Bab 5

Romance Completed 35321

SUDAH hampir lima hari Azril turun ke Kuala Lumpur. Hanya dengan dua sebab. Pertama, kerja. Dan kedua, mencari bidadari yang telah mencuri hatinya. Lima hari ini juga dia makan di restoran yang sama. Namun, hampa. Bayang Tiara Alisya langsung tak kelihatan.

Azril duduk menunggu pesanannya tiba. Sambil itu, dia memandang pelanggan-pelanggan yang sedang makan di situ. Diperhati seorang demi seorang. Akhirnya, mata terhenti pada seorang gadis. Tiara Alisya! Hatinya menjerit gembira.

Dilihatnya Tiara Alisya sedang duduk bersendirian. Tiada makanan. Hanya minuman. Mungkin Tiara sudah makan tengahari tadi. Fikir Azril. Azril bangun dari duduknya dan berjalan mendekati meja Tiara Alisya.

"Assalamu'alaikum..." Azril menyapa. Nak dapat kena guna cara baik sikit. Tak boleh hai.

"Wa'alaikumussalam..." Gadis itu menjawab perlahan. Kepala yang dari tadi tunduk menghadap laptop diangkat. Mata ditalakan ke arah insan yang memberi salam. Sekilas cuma, kemudian menyambung kerjanya lagi.

"Cik ni, Tiara Alisya kan?" Azril bertanya.

Gadis itu tersentak. Sedikit kaget. Mengapa nama sahabatnya yang disebut? Dan kenapa perlu tahu nama sahabatnya? Dari mana dia memperoleh maklumat yang tidak sahih ini? Gadis itu kembali memandang Azril. Tajam.

"Encik ni siapa ye? Encik salah orang ni. Saya bukan Tiara Alisya." Gadis itu berura-ura mahu pergi dari situ, namun segera ditahan oleh Azril.

"Maaf. Tapi, boleh saya tahu nama cik?" Azril masih tak berhenti mencuba. Gadis itu hanya diam. Azril terus duduk di hadapan gadis itu.

"Encik Azril bin Nizam. Maaf, taktik awak tak berjaya. Berubahlah! Sampai bila nak jadi kasanova?" Azril terkejut mendengar tuturan gadis itu. Dari mana dia tahu?

"Err... Tapi, sebab nak berubahlah saya cari awak. Saya tengok awak ni baik. Mesti boleh bimbing saya." Azril tidak berputus asa.

"Encik Azril, saya tahu awak berpura-pura. Lagipun, saya tak terlalu dungu untuk mempercayai kata-kata manis seorang lelaki. Saya tidak begitu bodoh untuk membimbing seorang yang sebenarnya tak mahu pun berubah. Kalau benar pun encik nak berubah, carilah bimbingan dari para ustaz. Bukan saya." Gadis itu membalas.

Ya, gadis itu bukanlah seperti gadis biasa yang pernah Azril pikat. Dengan mudah percaya pada kata-kata seorang lelaki? Bukan sikapnya. Lelaki yang dipercayainya hanya seorang dan satu-satunya dalam hidup dia selepas Rasulullah SAW.

"Tapi, lepas kahwin kan lebih senang kalau isteri bimbing suami." Azril tidak mahu kalah.

"Saya tidaklah terlalu jahil untuk menerima seorang lelaki yang ketika bujangnya tidak pernah mahu pun taat pada Allah. Andai Allah yang Maha Memiliki Segalanya itu pun dia tidak taat, inikan pulak nasihat seorang manusia bernama isteri. Perempuan yang fitrahnya lemah. Sebelum kahwin, boleh la cakap. Lepas kahwin, entah apa jadi. Saya pergi dulu. Assalamu'alaikum." Gadis itu berlalu pergi. Azril terkedu. Dia tak menyangka gadis itu tidak mempercayainya langsung. Malah tahu apa yang dia buat.

Memang Azril tidak megenali gadis itu. Sukar untuk dia memahami. Ayatnya seperti sedang menahan kemarahan. Namun, riak wajahnya hanya bersahaja. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan gadis itu sedang marah. Lagipula, kenapa mahu marah? Baginya, dia tidak berbuat sebarang kesalahan pada si gadis.

'Macam mana dia tahu nama aku? Perangai aku? Padahal ini baru kali kedua bertegur.' Bisik hati Azril. Baru tersedar gamaknya.

"Aku akan kejar kau wahai bidadari. Sampai aku dapat!" Tekad hati Azril.

Bila tidak disandarkan kepada Allah, itulah yang terjadi. Mengejar manusia yang bakal menjadi jenazah, hingga lupa kejar redha Allah. Mengejar kekayaan dunia, hingga lupa bersedekah. Mengejar kejayaan dunia, hingga lupa melakukan persediaan di alam akhirat.

Azril memandu laju. Namun, hatinya resah dan gelisah. Entah mengapa. Baru kali inilah dia merasa peritnya bila ditolak. Pasti perasaan seorang wanita yang halus itu jauh lebih pedih saat dia menolak mereka. Azril memberhentikan keretanya di bahu jalan. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Jiwanya keliru. Ada satu rasa aneh memasuki relung hati. Rasa apa, dia sendiri tidak pasti.

Radio dibuka agak kuat. Pemanduannya diteruskan. Lagu yang dimainkan dari corong radio menyebabkan rasa gelisah bertukar marah. Bukan ketenangan. Tangan kirinya ligat mencari channel radio yang lain.

"Alaa bidzikrillahi tathmainnal quluub" (????? ???????? ??????? ??????????? ??????????)

Azril sedikit tersentak. Bukan dia tidak kenal ayat itu. Bukan dia tidak faham dengan maksud ayat itu. Sangat faham semetelah dia seorang hafiz. Walau sangat jarang mengulang, hafazannya masih kemas di ingatan. Kuasa Allah. Azril segera beristighfar. Berulang kali. Bacaan ayat suci al-Quran di radio IKIM itu dibiarkan terpasang.

"Ingatlah, dengan mengingati Allah hati kan jadi tenteram tenang." Begitulah maksud ayat 28 surah Ar-Ra'd.

Azril malu sendiri. Seolah baru menjumpai jalan kembali. Dia tersedar lagi. Hatinya memang takkan tenang selamanya selagi dia memuja segala perhiasan dunia. Bukannya memuja Pencipta. Azril berhenti lagi. Jarak ke rumahnya suda tidak jauh. Namun, dia kesal. Hatinya pilu. Air matanya terus jatuh berguguran ke pipi. Istighfarnya mercup di bibir tanpa henti.

Saat tangisannya telah reda, barulah dia kembali memandu dan masuk le perkarangan rumahnya. Rumah besar ini menjadi saksi segalanya. Saksi selain dari Malaikat yang sentiasa bekerja di kanan dan kirinya.

Ya Allah, apakah hidayah-Mu sedang menyapa seorang Azril?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience