Bab 16

Romance Completed 35321

'Mantap bro!' -Haikal

'Well... Rayyan kan....' -Durian

'Jangan bongkak sangat boleh tak?' -Haikal

'Ye la!' -Durian

'So, next...' -Haikal

'Okey...' -Durian

Haikal memandu ke rumah sewa Azril selepas habis kerja. Pintu pagar sudah sedia terbuka. Macam tahu-tahu je sahabat baik nak datang. Nampaknya, Rayyan telah mendahului.

"Assalamu'alaikum..." Haikal memberi salam.

"Wa'alaikumussalam... Masuklah Haikal!" Jerit Rayyan dari dalam rumah.

Haikal menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihatnya ruang tamu kosong. Aik? Haikal berjalan pula ke dapur. Kosong juga. Fikirannya cuma satu. Azril. Terus langkahnya diatur pantas menuju ke bilik Azril.

Azril terbaring lesu di atas katil. Oh, tidak! Azril tak sihat. Haikal berjalan mendekati sahabat baiknya. Rayyan baru sudah memberikan ubat buat Azril. Hubungan persahabatan yang terlalu rapat membuatkan Haikal terasa ingin menangis melihat keadaan Azril yang begitu lemah.

"Kau okey tak ni?" Suara Haikal bertanya menahan tangisan.

"Aku okey... Rileks la... Tak yah nangis macam dulu lagi... Kau selalu nangis bila aku sakit... Macam aku dah nak mati...." jawab Azril. Sakit-sakit pun boleh jawab panjang-panjang.

Memang sejak dahulu Haikal begitu. Bila Azril sakit, dia akan menangis. Kerana Azril bukan seorang yang mudah jatuh sakit. Jadi, bila Azril terkena sakit, pasti teruk.

Contohnya, seperti ketika mereka berada di tingkatan lima. Azril sebagai ketua pengawas memang seorang yang tegas dan profesional dalam menjalankan tugas. Suatu hari, Azril dan Haikal membuat rondaan pada waktu rehat. Dan Azril tiba-tiba rebah. Haikal sedikit cemas, namun cepat bertindak membawa Azril ke bilik rawatan dibantu oleh pelajar yang lalu di situ.

Dalam hati, Haikal tak putus berdoa agar sahabatnya sihat sahaja. Akhirnya, tanpa sedar air matanya mengalir jua ke pipi. Betapa cintanya dia pada seorang yang bergelar sahabat.

"Kalau dah ternangis macam ni, nak buat apa?" Tanya Haikal.

"Woi... Jangan nangis la... aku nangis sekali nanti...." Rayyan menyampuk.

"Diamlah Durian..." Haikal menyuruh sambil menyeka air matanya.

"Kau punya pasallah ni, Haikal..." akhirnya semua menangis. Sayang pada sahabat itu sangat tinggi.

"Kau kenapa tiba-tiba demam?" Tanya Haikal.

"Sebab cinta..." jawab Azril selamba.

"Ish... main-main kau ye sakit-sakit ni. Kau kena sihat sebelum jumaat ni. Kau wajib ada time majlis nikah." Kata Haikal.

"Jumaat ni? Cepat gila!" Terkejut Azril mendengarnya.

"Okey apa. Dah, aku tak kira. Kau kena sihat jugak. Aku duduk sini sampa kau sihat. Kau tak nak ikut cakap aku, siaplah kau." Haikal dah mula membebel. Bebelannya kerana sayang.

Bermulalah rutin Haikal sebagai "doktor" kepada Azril. Makan ini, jangan makan itu. Bangun, jangan baring je. Solat. Baca al-Quran. Zikir. Mathurat. Semuanya dijadualkan oleh Haikal. Punyalah nak sahabat sihat.

Akhirnya, dengan izin Allah, hari rabu itu Azril sudah sembuh. Tak sia-sia usaha Haikal dan Rayyan. Walaupun Rayyan tak duduk sekali dengan Haikal dan Azril, hari-hari dia datang melawat dan dimarahi Haikal kerana bawa makanan yang tak boleh dimakan oleh Azril. Padahal, Azril yang minta dari Rayyan sebenarnya. Sudahnya, dua-dua kena marah. Tadah telinga je la.

"Okey, memndangkan dah sihat, boleh la pi cari baju." Ujar Haikal.

"Baju apa?" Tanya Rayyan.

"Baju nikah." Jawab Haikal.

"Kau nak nikah tak beli baju lagi?" Tanya Azril. Hairan dengan sahabatnya.

"Sebab kau sakitlah aku tak beli. Aku nak ajak korang sekali. Aku ni mana reti pilih mana baju yang lawa, sesuai." Jawab Haikal.

"Belanja la sekali." Azril berkata.

"No problem! Jom la. Aku nak cari cincin sekali." Haikal bangun dari duduk dan ingin menuju keluar dari rumah.

"Cincin pun belum? Parah kau ni." Azril yang risau terlebih.

"Eleh. Bukan nikah esok. Lek ah. Dah, jom cepat." Haikal sudah masuk dalam kereta.

Menunggu Rayyan dan Azril. Tak lama pun tunggu mereka. Azril memandu kali ini memandangkan dia lebih tahu di mana nak cari barang perkahwinan. Gaya macam dia yang nak kahwin dah. Mula-mula cari cincin katanya.

Sampai di kedai cincin, Haikal melihat cincin yang ada. Susah jugak nak pilih cincin ni rupanya. Haikal sememangnya orang yang jenis malas duk memilih lama-lama. Akhirnya, Azril juga yang diminta tolong untuk memilih.

"Tolonglah weh... aku tak reti..." rayu Haikal.

"Pelik betul la kau ni. Ha, tengok yang tu. Yang ada 5 permata kecik dekat cincin tu." Kata Azril pada pekerja di kedai emas itu.

Pekerja itu mengeluarkan cincin dari tempatnya dan diserahkan pada Azril. Spontan Azril menyarungkan cincin ke jari kelingkingnya. Muat. Seketika, baru dia teringat bahawa Haikal yang akan berkahwin, bukan dia. Baru hendak disarungkan pada jari Haikal, sudah diambil dan diserahkan kembali pada pekerja di situ.

"Okey, ambil yang ni." Selamba Haikal membayar.

"Eh, kau ni. Tak muat nanti, tak tahulah aku. Ngek betul main ambik je." Haikal hanya ketawa mendengar bebelan Azril. Mereka beralih ke kedai baju untuk beli baju pengantin.

"Kau rasa baju Melayu okey ke, atau jubah okey?" Tanya Haikal.

"Jubah." Azril menjawab. Layan je la orang nak kahwin ni.

Haikal segera mencari jubah berwarna putih. 3 helai sekali jubah dibelinya. Untuk pengantin, special sikit bajunya. Cantik berkilat. Kau ada? Kopiah turut diambil. Serban? Lain kali saja la. Kat ruma kan ada. Selesai membuat pembayaran, terus mereka pulang.

Haikal menghulurkan sehelai jubah dan kopiah kepada Azril. Begitu juga kepada Rayyan. Kemudian, Haikal meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Rayyan juga begitu.

Azril membelek baju yang diberi Haikal. Cantik. Seperti yang pernah dia inginkan. Dulu, pernah diminta dari arwah ayahnya. Apakan daya, Allah lebih menyayangi arwah ayah. Kini, Allah berikan juga. Walau bukan dari arwah.

"Ayah... Aril rindu ayah...." Azril terlena dalam tangisan dan jubah dalam pelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience