Bab 20

Romance Completed 35321

HARI Jumaat telah tiba. Hari yang begitu medebarkan buat buat dua pasangan. Azril dan Syifa' serta Ustaz Akhtar dan Tiara Alisya. Awal pagi lagi, suasana di rumah Syifa' sudah sibuk. Mana yang kerja di dapur, kerja menghias, kerja di bahagian cuci pinggan, kecoh pagi-pagi. Dengan telatah Mak Teh yang mencuit hati.

"Mak Teh!" Syifa' mencuit pinggang Mak Teh, jirannya yang membantu membuat persiapan.

"Eh, Hang Tuah jatuh tanah masuk kubur...." latak Mak Teh sambil mengacukan pisau di pegangannya. Gayanya seperti henda bersilat.

"Ewah... ewah..." Syifa' mengambil pisau dari tangan Mak Teh dan diletakkan ke tempat yang selamat. Dibuat pula tarian di dapur. Terikut-ikut Mak Teh dengan gerakannya.

Gamat seketika ruang dapur dengan gelak tawa yang melihat. Syifa' memang begitu bila dengan jiran-jirannya. Gemar bergurau. Paling gemar diusiknya, Mak Teh. Syifa' ketawa melihat telatah Mak Teh menari.

Tiara Alisya masuk ke dapur dan turut serta menari. Dipegang tangan Mak Teh seolah mengajak mengikut gerakannya. Makin haru suasana di dapur. Mak Teh yang sedar dirinya diusik dua orang anak dara yang bakal menika itu, menepuk kuat bahu Syifa'. Geram dirasakannya.

"Hahahah.... ampun Mak Teh... ampun... hamba janji tak buat lagi...." Syifa' sengaja menggunakan bahasa istana.

"Ampunkan Tiara juga Mak Teh...." Tiara mengikut rentak.

"Ha, dah... dah... meh sini duduk kejap. Mak Teh nak cakap sesuatu...." ajak Mak Teh. Syifa' dan Tiara berpandagan sesama sendiri. Akhirnya menurut ajakan Ma Teh.

"Menanti waktu untuk berlabuh...
Pulang ke rumah di kala senja...
Dua puteri ayu bersimpuh...
Menunggu menanti datangnya si Raja..." Mak Teh berpantun.

"Izinkan patik membalasnya...." pinta puteri Tiara.

"Silakan Tuan Puteri..." bicara Mak Teh.

"Darah merah warnanya pekat...
Mengalir darah kerana dilukakan...
Majlis diadakan cuma adat...
Kami pohon doa dan restu kalian..."

Semua bertepuk tangan mendengarkan jawapan Tiara. Sambil bekerja, pantun yang sedang diadakan secara spontan tetap menarik perhatian.

"Bagaimana dengan Puteri Jelita?" Tanya Tiara pada Syifa'.

"Pergi ke pasar menaiki kereta...
Mencari permata dari kayangan...
Hanya keampunan yang dipinta...
Kiranya pernah membuat kesilapan..." kata Syifa'.

"Dari pekan pergi ke kota...
Dari pagi ke tengahari...
Untungnya kalian menjaga mahkota...
Hingga diambil menjadi permaisuri...

Setiap awal ada pengakhiran...
Puteri berdua apa pengharapan..." Mak Teh meyambung lagi.

"Pergi ke majlis tari-menari...
Tersergam indah hiasan mewah...
Impian buat suami menjadi bidadari...
Mendidik zuriat soleh solehah..." balas Syifa' pula.

"Sakit pedih kerana disengat...
Diubat segera menghapus bisa...
Sudikah kiranya memberi nasihat...
Buat pedoman hidup sentosa..." tanya Tiara pada Mak Teh.

Semua sudah asyik menonton berbalasan pantun di sudut dapur itu. Seolah sedang berada di alam lain. Seronok mendengar bicara spontan. Bukan semua anak muda punya jiwa Melayu tradisi.

"Dalam pada belayar di lautan...
Jangan pernah lupakan Tuhan...

Dalam melayari bahtera kehidupan...
Takkan lari dari ujian...

Dalam lelah membina istana...
Perlulah bijak mengawal suasana...

Dalam duka masalah menimpa...
Cari penyelasaian usahlah lupa...

Dalam meneguhkan jambatan rapuh...
Jangan futur tetaplah teguh...

Dalam berlaku perbalahan...
Akibat salah fahaman...
Jangan diturut ego kemarahan...
Kelak menyesal sendirian...

Dalam menyelam mencari mutiara...
Bukan mudah tidak susah...
Hanya usaha gigih setara...
Perlu sabar perlu tabah...

Mehnah tak lari menjadi tamu...
Datang bertamu niat menziarah...
Di dunia pisah setelah bertemu...
Di akhirat berjumpa tika di Jannah..." panjang lebar nasihat Mak Teh dalam pantunnya. Tiara dan Syifa' diam mendengar.

"Di pantai ada batu-batuan..." Tiara berbicara.

"Ombak menari pergi menyisih..." Syifa' menyambung.

"Nasihat berguna menjadi panduan..." Tiara menutur kata.

"Kepada Mak Teh, Terima kasih..." selesai sahaja Syifa' bermadah, semua yang mendengar bertepuk tangan.

"Mana pengantin perempuan ni? Ya Allah... Tak siap lagi... Nak dekat zohor dah ni..." bebel ibu pada Tiara dan Syifa'. Syifa' dan Tiara hanya ketawa kecil.

"Jom Tiara..." Syifa' memegang tangan Tiara dan sama-sama menghilang untuk bersiap.

Tiara menyarungkan jubah nikahnya yang berwarna krim. Kemudian, purdahnya dipakai dan tudung satin dipinkan kemas. Syifa' mengenakan jubah nikah putihnya. Lengan dicekak. Purdahnya diikatkan dan tudung satin dipakai.

"Tiara..."

"Syifa'..."

Keduanya memanggil serentak. Kemudian tertawa. Keduanya menghadap cermin besar yang sama. Syifa' meletakkan veil di atas tudung Tiara. Dipinkan kemas. Kemudian, giliran Tiara memakaikan veil di atas tudung Syifa'. Kedua-duanya tersenyum di sebalik kain yang melindung.

"Mata kita sama." Kata Tiara. Syifa' mengangguk.

"Tiara dah sedia?" Soal Syifa'. Tiara menarik nafas dan menghembuskannya.

"InshaaAllah... Syifa' macam mana?" Soal Tiara pula.

"InshaaAllah, moga Allah permudahkan segalanya." Doa Syifa' disambut oleh Tiara.

Azan sudah berkumandang. Kaum lelaki sudah awal-awal ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Tiara dan Syifa' menarik purdah masing-masing. Untuk solat seketika.

"Syifa' nak Tiara jadi imam. Untuk kali ini?" Pinta Syifa'. Tiara menurut. Zohor kali ini terasa lain. Ada ketenangan yang menjalar ke segenap urat saraf. Menyelimuti hati yang tadinya gelisah.

Selesai menunaikan solat, mereka duduk secara bertentangan mata. Tangan digenggam. Syifa' memandang penuh kasih pada Tiara. Sahabat sejati yang tidak mungkin dia lupakan.

"Ya Allah... Berilah kebahagiaan buat sahabatku ini..." doa Syifa'.

"Ya Allah... Limpahkan rezeki-Mu buat sahabatku ini..." balas Tiara.

"Ya Allah... Sayangilah sahabatku ini..." doa Syifa' lagi.

"Ya Allah... Kasihilah sahabatku ini..." Tiara membalas lagi.

"Ya Allah... Jauhkan kami dari azab neraka..." Syifa' berdoa lagi. Mata tak lepas memandang anak mata Tiara Alisya.

"Ya Allah... berkati persahabatan ini dan pertemukan kami di syurga..." doa Tiara pula.

"Ya Allah... Jadikan Tiara Alisya binti Thaqif sebagai sahabat yang menemaniku di syurga indah." Syifa' berdoa lagi dan lagi.

"Ya Allah... Jadikan Nurassyifa' binti Hamzah sebagai jiranku di dalam istana syurga-Mu." Tiara membalas dan kalimah aamiin ya rabb dilafaz serentak.

Pintu bilik diketuk dari luar. Syifa' dan Tiara sempat berpelukan. Lagaknya umpama bakal berpisah begitu jauh sekali. Ketukan seterusnya meleraikan pelukan dua sahabat.

"Tiara Alisya... Nurassyifa'... dah siap belum. Dari tadi akak tunggu ni...." suara dari luar bertanya.

"Kak Syida!" Serentak keduanya menjerit. Purdah dipakai kembali dan pintu dibuka dari dalam. Dibawa Kak Syida ke dalam pelukan.

"Eh, dah... Lemas akak... Fuhh... Oksigen... Oksigen..." Kak Syida berseloroh.

"Okey, jom gerak." Kak Syida yang ditugaskan mengiringi pengantin perempuan turun ke bawah, mengajak keduanya untuk turun.

Tangan kiri Syifa' menggenggam tangan kanan Tiara. Keduanya bergerak menuruni anak tangga menuju ke tempat pernikahan bakal dilangsungkan. Tidak dipandang riuh tetamu. Hanya diam berzikir menuju ke tempat yang disediakan.

"Baiklah, pengantin perempuan pun dah turun. Boleh kita mulakan?" Tanya Tok Kadi.

"Boleh... boleh..." semangat Haikal menyahut. Macam dia yang nak kahwin.

Tok Kadi memulakan khutbah secara ringkas dan santai. Ada juga lawaknya Tok Kadi ni. Mudah mesra. Pandai mengambil hati.

"Baiklah, kita mulakan dengan, Akhtar bin Hamid dan Tiara Alisya binti Thaqif." Ujar Tok Kadi.

Tiara sudah sejuk tangannya. Ustaz Akhtar mengambil tempat di hadapan Tok Kadi. Debarannya usah dikata. Rasa seolah mahu terkeluar jantungnya berdegup sangat kencang. Nervous. Upacara dimulakan dengan segera. Dengan sekali lafaz, Tiara Alisya bertukar gelaran menjadi Puan.

Kini, giliran Syifa' dan Azril pula. Apa yang dirasakan oleh Tiara, itu jugalah perasaan Syifa'. Debaran begitu kuat. Tak tertahan rasa takutnya. Bukan takut bernikah, tapi takut bila memikirkan dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kelak.

"Boleh kita mulakan?" Tanya Tok Kadi.

"Mula je, Tok..." jawab Haikal.

"Kamu bila nak nikah?" Tanya Tok Kadi bila Haikal beria. Haikal hanya tersengih manakala tetamu sudah ketawa.

"Boleh mula sekarang, Azril?" Tanya Tok Kadi. Suasana sunyi.

"Err... kejap Tok. Saya dari tadi fikir, mana satu sebenarnya bakal isteri saya ni. Dua-dua sama je." Azril meluahkan rasa bingungnya membuatkan rumah kembali gamat dengan gelak ketawa.

"Laa... Kamu ni... bukan yang sama warna baju dengan kamu tu ke?" Tok Kadi menjawab. Wah, bijak Tok Kadi kita ni.

"Nervous, Tok. Tak terfikir." Jawapan selamba Azril sekali lagi menggamatkan suasana.

"Macam-macamlah kamu ni. Baik, Tok mulakan." Azril berjabat tangan dengan Tok Kadi.

"Azril Hafiz bin Aziz..."

"Saya..."

"Aku nikahkan dikau dengan Nurassyifa' binti Hamzah dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran."

"Aku terima nikahnya, Nurassyifa' binti Hamzah dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran." Sekali lafaz, Azril berjaya.

Doa dibaca bagi memberkati majlis dan juga kedua pasangan yang baru dinikahkan. Sebelum acara pembatalan wudhuk dijalankan, pengantin menunaikan solat sunat di bilik masing-masing. Selesai sahaja solat, pintu bilik dibuka untuk penyaksian acara pembatalan wudhuk. Masing-masing berkumpul di bilik Syifa'.

Tak dilupakan oleh Ustaz Akhtar dan Azril, sunnah mendoakan. Azril dan Ustaz Akhtar meletakkan tangan kanan di atas kepala isteri masing-masing dan mendoakan.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya." Syifa' dan Tiara menyambut doa dengan 'aamiin'

"Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya." Sekali lagi, Syifa' dan Tiara menyambut.

Istimewanya majlis mereka, tiada yang dibenarkan mengambil gambar kecuali adik perempuan Ustaz Akhtar yang memang ditugaskan menjadi photographer untuk majlis ini. Jadi, terpelihara dari segala mara bahaya.

Acara pembatalan wudhuk dimulakan. Ustaz Akhtar menyarungkan cincin ke jari Tiara Alisya. Selesai sahaja, terus Tiara mencium tangan suaminya. Adik perempuan Ustaz Akhtar mengambil gambar.

Puan Azizah menghulurkan cincin kepada anaknya. Azril tersenyum. Itulah cincin yang dipilihnya. Memang sudah lama dia impikan untuk menyarung cincin itu ke jari runcing milik Syifa'. Syifa' juga bertindaj mencium tangan suaminya setelah cincin disarungkan. Saat Syifa' ingin bangun dari tunduknya, Azril membisikkan kata menusuk jiwa.

"Akhirnya, Syifa' menjadi permaisuri abang setelah sekian lama abang mencintai Syifa' sebagai bidadari." Syifa' malu sendiri.

Masakan dia lupa ayat keramat dari bicara Azril dulu. Tak mungkin dia lupa. Apatah lagi, bila kata-kata itu menjadi kenyataan kini.

"Suatu hari nanti, akan saya jadikan Cik Bidadari sebagai Puan Permaisuri di hati saya." Kata-kata Azril terngiang di telinganya.

"Akhirnya, Cik Bidadari yang dulunya misteri bagi abang, sudah menjadi Puan Permaisuri di hati abang..." Kata-kata Azril seolah menyambung ayat dahulu. Syifa' tersenyum di sebalik sehelai kain.

"Syida... Hang tengok depa bersweet-sweet tu.... Hang tak jeles ka?" Haikal menegur Syida.

"Jealous jugaklah. Jom la kita kahwin pulak!" Kak Syida selamba. Haikal yang terkejut.

"Aku serius ni." Tambah Kak Syida lagi.

"Okey." Haikal tersipu malu. Eh, macam dia pula anak dara.

"Sampai hati korang tinggalkan aku sorang-sorang..." Rayyan bersuara. Sedih kononnya.

Akhirnya, semua ketawa mendengar bicara sayu Rayyan.

"Rileks, Rayyan. Durian kan banyak, kahwin je la." Usik Azril. Rayyan pasrah. Balik-balik, dia yang kena

"Tersipu malu si puteri rupawan...
Menanti putera datang menjemput...
Tersenyum simpul penuh kesopanan...
Harapannya kini sudah bersambut..." sempat Mak Teh berpantun. Pasangan pengantin tersipu. Bukan hanya si puteri, putera pun malu sekali.

Dalam pada kita berharap pada manusia, seringkali kita kecawa. Namun, saat harapan disandar pada Allah, sejuta kali habuan bahagia. Sungguhlah, Allah begitu cinta pada kita hamba-Nya. Apa tindakan kita?

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience