Bab 15

Romance Completed 35321

AZRIL benar-benar pening kepala. Benarkah apa yang didengarnya tadi? Kalau benar, mengapa baru hari ini dia mengetahui? Azril buntu. Perasaannya bercampur baur. Ada sedih, ada marah, ada geram, ada bersalah dan bermacam perasaan. Azril teringat kembali perkara yang berlaku di restoran tadi.

Sebelum sampai, Azril memberitahu ibunya bahawa dia ingin mempertemukan ibunya dengan calon menantu. Dia bergurau, tapi ibunya mengambil serius. Siapa sangka, dia benar-benar jumpa bidadarinya. Saat gadis itu memperkenalkan dirinya, hati segera berbunga. Syifa'. Begitu indah namanya.

"Ha, Ril... ni aku kenalkan, bakal isteri aku, Syifa'." Ayat yang didengari dari Haikal membuatkan Azril benar-benar terkejut.

Diangkat kepala memandang ke wajah Syifa'. Nampak tenang. Benarkah? Dipandang Haikal tanda bertanya. Haikal mengangguk. Bersungguh. Azril menundukkan pandangannya lagi. Hatinya sakit. Remuk.

'Mungkin inilah balasan untuk aku kerana telah banyak menyakiti hagi perempuan. Kini, aku pula merasa sakit apabila mengharap pada seorang wanita yang tak mungkin menjadi milik aku.' Hatinya berbicara.

Ya, mungkin ini balasan buat dia. Terlalu mengharap pada manusia hingga terlupa cinta Yang Esa. Selalu menyakiti manusia hingga diri sendiri terkena. Namun, Azril belajar redha. Dulu dia kehilangan seorang ayah yang amat disyangi. Kini dia kehilangan seorang bidadari.

"Jadi, apa yang urgent kau cakap tadi?" Azril bertanya sambil mereka menikmati makanan.

"Oh yang tu. Aku saja je. Nak pancing kau datang sini. Kira umpan la tu." Jawab Haikal selamba.

"Kau ingat aku ikan?" Azril juga membalas selamba. Tak seperti orang kecewa. Pandai betul sembunyikan rasa.

"Abang..." suara halus Syifa' memanggil Haikal. Dia membisikkan sesuatu di telinga Haikal. Masih punya jarak.

Azril hanya pandang sekilas. Hatinya kalau tak cemburu, itu tipu. Syifa' adalah satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hatinya. Beruntung Haikal memiliki Syifa'. Tapi, bila mereka akan berkahwin?

"Haikal... aku nak tanya sikit ni...." Azril terpaksa mengganggu pasangan yang sedang seronok bergurau senda.

"Apa dia?" Haikal memandang Azril. Fokus. Dia tahu Azril cemburu. Tapi, nak buat macam mana, kan?

"Korang bakal nikah bila? Sampai hatinya kau nak kahwin tak jemput aku." Tanya Azril. Direct. Tak payah belok-belok. Tak payah kiasan.

"Eh, kau ni. Tunggulah Durian sekejap." Jawab Haikal setelah meneguk air.

"Okey." Azril membalas sepatah.

"Jangan risau. Majlis tak lama lagi. Aku mesti jemput kau. Duduk sebelah aku." Haikal berkata. Azril cuma tersenyum nipis.

Tidak lama selepas itu, Rayyan tiba. Kehadiran Rayyan menambahkan rasa perit di hatinya. Masakan tidak bila dia melihat Rayyan sepertinya lebih tahu tentang perkara ini dari dia.

Setelah agak lama berborak, Azril meminta diri untuk pulang ke rumah bersama ibunya. Biarlah bidadarinya bahagia bersama pemuda baik seperti Haikal. Azril hanya mampu berdoa buat insan yang disayangi. Sahabat dan bidadari.

Azril tersedar dari lamunan panjangnya saat terdengar laungan azan maghrib dari surau berhampiran. Segera dia mengambil wudhuk dan bersiap untuk ke surau. Dia bernasib baik sempat tiba di surau sebelum solat berjemaah dimulakan.

Kekecewaan ini mungkin adalah kerana Allah ingin dia kembali dekat dengan-Nya. Azril kini sangat berbeza dengan yang dulu. Apa pun ujian yang menimpanya kini, dia pasti akan bersangka baik.

"Bismillahirrahmanirrahiim... Alhamdulillahi rabbil 'alamin... Wassholatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyai wal mursalin... wa'ala alihi wa sohbihi wa sallim. Allahumma ya rahman ya rahiim.

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang di dalam hatiku. Engkau Maha Megetahui apa yang terbaik untukku. Ya Allah, ampunkan aku kerana silap meletakkan cinta sebelum ini. Ya Allah, aku mencintai dia kerana-Mu, jadi hari ini aku rela melepaskannya kerana-Mu jua. Hadiahkanlah mereka kebahagiaan abadi dan kekalkan aku dalam kemanisan ini.

Ya Allah, walaupun rasa ini dukar sekali untuk hilang dari diriku, aku mohon Ya Allah... kuatkanlah aku. Aku mohon agar dipinjamkan secebis kesabaran dalam diriku. Aku tahu tidak layak, namun tiada lagi tempat untuk aku adukan segala ini selain kepada-Mu.

Wahai Yang Membolak-balikkan hati... tetapkanlah hatiku dalam menegakkan agama ini dan untuk mentaatimu. Tetapkan hatiku agar terus mencintai-Mu dan Rasulullah SAW.

Wa shollallahu 'ala sayyidina Muhammad, wa'ala alihi wa sohbihi ajmain. Subhana rabbika rabbil izzati 'amma yashifun... wasalamun 'alal mursalin... walhamdulillahi rabbil 'alamin."

Doa dalam sujud Azril agak panjang kali ini. Memang benar tidak mudah untuk melupakan insan yang benar-benar kita cintai. Namun, muhasabahlah diri kita. Mengapa kita boleh cintakan manusia dengan begitu cinta, tapi tidak pada Allah? Mengapa juga kita mampu melupakan Dia, tetapi tidak untuk melupakan manusia?

Azril menanam tekad di hati. Ada sesuatu yang perlu dilakukan. Dia tidak mahu terus mengingati si bidadari. Jadi, dia yang akan pergi dan berundur diri. Itu sahajalah yang mampu untuk dia lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience