Bab 18

Romance Completed 35321

AZRIL memandang ke satu arah. Seorang lelaki berjubah putih dengan wajah bercahaya menghulur sehelai kain berwarna putih padanya. Azril memandang wajah itu. Huluran kain putih disambut.

"Ayah...." mata Azril berkaca digenangi air mata. Sungguh, rindu pada ayahnya kian terubat.

"Azril, anakku... Bukalah kain itu. Tertulis nama isterimu." Azril mengelap air matanya.

Dahinya dikerutkan. Hairan. Isteri? Berkahwin pun belum. Matanya ditalakan pada wajah si ayah tanda tidak percaya. Ayahnya mengangguk meyakinkan. Azril mula membuka lipatan kain.

"Nurassyifa' binti Hamzah" Azril menyebut nama yang tercatat di kain putih itu.

Datang seorang wanita berpakaian putih. Kainnya indah dari sutera yang tak pernah dilihat. Wajahnya indah berseri. Sungguh jelita di pandangan mata. Namun, agak kabur di pandangan Azril. Sepertinya ada sesuatu yang menghalangnya dari melihat dengan jelas wajah bakal permaisurinya.

"Wahai ayah, mengapa aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas?" Tanya Azril.

"Kerana dia belum menjadi yang halal bagimu." Jawab ayahnya.

"Tapi, ayah... bukankah Syifa' bakal bernikah dengan Haikal?" Azril melontar persoalan. Ya, dia yakin wanita yang dituliskan itu Syifa'.

"Pulanglah ke rumah dan jumpalah dengan mak. Kau akan megetahui segalanya." Jawab ayahnya. Perlahan-lahan, ayahnya hilang dari pandangan mata. Semakin lama semakin jauh.

"Ayah! Ayah! Ayah!" Azril terduduk. Tangisannya berlagu syahdu. Kerinduannya pada seorang ayah masih belum terlunas. Tidak cukup sesaat cuma. Dia mahukan lebih lagi.

"Ayah!!" Azril terjaga dari lenanya. Air matanya masih belum terhenti. Tangisannya bersambung di dunia realiti.

Azril teringat pesanan ayahnya untuk pulang ke rumah berjumpa emak. Azril melihat jam di dinding. 9 malam. Azril terus mencapai kunci keretanya. Setelah memastikan rumah dalam keadaan selamat, dia terus memandu laju ke rumah emak.

"Assalamu'alaikum...." ucapnya apabila tiba di hadapan rumah.

"Wa'alaikumussalam..." terdengar beberapa suara menjawab. Pasti ada tetamu.

Azril masuk ke dalam rumah. Dia menyalami ibunya. Hairan dilihatnya Rayyan dan Haikal berada di situ. Tidak mahu berfikir lebih panjang, Azril duduk di sisi ibunya. Dicapai tangan ibunya dibawa ke pipinya.

"Mak... Tadi Aril mimpi ayah..." ujar Azril. Lirih suaranya. Si ibu hanya mendengar luahan seorang anak.

"Mak... Ayah datang bagi kain putih. Ayah kata, ada nama isteri Aril... Namanya Syifa'..." sambung Azril.

"Mak... Tapikan, Syifa' dah nak nikah. Kenapa boleh jadi macam ni, mak? Ayah suruh tanya mak. Jelaskanlah mak kalau ada yang mak tahu..." pinta Azril.

Puan Azizah memandang Haikal dan Rayyan. Menanti reaksi keduanya. Haikal mengangguk membenarkan. Puan Azizah melepaskan tangannya dari pegangan Azril. Diusap perlahan kepala anak lelaki kesayangannya.

"Syifa' memang akan jadi isteri Aril. Aril akan bernikah dengan Syifa' jumaat ni." Ujar Puan Azizah tenang.

Azril terkejut bukan kepalang. Dipandang Puan Azizah, Rayyan dan Haikal silih berganti. Antara percaya dengan tidak. Antara benar dengan palsu. Andai benar, mengapa? Mengapa dia, bukan Haikal?

"Aril tak faham." Nada suaranya mendatar. Azril bangkit berdiri.

Perasaannya bercampur baur. Yang ada di kepalanya hanyalah, kenapa? Tak mungkin Haikal mempermainkan hati seorang perempuan. Mustahil juga Haikal membatalkan hasratnya kerana dia. Walaupun Haikal banyak berkorban buatnya, tak mungkin hingga sebegini sekali.

"Aril. Kau duduk dulu. Biar aku explain." Haikal bersuara. Dia faham kecelaruan yang bermain di minda seorang sahabat. Bukan benda mudah diterima akal.

Azril menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya. Kedengaran berat. Seberat apa yang difikirkannya saat ini. Azril kembali duduk. Cuma, tempatnya sedikit berubah. Duduknya di sifa sebuah. Betul-betul menghadap Haikal. Haikal dipandang. Menanti penjelasan. Menagih sebuah keterangan.

"Eh, kau jangan pandang aku macam tu. Aku rasa macam dalam mahkamah pulak." Gurau Haikal. Azril tersenyum sedikit. Bukan susah melembutkan hatinya. Cuma, perlu kena pada cara.

"Okey. Kalau macam ni?" Matanya sengaja memandang tajam pada Haikal. Melayan gurauan sahabat.

"Eh, kau buat aku rasa macam nak kena pancung. Matamu begitu tajam menembusi hatiku, menimbulkan gerun di jiwaku." Tergelak mereka mendengar ayat Haikal. Bijaknya mengawal keadaan.

"Okey, time to serious." Tegur Azril.

"Okey, okey... ehem... ehem... Can I start now?" Haikal bertanya.

"Mula je la bro! Ada pulak yang tukar jadi beruk karang." Azril mula geram.

"Oekey, okey... rileks... Macam ni, jumaat ni, yang nikah dengan Syifa', bukan aku, tapi engkau." Haikal memulakan.

"Kenapa?" Tanya Azril.

"Aku dengan dia tak boleh kahwin." Jawab Haikal. Padahal masih menggantung jawapan sebenar.

"Why?" Azril menggenggam sebuah pasu kecil tanda geram membuatkan Haikal mengangkat kedua tangannya. Surrender.

"Kami sebenarnya adik beradik susuan. Jadi, kami memang tak boleh kahwin. Dia memang panggil aku abang sejak kami kecil. Oh ya, hari tu cuma lakonan semata." Terang Haikal. Azril melepaskan genggamannya.

"Macam mana pulak boleh jadi adik beradik susuan?" Tanya Azril. Hairan.

"Haish, kau tak ingat langsung ke aku pernah cerita dulu? Takkan excident dua tahun lepas bagi effect sampai macam ni sekali?" Hairan lagi rasa di hati Haikal.

"Dulu? Bila?" Tanya Azril lagi.

"Time form 5 dulu." Jawab Haikal.

"Aku tak ingat." Balas Azril.

"Langsung?" Tanya Haikal pula. Kurang percaya. Azril menjawab dengan anggukan. Biar betul!

"Tak pe la. Abaikan yang tu dulu. Yang penting sekarang ni, kau cuma ada sehari untuk persediaan." Haikal mengalih perhatian.

"Eh, kejap. Kau kata, korang berlakon. So, penat je la aku sakit hati bila Durian tahu pasal kau nak 'kahwin' dengan Syifa' dari aku?" Tanya Azril. Haikal dan Rayyan menjungkit bahu dan ketawa.

"Give me five!" Ujar Haikal pada Rayyan. Dan tangan mereka bertepuk.

"Main sep sep pulak...." Azril pasrah.

"Mak pun, subahat la ni?" Tanya Azril pada Puan Azizah.

"Macam penjenayah pulak 'subahat' tu. Mak bekerjasama je." Jawab Puan Azizah. Nampaknya, Azril terkena malam ini. Tak cukup dengan kawan, mak sendiri pun mengenakan.

"So, esok hari last sebelum akad. Bersedialah bro! Aku dengan Rayyan nak balik dulu." Haikal menepuk bahu Azril.

"Hurm... Dah la mengenakan aku. Minta maaf tidak. Menakutkan aku lagi pulak. Nasib la kau ni kawan. Kalau lawan, pecah muka kau. Terus tak kacak." Bebelan Azril mengundang tawa Puan Azizah.

"Apa-apa pun, kau dah mengaku aku kacak..." Azril terkedu.

"Tak de, tak de. Aku tarik balik kata-kata aku." Ujar Azril.

"Sorry arr... Aku dah rantai, kunci, mangga, simpan dalam kitak besi pengakuan berharga kau tu. Aku balik dulu..." Haikal dan Rayyan meloloskan diri ke dalam kereta Haikal.

"Ingat bro! Esok je!" Jerit Rayyan. Sengaja. Azril hanya menahan geram.

"Dah besar anak mak. Dah nak tinggalkan mak." Sayu bicara Puan Azizah.

"Apa mak cakap macam tu... Walaupun Aril dah beristeri, mak tetap di hati. Walau Aril punya permaisuri, mak tetap ratu di sini." Azril meletakkan tangan Puan Azizah ke dadanya.

Puan Azizah memeluk anaknya. Dicium kedua pipi anaknya. Entah berpelung, entah tidak mahu memanjakan lagi anaknya. Air jernih terasa panas bila mengalir perlahan turun ke pipinya. Azril menyapu air mata Puan Azizah.

"Usap air matamu... Aku tak ingin ada kesedihan..." Azril menyanyi kecil. Dipandang wajah tua Puan Azizah. Puan Azizah tersenyum simpul mendwngar nyanyian anaknya.

Mengapa perlu dia bersedih sedang anaknya bakal menuju bahagia. Bukannya sengsara. Puan Azizah dan Azril beriringan masuk ke dalam rumah dan mengambil tempat di sofa. Sesi dengan sahabat dah habis, dengan emak belum lagi.

"Aril... nanti dah kahwin, jadilah seperti ayah. Tak pernah berkasar dengan isteri, tak pernah marah pada isteri, sentiasa ambil berat pada isteri, tegur isteri dengan berhikmah, sayang isteri sepenuh hati, dan tak lupa pada mak yang dah makin tua ni." Pesan Puan Azizah.

"Aril akan ingat semua pesanan mak tu. InshaaAllah. Aril ada lagu untuk mak." Azril pergi ke tempat piano diletakkan.

Jarinya mula menari di atas papan kekunci piano. Not-not yang menghasilkan melodi indah. Ditambah suara merdu nyanyian Azril. Sungguh mengharukan hati Puan Azizah. Kasih pada anaknya takkan pernah hilang. Doa buat anaknya bakal berterusan sampai nafas terhenti.

"Jauh telah langkahku jelajah...
Dakapmu lama yang kurindu...
Luas sudah kulihat dunia...
Senyum mu ukiran terindah...

Tiap perilaku dan budimu...
Tiap airmata tumpah darah...
Menjadi perlambangan sejati...
Kasih tak bersyarat...

Ibu redup matamu...
Memayungi bahagiaku...
Hanya di tapak kakimu...
Terletaknya syurga buatku...

Tiap perilaku dan budimu...
Tiap airmata tumpah darah...
Menjadi perlambangan sejati...
Kasih tak bersyarat...

Ibu redup matamu...
Memayungi bahagiaku...
Hanya di tapak kakimu...
Terletaknya syurga buatku...

Hanya di tapak kakimu...
Terletaknya syurga buatku...
Hanya di tapak kakimu...
Terletaknya syurga buatku..."

Azril memandang penuh kasih pada insan yang bergelar ibu. Ada air mata yang jatuh. Mengenang tiap pengorbanan seorang ibu. Menjaga dari kecil. Mengasuh. Mendidik. Puan Azizah mengelap air mata anaknya.

"Aril anak soleh mak ayah..." bisik Puan Azizah ke telinga Azril. Tangisan Azril semakin deras mengalir.

Apa lagi yang dia harapkan bila redha ibu ayah suda dikecapi? Ya Allah. Harapan setiap ibu bapa buat anaknya. Termasuk kita. Menjadi yang soleh dan solehah buat ibu bapa. Harapan semua. Doa semua ibu bapa.

"Doakan mak bila dah tiada. Mak harap doa anak soleh." Sambung Puan Azizah.

"Mak...." Azril tak mampu berbicara. Hanya air mata dan gelengan diberikan. Meminta agar Puan Azizah tidak lagi menyambung ayatnya.

"Jangan lupa doakan ayah... Jangan lupakan mak..." Puan Azizah tetap mahu menyambung bicara. Azril lemah. Dipeluk tubuh Puan Azizah.

"Pelihara hafazan Aril. Bantu mak. Tolong ayah. Bawa kami ke syurga." kali ini, Puan Azizah menangis sama.

"Mak... Maaf... Ampunkan segala salah silap Aril... Aril janji takkan lupakan mak... Aril janji akan selalu doakan mak... Aril janji... Aril akan bawa mak ke syurga.... bawa ayah ke syurga...." Azril melafaz janji dengan air mata. Sungguh, janjinya tulus dari hati.

Azril tunduk mencium kaki si ibu. Betapa besarnya kasih seorang anak. Betapa bersungguhnya dia berikrar. Dicium tangan Puan Azizah. Lama. Dikucup kedua pipi yang makin tua dimamah usia. Dia pasti akan rindukan wajah ini satu saat nanti. Sepertimana dia rindukan ayah.

Azril menundukkan kepala. Malam ini terlalu syahdu dirasakan. Kerinduan pada seorang ayah, kecintaan pada seorang emak. Tangisan menjadi bukti, ikrar dilafaz tulus dari hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience