Bab 19

Romance Completed 35321

HARI Khamis telah tiba. Hari terakhir bergelar bujang. Syifa' dan Tiara banyak meluangkan masa dengan Abi dan Ibu. Macam-macam dikongsikan. Pelbagai nasihat dilontarkan dan diterima. Begitu banyak yang diajarkan.

Ibu yang paling banyak memberi tips keharmonian rumah tangga. Antaranya ialah, selalu berbincang sebelum membuat keputusan, saling bantu membantu menyelesaikan setiap masalah, tidak meninggi suara pada suami, hormati suami, menyatakan pendapat dengan cara yang baik dan bermacam-macam lagi.

Sedang sibuk mereka berbual di dapur, telefon rumah menjerit minta diangkat. Belum sempat diangkat, panggilan telah mati. Berbunyi pula telefon bimbit milik Syifa'. Segera diangkat tanpa melihat nama si pemanggil.

"Assalamu'alaikum..." sapa Syifa'.

"Syifa' ke ni?" Tanya seseorang di talian.

"Ya saya. Siapa ya?" Syifa' menyoal kembali.

"Syahida. Ingat lagi?" Jawabnya. Syifa' terdiam cuba mengingati.

"Kak Syida! Ya Allah... lama tak berhubung... akak sihat?" Ceria suara Syifa' bertanyakan khabar seniornya.

"Tak berapa nak sihat. Syifa', boleh tak akak nak jumpa Syifa' hari ni?" Tanya Kak Syida.

"Boleh kak. Di mana ye?" Tanya Syifa' pula.

"Di rumah Syifa' sajalah. Nanti Syifa' bagi alamat ye." Jawab Kak Syida dan kedengaran dia batuk agak keras.

"InshaaAllah kak... akak okey tak ni?" Tanya Syifa' lagi. Risau pula mendengar suara batuknya yang agak teruk.

"Akak okey. Jumpa kejap lagi. Assalamu'alaikum." Panggilan dimatikan.

Syifa' segera menghantar alamat rumahnya kepada Kak Syida. Kak Syida membalas dengan ucapan terima kasih dan meminta Tiara ada bersama nanti.

"Tiara... nanti Kak Syida nak jumpa kita." Ujar Syifa' memaklumkan.

"Kak Syida? Bila? Di mana?" Tanya Tiara tidak sabar.

"Dekat sini je. Nanti kejap lagi, Kak Syida sampai." Serentak itu, terdengar dua suara lelaki memberi salam. Abi melihat tetamu yang datang.

"Haikal... Azril... masuklah..." jemput Abi.

"Terima kasih pak cik..." balas Azril.

"Ish... apa ni bakal menantu panggil pak cik. Panggil abi." Kata abi. Azril hanya mengangguk dan tersengih.

Tidak lama menunggu, Kak Syida sampai. Dia memberi salam dan mengetuk pintu. Syifa' membuka dan menyambut kehadiran Kak Syida lalu menjemputnya masuk ke dalam rumah.

"Saya ada sesuatu nak beritahu pada semua." Kak Syida memulakan bicara.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf pada semua atas apa yang akan saya perkatakan ini." Kak Syida mula sebak. Syifa' mengusap bahunya menenangkan.

Kak Syida memandang kepada Tiara yang duduk di sebelah kirinya dengan air mata yang bergenangan. Dipegang tangan Tiara. Dia tunduk.

"Maafkan akak Tiara sebab menyakiti kamu bertahun-tahun." Mendengar pengakuannya, semua terkejut kecuali Syifa'.

Tiara Alisya memandang tidak percaya. Dipandang wajah Syifa'. Syifa' mengangguk meyakinkan. Syifa' sudah mengetahui lebih lama megenai insan yang cuba menyihir Tiara dan dia. Tidak ketinggalan, Azril.

"Tapi kenapa kak? Apa salah Tiara?" Tanya Tiara. Jujur, dia kecewa.

"Syifa' maafkan akak jugak..." mula terdengar esakan dari Kak Syida. Syifa' menganggukkan kepalanya dan memeluk Kak Syida.

"Kau jugak, Ril. Maafkan aku." Kak Syida membahaskan diri 'aku' 'kau' kerana mereka sebaya.

"Maafkan untuk apa? Aku tak faham." Balas Azril. Abi, Ibu dan Haikal hanya menjadi penonton dan pendengar. Macam dalam drama dah tau!

"Kau langsung tak ingat pasal Syifa' kan? Walau Haikal selalu cerita dulu?" Tanya Kak Syida.

"Tak. Why?" Tanya Azril pulak.

"Sebab aku yang buat. Aku yang halang kau dari ingat tentang dia." Azril tersentak mendengar pengakuan rakan sekelasnya itu dahulu.

"Kenapa cari pasal?" Suara Azril bergetar menahan kegeraman.

"Nanti dulu, Ril.... Sabar... Dengar dulu penjelasan Syida." Abi bersuara menenagkan keadaan. Azril kembali tenang.

"Dulu, aku selalu lepak dengan korang, buat rondaan dengan korang, dan topik korang selalu Tiara dan Syifa'. Tiara tak sangatlah. Syifa' paling banyak." Kata Kak Syida memeranjatkan Syifa'. Yang ini, dia benar-benar tidak tahu. Cuma dia pernah merasa ada yang menyebut-nyebut tentang dirinya.

"Jadi?" Azril bertanya. Tidak terlihat jelas apa yang menjadi point kepada perbuatan Syahida.

"Aku cemburu. Aku ada dekat situ, tapi korang buat aku macam tunggul. Aku pernah suka dekat Haikal tapi dia selalu cerita pasal Syifa'. Aku jadi putus asa. Aku cuba suka kat kau pulak. Tapi, kau bagitau Haikal, kau suka Syifa' dan better kalau Haikal dengan Tiara. Kau sendiri yang kata waktu tu." Air mata Kak Syida berlinangan di pipi.

"Aku terlalu sakit hati sampai aku berdendam. Habis sekolah, aku buat macam-macam. Masa tu aku tak tahu aku dirasuk apa, tapi Tiara yang aku sakiti. Dalam fikiran aku cuma nak dia mati." Terkejut lagi semua mendengar penerangan itu.

"Aku buat juga pada Syifa'. Susah. Sangat susah. Sekali je aku berjaya, tapi tewas juga. Dan kau, paling senang. Aku tak tahu kenapa. Cuma sekarang, aku nak kemaafan dari korang. Aku nak mati tak lama lagi. Aku tak nak kerana perbuatan gila aku, aku diseksa. Tolong... maafkan aku...." kali ini suaranya diselangi dengan tangisan dan batuk yang keras. Syifa' risau.

Inilah manusia bila dihuni rasa dengki dalam hati. Rasa iri hati lama-lama menjadi dendam kesumat. Tak berkesudahan hinggalah diberi hidayah oleh Allah, atau pulang kepada-Nya dalam kehinaan.

"Tapi, macam mana pulak Syifa' boleh terkena hari tu?" Haikal bertanya. Matanya memandang Syifa' memohon penjelasan.

"Syifa' terlupa baca Mathurat la bang...." jawab Syifa' serba salah. Haikal menggeleng.

"Jap. Weh, Haikal... dulu, yang kau cerita budak jatuh longkang belajar naik basikal tu, Syifa' orangnya?" Mendengar soalan Azril, semua ketawa. Syifa' menunduk malu.

"Tak ada benda lain ke nak cerita?" Tanya Syifa' pada Haikal dengan geram.

"Eh, ada... Ada sorang budak tu, menangis kalau tak dapat ais krim time tengah hujan. Buat perangai macam dalam drama, nangis dalam hujan. Lepas tu demam tiga hari. Antibodi tak kuat betullah budak tu!" Azril mengusik. Semua tergelak lagi.

"Eleh... ada orang tu lagi terus. Frust sampai demam." Perli Syifa'.

"Eh, dia perli kita pulak." Balas Azril sambil ketawa.

"Tak mention sesape pun. Cuma, siapa makan cili, terasalah pedasnya." Syifa' tidak mahu kalah.

"Eh, ada cikgu bm la dekat sini." Azril perli kembali.

"Memang ada. Akulah orangnya." Kak Syida menyampuk.

"Eh, nanti dulu. Aku belum boleh maafkan kau ni." Kata Azril membuatka Kak Syida menunduk. Risah di hati.

"Kalau kau tak datang majlis nikah aku, duduk sebelah Syifa' esok, aku takkan maafkan kau." Azril serius. Syifa' berkerut dahi.

'Apa kenalah bakal suami aku ni.' Ujar Syifa' dalam hati.

"InshaaAllah aku datang." Perlahan suara Kak Syida.

"Eh, aku gurau je. Aku jemput untuk esok. Pasal maafkan tu, aku dah maafkan. Jangan risau." Mendengar bicara Azril, Kak Syida menghembus mafas lega. Hanya menunggu Tiara.

"Sebuah kemaafan dirasakan begitu berat bila sesorang membuat kesalahan pada kita. Tapi, kita sendiri menagih kemaafan dan keampunan dari Allah saat melakukan dosa. Maafkanlah Tiara... Mungkin dalam memaafkan ada keampunan dosa. Mungkin dalam kemaafan ada rahmat dari-Nya." Nasihat ibu begitu lembut pada Tiara. Tiara memejam matanya.

"Tiara maafkan akak..." mendengar kata penerimaan maaf dari Tiara, Kak Syida terus memeluk Tiara.

"Terima kasih semua..." ucap Kak Syida.

"Alhamdulillah. Thanks to Allah, sister." Balas Syifa'. Berulang kali Kak Syida mengucapkan lafaz tahmid itu. Besarnya nikmat dan kasih Allah.

Setelah makan tengahari bersama, Kak Syida meminta diri untuk pulang. Azril dan Haikal pula ada perkara yang perlu dibincangkan dengan abi. Syifa', Tiara dan ibu berborak santai. Debaran hari esok makin kuat terasa.

"Ibu, Tiara takutlah esok." Luah Tiara.

"Baru akad nikah, Tiara oii..." ujar ibu. Mengusik.

"Jangan risau Tiara. Sebab Syifa' pun tengah takut." Balas Syifa' mengundang tawa.

"Tiara, Syifa'...." panggil ibu. Tiara dan Syifa' memandang ibu.

"Nanti, dah nikah jangan lupakan ibu. Jangan lupakan abi terutamanya. Abi paling banyak berkorban untuk kebahagiaan Syifa'. Hargai." Pesan ibu. Syifa' mengangguk.

"Tiara pun... walau bukan anak kandung abi, Tiara tetap dianggap seperti anaknya. Terlalu banyak pengorbanan abi buat Tiara." Pesan ibu pada Tiara. Kemudian, dibawa kedua puteri itu ke dalam pelukannya.

Ibu tiada anak, Syifa' tiada umi, Tiara juga. Ibu anugerah buat Syifa' dan Tiara. Syifa' dan Tiara menjadi permata berharga buat ibu. Sungguhlah Allah cinta. Diambil satu, diganti dengan yang lain. Besarnya rahmat Allah. Subhanallah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience