Bab 13

Romance Completed 35321

DUA bulan telah berlalu sejak kejadiaan Azril meminta maaf pada semua wanita yang pernah dipermainkan. Haikal dan Azril sudah mula mengagihkan masa sebaiknya. Bila kerja, mereka kerja. Bila cuti, mereka tetap kerja. Bukan di pejabat, tapi di mana sahaja mereka berada. Bergerak bersama, menegakkan kembali Islam di hati dan di bumi. Tak ketinggalan, Rayyan a.k.a Durian turut membantu.

Haikal dan Azril sedang sibuk berbincang tentang strategi seterusnya untuk menarik lebih ramai lagi anak muda hadir solat berjemaah dan cintakan ilmu di masjid dan surau. Perbincangan terhenti tatkala telefon Haikal berdering kuat. Haikal menjawab panggilan. Azril pura-pura fokus pada laptop di hadapannya. Dalam diam, mencuri dengar.

"Abang dekat rumah kawan ni..." terdengar Haikal sedang membalas pertanyaan.

"Kawan mana? Alaa... kawan baik abang tu, Azril."

"Eh, mana tahu nama penuh dia?"

"Okey... okey... tunggu sana."

Haikal menamatkan perbualan. Dia berpaling memandang Azril semula. Dia tahu Azril mendengar. Haikal serba-salah. Kepala yang tak gatal digaru.

"Err.. err...." Haikal dihujani rasa yang pelbagai. Antara sahabat dan kesayangan.

"Kau pergi jelah. Kau dah janji. Tapi, jawab soalan aku kejap." Haikal berdebar menanti soalan.

"Kau tak payah muka serius sangat macam tengah menghadap bakal mertua." Tegur Azril dan Haikal hanya tersengih sendiri.

"Tadi tu isteri kau ke? Nak cakap adik, aku tahu kau tak ada adik." Tanya Azril.

'Alamak! Apa aku nak jawab ni?' Haikal terkebil-kebil memikirkan jawapan.

"Eh, aku pergi dululah. Dah lambat. Eh jap, aku bukan nak ingatkan kau atau apa-apalah. Cuma nak tanya, kau memang cintakan bidadari yang kau cakap dulu?" Haikal serius. Azril menunduk.

"Jujur dalam hati, ya. Sampai sekarang." Jawab Azril ringkas.

"Okey bro! Jumpa lagi nanti!" Haikal terus berlalu.

"Ish mamat ni. Soalan aku tak dijawab. Geramnya! Balik rumah mak la." Azril membebel sendirian sambil mengemas kertas yang berselerak.

Kunci kereta diambil dan Azril keluar dari rumah. Pintu dikunci setelah memastikan semua suis dan api telah ditutup.

'Bro! Kunci kat pasu. Aku balik rumah mak aku.' Mesej dihantar pada Haikal. Bluetick je bagi?

"Nasib aku la dapat kawan cam ni... haih...." keluhnya sendiri. Namun, cepat-cepat bersangka baik.

Sebelum pergi ke rumah maknya, sempat dia singgah menjenguk Rayyan. Rayyan sedang sibuk menyediakan risalah dalam usaha dakwah mereka. Sempat jugalah mereka berborak 7 minit. Setelah itu, Azril meminta diri.

'Bro! Aku ada ayat baru nak masuk dalam risalah baru.' -Durian

'Ha, pa dia?' -Haikal

'Tazkirah 7 Minit.

A : Assalamu'alaikum. Kau busy ke bro?

B : Wa'alaikumussalam. Busy jugaklah. Susah jugak nak cari idea untuk risalah kita ni.

A : Kau nak tahu tak?

B : Apa?

A : Kerja dakwah ni tak ada yang senang. Tapi, kalau kita betul-betul ikhlas, kita akan mudah untuk lakukan kerja ni.

B : Jadi, kau ada idea tak?

A : Aku tak tahu mebantu atau tak, tapi kau boleh cuba kongsi apa sahaja yang kau tahu. Pengalaman hidup kau ke. Yang penting, bila kau dakwah dari hati, pasti akan sampai ke hati. Agaknya selama ni kita ada silap niat, sebab tu saf tak bertambah.

B : Deep weh... Deep....

A : Lagi satu, sematkan dalam hati, bila kita tolong tegakkan agama ni, Allah akan bantu kita. Yakin dengan janji Allah! Okey la. Aku pergi dulu. Assalamu'alaikum.

B : Wa'alaikumussalam... T.T

*Kadang-kadang, kita mengeluh sebab apa yang kita sampaikan, orang tak nak dengar. Rupanya, kita silap niat.' -Durian

'Amacam weh?' -Durian

'Terbaik! Aku pun deep weh! Mana kau dapat ni, Durian?' -Haikal

'Dari Aril.' -Durian

Benarlah, bila kita silap niat, apa pun tak menjadi. Tapi, bila benar kerana Allah, datanglah berjuta aral, masih mampu untuk dirintangi. Haikal di sana sudah tergamam. Azril benar-benar berubah. Mungkinkah kerana bidadarinya? Atau kerana kesungguhannya?

Padahal, di satu sisi, doa seorang ibu tiada yang menandingi. Seorang ibu yang mengharap anaknya kembali ke jalan Allah. Dan kerana doa itu, Azril kembali berada di landasan yang betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience