Bab 1

Romance Completed 35321

"WEH!" Azril menegur rakannya yang sedang duduk di kedai makan. Hampir sahaja Haikal menyembur air yang sedang diminumnya akibat terkejut. Dia memandang tajam ke arah Azril yang selamba duduk di hadapannya.

"Kau tak reti bagi salam ke bro? Dah la janji pukul 4, pukul 6 baru sampai. Inilah janji playboy. Sehidup semati janji, tapi lepas seminggu kena maki. " Perli Haikal. Azril hanya berwajah selamba. Seolah tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Lek ah... Assalamu'alaikum ustaz Haikal.... Sorry la bro! Faham-faham je la aku kalau nak keluar lepak macam mana. Mak aku mesti soal banyak gila punya!" Sengaja Azril mereka cerita. Haikal menjeling tajam. Bukan dia tidak kenal sikap Azril.

"Menipulah kau mak kau soal. Kau sah pergi mengorat lagi kan? Hei, dah la. Asyik mengayat perempuan je kerja kau. Suruh buat kerja, pemalas!" Tempelak Haikal. Azril hanya tersengih.

Memang tepat pun tekaan Haikal. Mereka ni berkawan baik sejak dalam perut mak masing-masing lagi. Eh, tak. Sejak daripada zaman sekolah tadika lagi. Tahu-tahu je, sampai dah kerja masih lagi rapat. Sorang duduk Pahang, sorang duduk Perak, tapi rajin melepak sama. Tempat utama, Kuala Lumpur semestinya.

Sejak berada di Universiti, Azril rajin mengorat. Playboy terkenal di tempat mereka belajar. Tapi, yang peliknya, Azril cuma mengorat peremuan yang dia tahu pernah satu sekolah menengah dengan dia. Sebaya, lebih tua, lebih muda, semua dia pikat. Dengan rupa paras yang agak kacak, memang ramai yang terpedaya.

"Kau tahu tak? Perempuan yang aku jumpa kali ni pelik sikitlah." Azril mula ingin bercerita.

"Apa yang lainnya? Dia tak makan pujuk rayu kau ke? Setahu aku budak sekolah kita dulu semua sama je. Berlagak macam dorang je pandai tapi, ayat sikit, jatuh tersungkur." Balas Haikal. Bukan nak mengutuk orang, tapi memang kenyataan.

Realitinya dunia kini. Di sekolah semua alim jadi ustazah. Tudung cecah lantai. Kain sapu lantai. Bersih laluan. Tapi, habis sekolah, tudung entah ke mana. Rambut pelbagai warna dan gaya. Ini akibatnya bila Islam cuma di sekolah agama. Tutup aurat peraturan sekolah semata-mata.

"Ha, itulah yang aku pelik. Dia tak berlagak macam perempuan lain. Dia tak sombong, tak jual mahal. Dia jugak tak sangkut dengan aku yang kacak ni." Sempat Azril memuji dirinya.

"Dia masuk bakul angkat sendiri pulak dah. Perasanlah kau! Ha, ceritalah lagi. Macam menarik je. Macam mana kau jumpa dia, dekat mana, macam mana tegur and bla bla bla... Semuanyalah!" Haikal berminat untuk mendengar lebih lagi. Macam unik

"Aku tak perasan, tapi memang kenyataan." Sempat lagi Azril membangga diri.

"Kau jangan bongkak sangat. Hensem tapi akhlak tak ada tak guna jugak bro!" Haikal menempelak.

"Okey fine. Itu deep. Insaf sekejap." Balas Azril. Sentapnya hanya seketika cuma.

"Sekejap je buat apa. Dah-dah. Sambung jawab soalan aku tadi." Haikal bersuara lagi.

"Okey... okey.... Aku jumpa dia dekat kedai makan kejap tadi. Aku nak minum kejap, sekali, aku lupa pulak bawak wallet. Duit pun tak spare dalam poket. Tiba-tiba, dia tolong bayarkan..." Haikal gelak mendengar cerita Azril.

"Hei la kau ni! Hahahaha.... Playboy lupa bawak duit? Perempuan pulak tu tolong bayar. Inilah paling lawak aku pernah dengar...." Haikal menyampuk.

"Ha ha. Sukalah kau kan. Cuba bagi aku habis cerita." Azril gelak sepatah-sepatah. Gaya bengang.

"Okey... Okey... Teruskan." Haikal menahan tawa. Bibirnya diketap namun senyumannya masih kelihatan.

"Then, aku duduklah dekat meja yang sama dengan dia. Try nak mengorat dia. Dia langsung tak layan. Dia jeling tajam dekat aku lagi, adalah. Gerun jugak. Entah isteri orang ke." Cerita Azril lagi.

"Takkan la isteri orang..." Haikal menyampuk.

"Entah la."

"Tapi kan, serius la dia tak layan kau? Hahahaha... Bolehlah gelar dia Puteri Ais yang berjaya menawan Putera Playboy." Balas Haikal sambil ketawa lagi. Azril menjeling tanda marah. Haikal diam dan meyuruh Azril menyambung cerita.

"Kau tahu tak apa yang lain dekat dia? Budak sekolah kita, habis sekolah mana ada pakai tudung dah. Tapi dia pakai tudung labuh kot! Siap handsock bagai." Azril menyambung cerita. Air teh yang dipesan tadi diteguk sedikit.

"Paling aku tak boleh tahan, aku siap kena ceramah free. Tazkirah Asar aku dapat walaupun aku tak solat asar. Hahaha...." Azril bercerita lagi.

"Kau tahu tak dia cakap apa dekat aku?" Soalan Azril dibalas dengan gelengan. Betullah kan? Haikal memang tidak tahu.

"Dia kata dekat aku, 'Kalau kekasih yang satu pun tak reti setia, jangan haraplah dapat gadis setia.' Aku tak faham pun sebenarnya." Azril seronok bercerita.

Haikal hanya berdiam diri memberi ruang untuk Azril bercerita. Inilah mereka bila jumpa. Penuh dengan cerita Azril. Ada yang gedik sangatlah, materialistik, manja dan macam-macam lagi gelagat perempuan yang diceritakan.

"Tapi kan... Ada sesuatu yang aku tak tahu. Aku tak tahu siapa nama dia." Ujar Azril.

"Aku faham maksud ayat dia. Kau nak tahu?" Tanya Haikal. Azril beria menganggukkan kepala.

"Better kalau kau cari sendiri. Lebih bagus. Lebih mendalam dan lebih faham." Ayat Haikal membuatkan Azril merasa geram kuasa 10. Haikal hanya ketawa kerana berjaya mengenakan sahabatnya.

"By the way, aku rasa aku tahu siapa yang kau maksudkan." Haikal bersuara setelah berdiam diri 45 saat.

"Siapa?" Azril cepat menyoal. Tak reti sabar. Playboy katakan. Semua nak disapu.

"Nama dia ....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience