Part 1.

Romance Completed 30722

" Reena " panggil Nadia.

Aku menoleh ke arahnya. Kening ku angkat.

" Ya? " .

Nadia melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Lain macam jer dia ni. Ni mesti nak pujuk aku.

" Reena, jom lah kita pergi majlis hari jadi Daniel tu. Apa salahnya kan kita sambut sama-sama " pujuknya.

Kan betul tekaan aku. Dah berbuih mulut aku ni menolak. Dia masih tak berputus asa untuk memujuk.

" Majlis hari jadi? Nadia, kalau dia tu budak lagi takpa. Ni bapak budak. Buat apa nak sambut lagi. Siap buat majlis besar-besaran pulak tu " aku mengeluh perlahan.

Ni lah orang kaya, ada baiknya duit tu sedekahkan pada orang yang lebih memerlukan.

" Ala apa salahnya nak sambut Reena. Jom lah kita pergi. Daniel tu harap sangat kau dapat pergi tau " pujuk Nadia lagi. Dia menarik-narik lengan aku.

" Tak nak. Kau jer lah pergi. Lagipun Daniel tu kawan kau, bukannya kawan aku " aku masih menolak.

Haa kalau nak tahu Daniel ni lelaki yang pernah kita orang tolong dulu. Kereta dia kehabisan minyak dekat tepi jalan, kebetulan aku dan Nadia lalu di situ. Jadi kita orang tolong lah dia.

Lepas daripada tu Nadia masih menghubungi si Daniel ni. Aku pulak malas nak melayan.

Bukannya aku tak kenal siapa Daniel ni. Dalam blog bersepah cerita pasal dia. Maklumlah dia ni CEO Matahari Holdings. Bukan setakat kaya, muka pun hensem. Siapa jer yang tak nak kan? Tu yang dia jadi playboy.

Yang aku tak faham, si Nadia ni rajin betul melayan Daniel. Dah tahu mamat tu playboy. Masih nak melayan.

" Reena! " jerit Nadia.

Mati terus lamunan aku. Nak tercabut jantung aku ni haa dengar dia menjerit.

" Eh Nadia, kau nak aku mati cepat ke ha? " soal aku.

" Jom lah Reena. Please..." rayunya dengan muka seposen.

" Dah tak payah nak buat muka kesian. Keputusan aku muktamad, aku tak nak pergi. Kalau kau nak pergi, pergi lah. Aku tak halang " .

" Reena sampai hati kau. Takkan lah kau nak biarkan aku pergi seorang-seorang " .

" Dah lah aku nak masuk tidur. Lambat pulak aku bangun esok " aku bangun dari duduk ku.

Langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik. Ni kalau aku lambat pergi kerja esok, mahunya kena hambur dengan Cik Orked.

Nadia yang masih terpekik terlolong memanggil nama aku, aku hiraukan. Nanti dia dah penat dia diam lah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience