Part 15.

Romance Completed 30722

Malam ini akan diadakan kenduri tahlil untuk arwah Nadia di rumah ibu Maria. Aku benar-benar rasa kehilangan ketika ini. Yang paling mengecewakan aku, aku tidak sempat bercakap dengan Nadia.

Jatuh kasihan aku melihat ibu Maria. Nadia ialah satu-satunya anak yang dia ada. Kini Nadia sudah pergi menghadap illahi. Memang benar setiap yang bernyawa pasti akan mati tapi cara kematian Nadia penuh dengan tanda tanya.

Aku termenung sendiri. Nadia berubah sejak pulang daripada birthday party Daniel. Ada kena mengena dengan Daniel ke atas apa yang telah terjadi pada Nadia? Aku tiada bukti untuk menuduhnya. Tapi naluri hati aku kuat mengatakan apa yang terjadi pada Nadia ada kena mengena dengan Daniel.

Tiba sahaja di rumah sewa aku dengan Nadia, aku terasa sayu. Terbayang kenangan-kenangan indah aku dengannya. Kami saling bergelak ketawa. Perlahan-lahan air mata aku mengalir.

" Nadia, aku rindukan kau...rindu sangat-sangat " kataku sendiri.

Kaki aku atur melangkah masuk ke dalam bilik Nadia. Setiap sudut di dalam bilik Nadia membuatkan aku terbayang wajahnya.

Di atas meja Nadia ada sehelai kertas. Aku mendekati kertas itu. Di hadapan kertas itu tertulis nama aku. Tanpa berlengah lagi aku terus membuka lipatan kertas itu.

Assalammualaikum Reena.
Disaat kau baca surat ni mungkin aku dah tiada lagi. Aku minta maaf Reena. Semua yang terjadi berpunca daripada diri aku sendiri. Aku yang sibuk mendesak kau untuk pergi birthday party Daniel. Kalau lah kita tak pergi, semua ni mungkin tak akan terjadi. Aku malu nak cerita dengan kau apa yang dah jadi pada aku malam tu. Jadi aku pilih untuk mendiamkan diri jer. Aku tak berani nak meluahkan pada kau. Sebenarnya lepas kau pergi tandas malam tu, aku pengsan disebabkan kesan ubat tidur yang Daniel dah letak dalam air yang aku minum tu. Dia bawak aku dekat dalam bilik hotel. Bila aku buka jer mata, aku tengok ada seorang lelaki yang aku tak kenal. Kita orang berdua dalam keadaan tiada seurat benang pun. Lelaki tu dah rogol aku Reena. Dia ugut aku, kalau aku laporkan pada polis atau mengadu pada sesiapa dia akan bunuh aku, kau dan keluarga aku. Aku takut. Aku tak nak libatkan sesiapa. Jadi aku pilih untuk mendiamkan diri saja. Aku lega bila kau diselamatkan oleh Danish pada malam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience