" Kurang ajar. Kau hancurkan semua plan aku! " marah Daniel.
Dia memegang perutnya. Mungkin sakit barangkali.
" Plan apa? Plan kau nak buat dosa? Tak cukup dosa yang kau dah buat dengan aku dulu? " lelaki itu ketawa sinis.
" Kau masih berdendam pada aku? " soal Daniel.
" Lebih baik kau berambus keluar daripada bilik ni sekarang sebelum aku sebarkan pada media apa yang kau dah buat ni " ugut lelaki itu.
Muka Daniel berubah cuak. Dalam kesakitan dia bangun dan terus berlalu. Sempat dia merenung tajam pada aku sebelum berlalu.
" Awak okay? " soal lelaki itu pada aku.
Aku mengangguk perlahan. Mujur lelaki ini cepat sampai. Jika tidak entah apa nasib aku.
" Lain kali hati-hati. Jangan mudah percaya orang. Saya pergi dulu. Keluar daripada bilik ni cepat " pesannya sebelum berlalu.
Aku masih belum sempat mengucapkan terima kasih padanya kerana sudah membantu aku. Siapa lelaki itu? Apa hubungannya dengan Daniel? Dan macam mana dia boleh tahu Daniel telah merancang semuanya?
Tiba-tiba aku teringatkan Nadia. Apa yang dah jadi dengan Nadia ? Aku cepat-cepat mengambil beg tangan aku dan terus berlalu pergi daripada bilik itu.
Aku cuba menghubungi Nadia tapi tiada respons. Sungguh aku risaukan Nadia ketika ini. Nak buat report polis masih belum 24 jam kehilangan Nadia.
" Ya Allah mana kau pergi Nadia? Ya Allah Ya Tuhanku kau selamatkan lah Nadia " doaku.
Aku ingin menghubungi keluarga Nadia tapi aku takut keluarga Nadia akan risau.
Puas berfikir akhirnya aku membuat keputusan untuk memandu pulang ke rumah dahulu.
Sampai sahaja di hadapan rumah sewa aku dengan Nadia, aku melihat mangga pagar sudah tidak berkunci lagi. Ini bermakna Nadia sudah pulang. Tapi dengan siapa dia pulang? Sedangkan dia datang dengan aku tadi.
Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah.
" Nadia! Nadia kau dah balik ke? " laungku.
Aku naik ke tingkat atas. Bilik Nadia aku tuju.
" Nadia, kau ada kat dalam ke? " pintu biliknya aku ketuk berkali-kali.
Akhirnya terbuka juga.
" Nadia? Kau dah balik? " soalku.
" Dah " Nadia mengangguk perlahan.
" Kau tinggalkan aku macam tu jer? Nadia kau tahu tak aku hampir jadi mangsa rogol Daniel " beritahu.
Muka Nadia sedikit terkejut.
" Aku...aku tak tahu..aku ingat kau dah balik tinggalkan aku dulu " jawabnya.
" Nadia tak mungkin lah aku nak tinggalkan kau. Kenapa aku telefon kau banyak kali kau tak jawab? " soalku.
Share this novel