Bab 11

Romance Completed 35321

DALAM gelap malam hari, Syifa' memandu pulang ke rumah sendirian. Bibirnya terkumat-kamit berzikir tanpa henti. Berdoa agar selamat dari bala bencana dan malapetaka. Jam menunjukkan angka 12.30 AM. Syifa' semakin laju memandu.

"Alhamdulillah..." Syifa' melafaz syukur apabila telah selamat tiba di rumah. Perlahan-lahan, dia keluar dari kereta dan masuk ke rumah.

"Lewat Syifa' balik?" Tegur Ibu. Syifa' tersenyum lesu. Bukan sengaja.

"Tadi Syifa' hantar kawan balik rumah. Jauh dari sini. Tu lewat tu." Jawab Syifa' selembut mungkin.

"Sudahlah. Penat dah tu. Pergi tidur." Arah Ibu. Syifa' hanya menurut.

Syifa' bergerak ke biliknya di tingkat dua. Suis lampu dan kipas dibuka. Air -cond dibiar tutup. Jarang sangat Syifa' menggunakan Air-cond. Hidungnya sensetif. Syifa' membuka tudung dan menyangkutnya. Setelah sedikit hilang lelah yang dirasakannya, dia berwudhuk. Sudah menjadi rutinnya untuk menunaikan solat sunat taubat sebelum tidur.

'Kita tak tahu bila kita mati. Tapi, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi maut. Kita juga tahu kita bakal dibalas atas setiap apa yang kita lakukan di dunia. Jika banyak pahala, nikmat. Jika terlebih dosa, azab. Jadi, sering-seringlah beristighfar dan bertaubat.' Itu pesanan dari seorang Naqibah Syifa' di sekolah dahulu.

Amir bin Abdullah al-Tamimi, seorang tabiin ketika hampir wafat pernah berkata, "Alangkah panjangnya jalan dan sedikitnya bekal."

Beliau seorang tabiin merasakan bekalannya untuk menghadap Ilahi sangat sedikit. Bagaimana dengan kita?

Usai menunaikan solat sunat taubat, Syifa' membaca al-Quran. Hatinya tergganggu dek apa yang berlaku seketika tadi. Surah ar-Rahman menjadi pilihannya. Dibaca dengan bertajwid dan lancar. Ayat-ayat itu membuatkan hatinya menangis.

"Shodaqallahul 'adzim.." Syifa' mengucup al-Quran kesayangannya. Al-Quran dari seseorang.

Seketika kemudian, dia teringat kembali apa yang telah berlaku di restoran tadi. Syifa' dan rakannya ingin keluar dari restoran. Namun, Azril tiba-tiba menahan.

"Kejap. Saya nak cakap sekejap je dengan cik." Ujar Azril. Syifa' menanti bicara Azril.

"Saya tak tahu nama cik. Tapi, saya gelar cik dengan nama Cik Bidadari. Maaf. Cik Bidadari, dulu saya tergilakan Cik kerana rupa. Maaf. Dulu saya jauh dari agama. Alhamdulillah Allah beri nikmat hidayah. Jadi, terima kasih juga atas nasihat cik sebelum ini." Kata Azril. Syifa' sedikit terkejut.

"Saya maafkan dan moga Encik Azril terus kuat dalam penghijrahan." Jawab Syifa' ringkas dan ingin berlalu pergi.

"Suatu hari nanti, akan saya jadikan Cik Bidadari sebagai Puan Permaisuri di hati saya. Assalamu'alaikum." Syifa' memang terkejut, tapi dikawal. Terus melangkah ke kereta walau terasa lemah. Dia perlu mengadu pada Kekasih agungnya.

Inilah yang diluah pada Rabbi saat ini. Bagaimana seorang lelaki menganggu-gugat ketenangan hatinya. Syifa' menangis. Dia takut. Sangat takut. Terlalu takut andainya dia sudah tidak dapat merasai manisnya beribadah bila dia terlalu melayan dunia.

Doanya bersungguh dengan esak tangisan. Doanya agar dihilangkan rasa yang membuatkan hatinya gelisah dan resah. Pinta agar ditunjukkan jalan penyelesaian. Syifa' akhirnya tertidur dalam bertelekung dan pipi dibasahi air mata.

Jam 3 pagi, dia terjaga. Mimpi yang hadir sebentar tadi membuatnya terjaga. Ditekup wajahnya sambil melafaz istighfar. Mungkin hanya Allah inginkan dia bangun untuk teruskan rutin qiamullail.

Indah rasa hati tika malam yang sunyi.
Bersujud pada Ilahi ditemani kedamaian malam.
Meluahkan rasa dengan begitu cinta.
Meluahkan cerita dengan pelbagai rasa.

Tangisan taubat membasahi sejadah.
Bibir berzikir mengundang ketenangan.
Damai dalam bahagia.
Belaian kasih cinta ar-Rahman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience