Part 10.

Romance Completed 30722

Selepas pulang daripada kerja, aku singgah di pasaraya tesco untuk membeli barang dapur yang sudah habis. Selepas itu aku terus pulang ke rumah.

Sebaik enjin kereta dimatikan, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kereta Nadia ada, ini bermakna dia sudah pulang daripada pejabat. Oh ya lupa aku beritahu Nadia bekerja sebagai kerani.

" Nadia oh Nadia " panggilku.

Pelik. Selalunya waktu-waktu begini Nadia akan menonton televisyen di ruang tamu. Jarang dia berkurung di dalam bilik.

Aku naik ke tingkat atas. Pintu bilik Nadia aku ketuk.

" Nadia kau tengah buat apa tu ? " soalku.

Tiada sahutan. Aku ketuk lagi pintu biliknya. Kali ini lebih kuat.

Akhirnya Nadia membuka juga pintu biliknya. Aku terkejut melihat keadaan Nadia yang tidak terurus. Biliknya juga bersepah-sepah. Pelik. Nadia tidak pernah begitu. Dia seorang yang pembersih.

" Nadia kau kenapa ni? " soal aku.

" Tak ada apa lah " jawab Nadia acuh tak acuh.

" Nadia beritahu aku kenapa dengan kau ? Kau dah makan ke belum? Kenapa berkurung dalam bilik macam ni ? " soalku banyak.

" Hey! Kau jangan nak menyibuk lah Reena. Suka hati aku lah nak buat apa pun. Kau tak ada hak nak tentukan apa yang aku buat! Aku nak makan ke, tak nak makan ke itu bukan masalah kau. Tak ada kena mengena dengan kau pun. Mind your own business. Kau tu dulu pun aku kutip tepi jalan. Jangan sibuk hal aku " .

Bamm. Pintu biliknya dihentak kuat. Aku terkedu. Mataku sudah berkaca. Kenapa dengan Nadia? Sampai hati dia sanggup berkata begitu pada aku. Salah ke jika aku hanya ingin mengambil berat padanya ?

Perlahan-lahan langkah kaki aku atur masuk ke dalam bilikku sendiri. Aku melabuhkan punggung di birai katil. Fikiranku masih berfikir tentang Nadia. Aneh, tiba-tiba sahaja dia berubah sehingga begitu sekali.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam restoran nasi ayam. Tiba-tiba tekakku teringin nak makan nasi ayam hari ni. Selalunya aku akan mengajak Nadia. Tapi sejak dua tiga hari ni Nadia hanya diam. Mungkin dia ada masalah peribadi dan aku patut beri dia masa.

Sementara menunggu pesanan makanan, aku membaca novel terbaru keluaran penulis yang aku minati.

" Assalamualaikum " .

Aku mengangkat muka memandang pemilik suara itu.

" Danish? " .

" Awak tak jawab salam saya lagi " perlinya.

" Waalaikumsalam " jawabku.

Danish terus menarik kerusi di hadapan aku lalu di labuhkan punggungnya di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience