Bab 14

Romance Completed 35321

"KENAPA tak pesan awal-awal? Mana orang tau...." Haikal bersuara. Dipandang dua insan di hadapannya dengan pandangan bersalah.

"Ingat abang dah dapat tangkap bila orang cakap tadi. Ish!" Gadis di hadapannya pula membalas.

Memang kedua-duanya salah. Tapi, apa boleh buat. Dah berlaku. Haikal terdiam memikirkan cara menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi saat ini. Fikir punya fikir, akhirnya muncul mentol di kepalanya. Terang menyala. Call aje la. Apa susah?

Telefon bimbit di atas meja makan diambil. Laju tangan mendail nombor seseorang. Telefon dilekapkan ke telinga setelah butang call ditekan. Beberapa saat kemudian, panggilan dijawab.

"Azril, kau kat mana sekarang?" Tanya Haikal sambil diperhatikan dua insan di hadapannya.

"Kau datang Hill sekarang. Ada benda aku nak bagitahu ni. Datang dengan mak kau pun tak ape." Haikal bersuara sambil mata terarah pada gadis di hadapannya.

"Okey. Aku tunggu. Bye." Panggilan dimatikan.

Setelah menamatkan panggilan, Haikal masih berwhatsapp dengan Rayyan. Ada misi untuk dilaksanakan.

'Kau tahu Restoran Hill tak?' -Haikal

'Tahu je. Asal bro?' -Durian

'Kau boleh datang sekarang tak?' -Haikal

'Kau nak belanja aku minum ke?' -Durian

'Kau nak makan pun, aku belanja.' -Haikal

'Aku memang tengah lapar. Okey. Kejap lagi aku sampai.' -Durian

'Kau ingat tak pasal yang aku bagitahu hari tu?' -Haikal

'Yang mana satu? Pasal Aril tu ke?' -Durian

'Ye.' -Haikal

'Oh, harinya telah tiba!' -Durian

'Haha. Kau ni Durian. Tak yah drama dalam ni.' -Haikal

'Ye la. Kau pun tak yah whatsapp aku kalau nak aku sampai cepat. -_-' -Durian

'Okey... Sorry... Sorry....' -Haikal

Sepuluh minit kemudian, Azril tiba di Restoran Hill. Seorang wanita berusia 40-an dibawa bersama. Pasti ibunya. Walau sudah berumur, tetap cantik dan lembut sekali perwatakannya. Azril berjalan masuk dan mencari-cari kelibat Haikal. Dipimpin tangan ibunda menuju ke sebuah meja. Entah kenapa, dia rasa berdebar.

Teringat kembali ketika dalam panggilan tadi. Kalau diikutkan hati, malas mahu melayan. Dah la bagi bluetick. Azril berjalan ke arah Haikal bersama ibunya.

"Assalamu'alaikum..." Azril memberi salam.

"Wa'alaikumussalam..." Azril bersalaman dengan Haikal dan seorang Pak Cik yang ada bersama.

Azril perasan ada seorang gadis, tapi dia segan untuk memandang. Baginya, cukuplah dia pelihara cintanya hanya untuk bidadarinya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah kiri Haikal manakala ibunya duduk di sisi gadis itu.

"Siapa nama ni?" Suara ibu Azril memecah sunyi mereka.

"Syifa', mak cik." Azril mengangkat kepala mendengar suara halus itu. Dia kenal suara itu. Bidadarinya. Apakah hubungan Haikal dengan si bidadari? Suami isterikah?

Tidak lama selepas itu, Rayyan tiba. Dia bersalaman dengan Haikal, Azril dan Abi Syifa'. Rayyan mengambil tempat duduk di sebelah kanan Haikal. Senyumannya dihadiahkan buat Mak Azril. Tanda hormat.

"Abi, Syifa', kenalkan... Ini, Azril, dan ini Rayyan. Azril ni boleh panggil Azril. Rayyan ni boleh panggil Duu...." tak sempat Haikal menghabiskan ayatnya, mulutnya telah ditekup oleh Rayyan.

"Boleh panggil Rayyan." Rayyan menyambung bicara Haikal kemudian melepaskan tangannya dari mulut Haikal.

"Eh, kejap. Ni la Syifa' yang kau kata bakal isteri kau tu?" Tanya Rayyan.

"Eiii.... Kau ni tak reti jaga rahsia la Durian." Mendengarkan kata-kata Haikal, Syifa' tergelak kecil.

"Kau pun sama." Rayyan meneguk air fresh oren milik Haikal dengan selambanya.

"Ya Allah... sabarkan hatiku dari menghumban Durian ke dalam kolam ikan... Aamiin...." sengaja Haikal berdoa. Rayyan tergelak.

"Cik Syifa' kena hati-hati dengan Haikal ni. Kadang-kadang, dia ni tidur jatuh katil pun tak sedar. Nak kejut dia, kena simbah air panas." Rayyan sengaja mengenakan Haikal.

"Woi! Agaklah... Kau ni pun...." Syifa' dan Abi hanya ketawa. Begitu juga mak Azril. Azril? Senyuman kelat. Hatinya menyimpan 1001 rasa yang berbeza.

'Ya Tuhan... Berat benar ujian-Mu ini.' Azril menahan air matanya dari jatuh.

"Eh, kata nak belanja makan. Bilanya?" Tanya Rayyan.

"Pergilah order sana." Kata Haikal.

Rayyan cepat-cepat bangun dan pergi ke kaunter untuk order makanan. Bukan tiada pekerja yang megambil pesanan. Cumanya memang sudah cara Azril, Haikal dan Rayyan untuk berjalan dan memesan sendiri.

Haikal terus mencapai telefon bimbitnya. Kamera depan dibuka dan dia berselfie dengan Syifa'. Abi hanya membiarkan dan berborak dengan Azril. Nampak rapat. Mereka memang satu kepala gamaknya. Kopi nombor satu.

"Kau pesan apa?" Tanya Haikal apabila Rayyan kembali duduk di sebelahnya.

"Pesan supaya jaga pandangan dan jaga ikhtilat." Balas Rayyan.

"Deep weh, deep. Suka betul kau gurau dengan aku ye, Durian?" Haikal bersuara. Geram dipermainkan.

"Aku pesan nasi goreng je." Jawab Rayyan serius.

"Okey. Good then." Balas Haikal.

Tidak berapa lama kemudian, makanan yang dipesan telah siap dan dihantar ke meja. Siap dengan bil sekali. Haikal segera membayar. Memang niatnya ingin membelanja sahabat-sahabatnya. Masing-masing mula menjamah makanan tanpa suara.

Makanlah dengan penuh adab. Jangan berbicara yang sia-sia. Tiap bicara menjadi doa. Berkatalah yang baik ketika makan. Berzikirlah biar sentiasa ingat Tuhan. Walau bukan dalam solat. Yang paling penting, jangan jadi saudara syaitan dengan membazir.

Kita manusia, khalifah di bumi.
Soal pada diri...
Sudahkah ku jalankan tanggungjawabku?
Sudahkah aku bersiap sedia dengan jawapan bila disoal kelak?

Di mahkamah Allah, penuh keadilan.
Bukan lagi di mahkamah dunia.
penuh tipu daya.
Tiada adil mahupun kebaikan.

Yang ada hanya dusta.

Ingatlah duhai muslim, kita ini seolah sedang berada di penjara yakni dunia. Kalau kita nak bebas, berubahlah dari sekarang sampai berjaya bebas dan menjejakkan kaki ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience