Bab 9

Romance Completed 35321

AZRIL merayau di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Bukan dia ada nak beli apa-apa pun. Cuma sengaja melepak menghilangkan stress. Sedang leka dia berjalan, matanya terhenti pada satu kedai yang ada di situ. Butik Mahligai Kasih. Dia nampak seseorang.

Azril kaku di situ. Bidadarinya ada di situ. Apa yang dicarinya di butik yang menyediakan barang-barang untuk orang kahwin tu? Bidadarinya sudah mahu menikah? Adakah benar apa yang dikatakan Puan Azizah yang dia cuma ujian buat Azril. Hadir menyinggah tanpa diundang, lalu pergi dibawa angin kencang. Azril memegang dadanya. Sakit.

Azril tidak sanggup untuk berdiri lebih lama di situ. Dia terus berlari keluar dari pusat membeli belah itu. Lagaknya bagaikan dikejar hantu raya. Azril menghidupkan enjin dan terus memecut pulang ke rumah sewanya. Bukan tak mampu membeli rumah, tapi dia teringin merasa susah. Azril memang pelik.

Di satu sisi, dia seorang yang boleh dikategorikan sebagai 'penjenayah' apabila sering 'melukai' hati ramai perempuan yang ada di sekelilingnya kecuali, ibunya, dan kakaknya. Di sisi yang lain, dia seorang yang sangat manja dengan ibunya malah sangat menyayangi ibunya.

Azril terpandang satu masjid. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk ke sana. Akhirnya, kereta diberhentikan di perkarangan masjid. Air matanya jatuh. Sudah terlalu lama dia tidak ke masjid. Terlalu lama.

Azril masuk ke dalam masjid setelah membaca doa. Dia melihat ada tazkirah ringkas yang sedang disampaikan. Azril duduk di satu sudut sambil mendengar tazkirah yang disampaikan.

"Kebanyakan anak muda, belia, remaja zaman sekarang sangat mengagungkan couple. Malahan, dari seorang lelaki yang baik boleh berubah menjadi playboy. Ini kerana apa? Iman diabaikan. Langsung tak di'topup'." Ustaz yang memberi ceramah berhenti seketika.

"Anak-anak muda ini harus disedarkan tentang hakikat kehidupan. Kita sudah berada di akhir zaman. Sangat hujung. Andai kata ada di antara kamu, yang selalu mempermainkan hati perempuan, kamu fikirkanlah sedalamnya.

Kamu bayangkan kalau yang dipermainkan itu, kakak atau adik perempuan kamu sendiri. Bayangkan... Mereka menangis teresak-esak, hilang selera makan, hanya kerana dipermainkan hatinya oleh seorang lelaki? Apa yang kamu rasa?" Persoalan itu menyentak hati Azril. Teguran itu tepat-tepat mengenai sikapnya.

Adakah ini suatu kebetulan?

Tidak.

Inilah teguran dari Tuhan.

Hidayah dari Yang Esa.

Azril menangis lagi. Hatinya turut sama menangis. Dia teresak-esak sendiri. Satu persatu perbuatan jahatnya terbayang di mata. Dia menyesal. Sungguh menyesal saat ini. Dia benar-benar ingin kembali pada Tuhan.

"Adik-adik yang dikasihi sekalian... Andai kalian yakin jodoh itu di tangan Allah, kalian takkan peduli dengan yang namanya couple sebelum nikah. Siapa pasangan dambaan kalian? Apa ciri-cirinya? Soleh solehah? Cantik dan kacak?

Apa pun ciri yang kamu impikan, kamu jangan mengeluh bila tak jumpa yang diimpi. Dah kamu cari dengan cara salah, kamu memang takkan jumpa. Sekarang ni, kamu perlu menjadi.

Kamu nak yang soleh atau solehah, kamu jadilah dulu yang solehah dan soleh. Allah kata, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Jadi, kalau kamu nak suami dan isteri yang baik, tapi kamu sendiri tak baiki hubungan dengan Allah, macam mana kamu nak dapat yang benar-benar baik beriman kepada Allah?"

Ayat itu menambahkan deras air mata Azril. Hatinya mula merintih meminta keampunan dari-Nya. Azril tidak mampu lagi untuk mendengar. Yang ada di fikiran dan hatinya saat ini hanya Allah. Allah. Allah. Dia nak bertaubat.

Azril bangun dan pergi ke bilik wudhuk untuk mengambil wudhuk. Sambil berwudhuk, hatinya beristighfar. Sungguh, dia mendambakan agar dosanya digugurkan seperti air yang mengalir saat ini. Usai berwudhuk, dia masuk kembali kedalam masjid.

Solat sunat dua rakaat dilakukan. Dalam sujud akhir, bersungguh dia meminta keampunan dari Ilahi. Air matanya tak berhenti. Setelah menyelesaikan solatnya, dia duduk beristighfar. Hingga akhirnya, Allah anugerahkan rasa tenang dan damai di hatinya. Hingga akhirnya, dia redha dengan apa yang Allah tetapkan buatnya.

Dia redha Allah mengambil ayahnya pulang ke sisi-Nya. Dia redha bidadarinya bakal bernikah dengan orang lain. Azril memohon kekuatan agar dia dapat melupakan gadis yang digelar bidadari itu. Azril yakin dirinya mampu.

Setelah itu, dia keluar dari masjid dan terus ke rumah sewanya yang hanya beberapa meter dari masjid tadi. Di hadapan rumahnya, ada satu kereta berwarna hitam. Azril tersenyum. Haikal datang!

Azril cepat-cepat meletakkan keretanya di garaj. Segera dia mendekati kereta rakannya. Sedang tidur. Pasti letih menantinya. Azril mengetuk cermin tingkap kereta Haikal. Haikal segera tersedar. Dibuka kunci kereta dan terus keluar dari kereta. Azril dan Haikal berpelukan.

Hampir seminggu mereka tidak berjumpa. Rindu tak terkata. Benarlah kata orang. Ukhuwah sejantina itu lebih manis dari berhubungan haram dengan ajnabi. Ukhuwah itu lebih kuat pula bila berpandukan syariat Ilahi.

"Jom masuk!" Azril menjemput Haikal masuk ke dalam rumah. Sungguh, hatinya gembira. Terasa ringan meredhakan pemergian ayah tercinta. Terasa ringan hatinya setelah meredhakan kepergian bidadari.

"Lama weh kita tak jumpa. Selaunya seminggu 4 kali kot." Kata Haikal.

"Tu la. Nak buat macam mana... Aku sibuk, kau sibuk. First time weh kita tak jumpa sampai seminggu." Balas Azril.

"Aku tahu ayat tersirat kau, kau rindu aku kan? Aku faham..." Haikal habis sahaja menutur kata, mereka sama-sama ketawa. Sejujurnya memang Azril rindukan sahabatnya itu.

"Weh, aku nak cerita satu benda ni...." Azril bersuara.

"Ha, apa dia? Dah lama aku tak dengar story kau." Haikal menanti.

"Aku dah boleh terima pemergian ayah aku. Sekarang, aku nak lupakan bidadari tu. By the way, nama dia bukan Tiara Alisya. Aku panggil bidadari je la. Dia nak kahwin dah kot. Aku nampak dia kat butik kahwin tadi." Haikal sedikit bersimpati.

"Sekarang ni, sebagai seorang sahabat, aku nak kau sentiasa bimbing aku untuk berubah. Aku tak ada orang lain selain family dan kau. Bantu aku ye..." permintaan Azril memeranjatkan Haikal.

Bukan Haikal tidak kenal sahabatnya itu. Memang baik sejak kecil. Contohnya, macam ni la. Dia cuma dikatakan 'penjenayah' sebab mempermainkan hati perempuan je. Haikal akhirnya mengangguk bersetuju. Siapa yang tak mahu sahabat berubah?

"Kau rasa apa perkara yang aku kena buat sekarang?" Tanya Azril.

"Hmm... Memandangkan kau mantan playboy, benda first kau kena buat adalah minta maaf dengan semua perempuan yang kau mainkan. Dosa kau dengan manusia. Jadi, minta maaf dulu dengan mereka." Jawab Haikal.

Azril terus mencapai telefon bimbit dan membuat panggilan kepada setiap wanita yang pernah dipermainkan. Dia ingin membuat satu perjumpaan. Azril bersyukur Allah permudahkan urusannya apabila semua gadis yang pernah dimainkannya bersetuju untuk berjumpa. Azril tak lupa berpesan agar masing-masing membawa mahram mereka. Malam ini adalah pertemuan yang lain dari lain. Dia harap sangat dia kuat.

"Aku teman..." Haikal benar-benar memahami. Azril membalas dengan senyuman tanda berterima kasih.

Bila disapa hidayah Allah, datanglah sejuta manusia menjatuhkan, sahabat tetap setia membantu! Keluarga tetap ada menyokong!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience