah kena hadiahkan menantu sekali, Syifa'..." Tiara mengusik dan terus berlari ke ruang makan. Syifa' mengekori. Bahagianya dikau sahabat. Moga kekal hubungan hingga syurga.

"Ya Tuhan, hadiahkanlah juga sebuah bahagia buat anakku, Syifa'." Doa ibu sebelum menyertai kesemua tetamu makan bersama.

"Syifa'! Syifa'!" Keadaan yang tadinya gembira bertukar cemas apabila Syifa' rebah tiba-tiba. Semua kelam kabut membantu Syifa'. Riuh suasana.

Ustaz Akhtar masuk ke dalam rumah bila diberitahukan tentang Syifa' oleh adiknya. Kepalanya digeleng-gelengkan. Ada sihir yang mengganggu Syifa'. Ustaz Akhtar yakin orang yang menyihir Syifa' adalah sama dengan orang yang pernah cuba menyihir Tiara Alisya.

Ustaz Akhtar memberi isyarat kepada adik-adiknya agar bersedia. Mereka mengangguk faham. Ustaz Akhtar mula membaca ayat-ayat Ruqyah manakala yang lain diminta membaca ayat kursi sebanyaknya. Mereka mengalunkan ayat kursi serentak dan lantang.

Haikal yang turut hadir ke majlis itu terus melaungkan azan sekuatnya. Syifa' dipegang tangan dan kakinya oleh adik Ustaz Akhtar. Semua menjadi saksi perbualan ustaz Akhtar dan jin yang datang mengganggu. Tiara Alisya berdoa yang terbaik buat sahabatnya. Mahu sahaja dia menitiskan air mata melihat terseksanya sahabat. Namun, dia harus kuat. Andai dia lemah, pasti dia turut rebah. Ayat kursi masih terus dilantunkan.

Hampir 5 jam mengubati Syifa', namun masih belum diizinkan Tuhan untuk dia sembuh sepenuhnya. Abi tampil ke hadapan. Dipegang kuat kepala puteri kesayangannya. Dengan sepenuh pergantungan pada Allah, Abi melafazkan selawat 3 kali. Dengan Kuasa Allah, jin yang mengganggu itu menjerit kesakitan dan terus keluar dari badan Syifa'. Ustaz Akhtar sendiri melihat jin itu keluar.

Tiara memapah Syifa' ke bilik. Haikal dan Ustaz Akhtar mencadangkan agar rumah dipagar. Abi bersetuju. Persiapa dibuat dan rumah mula dipagar. Itu hanyalah ikhtiar. Namun, pergantungan sepenuhnya hanya pada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience