Bab 7

Romance Completed 35321

AZRIL hanya memandang makanan yang terhidang di atas mejanya. Dari semalam dia hilang selera makan sejak bertemu si bidadari. Pelbagai persoalan menerjah masuk ke dalam kepalanya.

"Azril... Makan cepat. Nanti sejuk makanan tu. Lambat kang pi kerja." Mak Azril menegur. Mematikan lamunan panjang si anak.

Puan Azizah sendiri tidak dapat menangkap apa yang bermain dalam benak kepala anaknya yang seorang itu. Dalam 3 orang anaknya, itulah yang paling membingungkan. Yang paling bongsu itu paling tak dijangka perangainya.

Bayangkanlah, di zaman sekolah, Azril merupakan pelajar contoh. Cemerlang dalam akademik, aktif dalam sukan, paling rajin membantu guru, senang kata memang perfect sebagai pelajar mithali.

Tapi, tiba-tiba dia berubah bila di universiti. Sangat drastik. Azril mula bermain cinta. Bukan setakat itu, malah mula mempermainkan hati ramai perempuan. Mula keluar malam dan balik awal pagi. Bimbang di hati Puan Azizah.

Dahulu, semasa arwah suaminya masih hidup, dia tak pernah bersikap begitu. Cuma mungkinnya Azril terlalu sayangkan ayahnya sehingga sukar menerima kehilangan. Akhirnya, tersilap memilih jalan untuk meluahkan perasaan. Rasa tidak puas hatinya.

Azril tidak sedar yang sedang dilawannya itu Tuhan. Tuhan Yang Menciptakan. Dia alpa dan leka dengan kehidupan dunia. Dia terlalu sayangkan ayahnya hingga lupa untuk redha. Sedangkan, Allah Itu Maha Baik. Dia ambil apa yang kita sayang bukan kerana nak kita bersedih. Tapi, dia nak kita berpisah sekejap, dan redha. Bersatu kembali di istana dalam syurga. Sayangnya, Azril tak menyedari semua itu.

"Azril ada masalah?" Puan Azizah cuba mengorek rahsia bila melihatkan Azril hanya diam sejak kebelakangan ini.

"Ada mak. Masalah hati. Azril jumpa bidadari. Tapi, Azril tak layak untuk dia. Taktik Azril guna nak pikat dia, langsung tak jalan." Luah Azril akhirnya.

"Oh, anak mak ni dah besar rupanya. Rasa macam baru semalam, mak mandikan, main-main dengan Azril, anak mak dah nak kahwin rupanya. Siapa nama bidadari tu?" Tanya Puan Azizah.

"Azril tak tahulah, mak. Haikal bagitahu namanya Tiara, tapi bila tanya bidadari, dia kata tu bukan nama dia. Azril buntu. Nak cari nama dia pun jenuh. Inilah paling susah mak." Luahnya lagi.

Puan Azizah mengenggam tangan kanan anaknya. Dipandang tepat ke dalam mata anak lelaki bongsunya. Ada riak sedih di mata anaknya. Kuyu sahaja. Tidak bersinar seperti dulu lagi.

"Azril... Meh, dengar apa mak nak cakap. Dengar dengan hati... Mak bukan mengungkit. Cuma, menasihati." Azril memandang wajah ibu tercinta.

"Azril ingat tak macam mana Azril buat ramai perempuan jatuh cinta dengan Azril? Azril tahu tak? Seorang wanita ni hatinya begitu halus. Mudah tersentuh. Mudah jatuh. Mudah tewas. Fitrah untuk menyayangi dan disayangi itu sangat kuat. Jadi, bila lelaki kata 'suka', mereka akan mula mengharap. Menyangka lelaki benar sukakan mereka." Puan Azizah mengambil nafas sebelum menyambung bicara.

"Jadi, Azril fikir balik. Dulu, Azril dah buat ramai gadis jatuh dengan masalah hati ni. Hari ini, saat ini, Azril diuji yang sama. Dua sahaja mak nak pesan... Pertama, kalau Azril benar nakkan si dia, perbaikilah diri Azril dulu. Tanggungjawab sebagai suami bukan kecil. Bukan mudah."

"Kedua?" Azril bertanya.

"Kedua, jangan terlalu berharap pada si dia. Tapi, berharaplah sepenuhnya pada Allah. Allah yang memegang kunci hati setiap manusia. Tapi, ingat Azril... Kalau dia bukan jodohmu, bermakna dia cuma ujian buatmu. Datang menyinggah untuk menguji. Dan membawa perubahan mungkin." Puan Azizah mengakhiri nasihatnya. Azril diam. Nampak seperti sedang berfikir.

"Mak teringin nak Azril yang dulu...." suara Puan Azizah kendur, lirih, sesak di dada menahan sebak.

Azril tersentuh. Ya, benar kata mak. Mungkin inilah saatnya untuk dia berubah. Menyambut hidayah Allah. Tapi, dia tak kuat sebenarnya. Jahiliah itu sukar untuk dihilangkan dari hati. Sedangkan, andai diri berusaha, ada ganjarannya.

Azril menyalami tangan ibunya dan meminta diri untuk ke tempat kerja. Dia tekad untuk melakukan satu perkara. Mungkin saat ini dia gila bayang terhadap seorang perempuan. Tapi, tak mustahil, satu hari nanti dia menjadi bualan penduduk langit.

Yang namanya mujahadah...

Takkan pernah mudah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience