Part 4.

Romance Completed 30722

Aku dan Nadia melangkah masuk ke dalam hotel Sri Tiara. Atas desakan Nadia berkali-kali, aku mengikut juga Nadia ke birthday party Daniel. Aku berharap sangat Daniel menunaikan janjinya untuk tidak lagi menganggu aku sekiranya aku datang ke birthday party nya.

Begitu ramai ahli korporat yang hadir. Maklumlah Daniel kan seorang businessman. Syarikat nya juga adalah satu satu syarikat yang terkemuka di Malaysia. Sebut sahaja namanya, pasti orang kenal.

Aku mula rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang. Terlalu ramai tetamu yang hadir membuatkan dada aku sesak. Rimas.

" Kau okay tak Reena? " soal Nadia.

Aku mengangguk perlahan.

" Jom kita jumpa Daniel, bagi hadiah dekat dia dulu. Lepas makan, kita balik. Okay? " ajak Nadia.

Aku hanya menurut. Yang aku tahu sekarang ni aku nak cepat-cepat keluar daripada hotel ini. Sungguh aku tidak selesa.

Nadia menarik tangan aku pergi ke arah Daniel.

" Happy birthday Daniel, semoga Allah panjangkan umur awak. Nah hadiah " ucap Nadia sambil menghulurkan sebuah kotak yang cantik dibalut dengan pembalut hadiah.

" Thank you Nadia. Thank you jugak sebab datang " jawab Daniel sambil tersenyum lebar.

Mata Daniel beralih pada aku pula.

" Apa? " soalku.

Pandang-pandang orang pulak.

" You tak nak wish I? Hadiah untuk I mana? " soalnya.

Ek eleh mamat ni. Tak malu betul. Sengaja aku tidak membeli apa-apa hadiah untuknya.

" Happy birthday " ucapku terpaksa.

" Macam tak ikhlas jer " perli Daniel.

" Ikhlas tu Allah jer yang tahu. Keikhlasan seseorang tu mana boleh nampak " bidasku.

" Okay fine. You guys pergilah makan dulu ya. But before balik, jumpa I dulu " .

" Okay Daniel. Again, happy birthday. Enjoy your birthday tonight " Nadia tersenyum kecil.

Aku hanya diam. Tiada mood untuk melayan.

" Thank you so much Nadia. Jemput lah makan ya. And you Reena, makan lah banyak-banyak. Biar gemuk sikit, kurus kering jer I tengok you " .

Aku menjeling tajam pada Daniel. Agak-agak bila last dia makan kasut ea? Suka hati dia jer nak cakap aku kurus kering. Dia ingat dia tu gemuk sangat ke? Sama jer kurus kering jugak.

" I'm just kidding. Don't take seriously" katanya sambil ketawa kecil.

" Takpalah Daniel. Kita orang pergi makan dulu. Jom Reena " ajak Nadia.

Aku dan Nadia cepat-cepat berlalu pergi daripada situ. Meluat aku tengok muka si Daniel tu lama-lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience