Bab 12

Romance Completed 35321

DI sepertiga malam yang sunyi, Azril asyik dalam munajatnya. Sudah bertahun dia tak merasai nikmat kemanisan beribadah ini. Terlalu lama. Air matanya mengalir mengenangkan betapa baiknya Allah bila sudi menerimanya lagi. Bila Allah beri ketenangan yang dicari selama ini. Azril khusyuk bersujud.

"Ya Allah, aku telah lama jauh dari-Mu. Ampunkanku Ya Allah. Aku sering meyakiti hamba-hamba-Mu, amunkanku Ya Tuhan. Aku sering terlupa untuk bersyukur. Ampunilah aku Ya Allah. Ya Allah, aku sering menyalahkan takdir-Mu, maafkanlah aku Ya Allah. Aku terlalu lalai, ku pohon.... Ampunkanku Ya Allah. Terima kasih atas nikmat hidayah ini. Ya muqallibal qullub, thabbit qalbi 'ala dinika."

Doanya penuh tangisan. Istighfarnya dilafaz tak henti. Hatinya benar-benar dipaut rasa cinta pada Ilahi. Tangisnya hanya kerana takutkan Ilahi. Tiada lagi cinta lain yang didambakannya. Cinta Allah sudah cukup indah bagi dia. Ibadahnya diteruskan hingga saat subuh menjelma.

Azril bersiap ingin ke surau untuk berjemaah. Biarlah apa orang nak kata, dia peduli apa? Dalam hatinya kini hanya Allah. Azril mengejutkan Haikal yang bermalam di rumahnya.

"Haikal... Bangun. Jomlah subuh jemaah." Haikal terpisat-pisat membuka mata mendengar suara Azril. Setelah dapat mencerna tiap patah kata Azril, dia terduduk dari pembaringannya.

"Tak payahlah pandang aku macaam tu!" Azril bengang. Haikal ketawa kecil.

"Okey... okey... Aku siap kejap..." Haikal membalas. Azril keluar dari bilik Haikal. Menanti sahabat di sofa ruang tamu.

Haikal tersenyum sendiri. Senyuman yang menggambarkan rasa gembira di hati. Gembira dapat kawannya yang lama. Azril yang dulu dah kembali! Haikal terus cepat-cepat bersiap bila menyedari dirinya telah agak jauh ke langit.

Selesai sahaja, mereka berdua ke surau dengan menunggang motor. Bukan jauh mana pun. Mereka masuk ke surau. Sedihnya melihat umat zaman ini. Satu saf pun tak penuh. Padahal di kawasan itu, kesemuanya Muslim.

"Haikal, jom dakwah?" Azril bersuara tiba-tiba. Haikal terpinga-pinga.

"Jom!" Nampanya, Haikal sudah faham.

Langkah penuh semangat dan azam membara. Tekad dua hati ingin menjalankan satu misi. Menghidupkan kembali Islam di bumi ini. Membina rijal berkualiti dan syabab berpotensi. Demi umat, kerana Allah!

Iqamah dilafazkan oleh bilal menandakan solat bakal dimulakan. Azril terfikir, andai kata Dajjal datang waktu ini, bagaimana manusia ingin melawannya sedangkan majlis ilmu tak pi. Solat jemaah tak hadir. Tenatnya umat.

Imam memulakan solat subuh pagi itu. Syahdu rasanya. Kalau dahulu, Azril sendiri pernah menjadi imam di surau ini. Azril terasa seperti dia perlu berubah dengan sebenar-benar perubahan. Usai berdoa, Haikal mengajak pulang ke rumah sewa Azril.

"Eh, Aril la." Terdengar suara seseorang berkata. Haikal pelik. Mana ada orang panggil Azril dengan panggilan Aril selain daripada....

Segera dia memberhentikan motor di tepi jalan. Dipandang kembali kepada orang yang menyebut nama Aril. Mereka tersenyum gembira. Kawan lama beb!

"Woi, durian... Lama tak jumpa kau...." sapa Haikal. Pemuda itu membuat muka bengang.

"Kau tak habis-habis panggil aku durian. Ada aku belasah gak karang subuh-subuh ni..." kemudian mereka ketawa.

"Lek arhh durian... best kot gelaran tu. Unik. Orang lain tak ada..." balas Azril.

"Ikut suka kau la labi...." balas sahabat yang digelar durian.

Nama sebenarnya adalah Rayyan. Namun, terjadi satu peristiwa di mana ketika orientasi pelajar asrama, mereka duduk dalam satu kumpulan. Semasa sesi berkenalan, Azril tidak menumpukan perhatian. Tiba-tiba seniornya menyoal siapa nama ahli kumpulan dia. Yang dia kenal Haikal, Azmi, Faiz dan Asyraf.

"Eh, nama dia tu siapa? Apasal tak sebut sekali?" Senior itu menyoal.

"Durian!" Azril menjawab. Seisi dewan tergelak.

"Woi, nama aku Rayyan la...." dia menegur Azril.

"Sorry la bro! Err, tapi okey apa. Rayyan dengan Durian tak jauh beza." Selamba Azril mejawab. Sejak itulah dia digelar durian.

"Weh, kejap. Siapa labi?" Haikal bertanya sambil berpandangan dengan Azril. Azril dapat menangkap apa yang Haikal fikirkan. Mereka menoleh kanan, kiri dan belakang. Sengaja.

"Pergh, macam ni la kawan...." Rayyan sedar dipermainkan.

"Lek arhh... Dah lama tak jumpa kau bro! Sihat ke?" Azril bertanya.

"Alhamdulillah. Sihat." Jawab Rayyan.

"Eh, jomlah pi sarapan kat rumah aku. Boleh sembang." Ajak Azril.

Ketiga-tiganya bergerak menuju rumah Azril. Azril ada satu kelebihan yang orang lain tak tahu. Dia pandai memasak seperti arwah ayahnya. Untung betul siapa jadi bini dia nanti.

Agak-agak, siapa bini Azril yang bertuah tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience