Part 14.

Romance Completed 30722

Hari ini aku pulang awal sikit daripada tempat kerja kerana kepala aku sakit. Macam biasalah, migrain aku datang. Aku sudah biasa cuma kadang-kadang sakit kepala menyukarkan aku untuk membuat kerja.

Selepas keluar daripada kereta aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Aku hairan melihat kereta Nadia ada di garaj. Selalunya waktu begini Nadia masih belum pulang daripada tempat kerjanya.

Kaki ku atur ke bilik Nadia. Mungkin Nadia juga sama seperti aku tidak sihat jadi dia mengambil mc. Pintu bilik Nadia aku ketuk perlahan.

" Nadia oh Nadia. Kau ada kat dalam ke? " soalku.

Tiada sahutan. Aku cuba ketuk pintunya lagi. Tapi tetap sama, tiada sahutan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke dalam biliknya. Tombol pintu biliknya aku pulas.

" Ya Allah Nadia! " hampir luruh jantung aku melihat Nadia terbaring di atas katil dalam keadaan mulutnya berbuih.

Aku dan ibu Maria duduk di ruang menunggu. Nadia masih di dalam bilik kecemasan lagi.

" Macam mana boleh jadi macam tu Reena? Nadia ada masalah ke? " soal ibu Maria.

" Reena tak tahu ibu. Tapi sejak dua menjak ni memang Nadia cuba menjauhkan diri daripada Reena. Reena dah cuba tanya pada dia tapi dia cakap dia okay " jelasku.

" Ya Allah ibu risau sangat-sangat Reena " .

" Sabar ya ibu. Kita doa banyak-banyak " pujuk aku. Bahu ibu Maria aku usap perlahan.

Seorang doktor keluar daripada bilik kecemasan. Aku dan ibu Maria terus mendekati doktor itu.

" Doktor, macam mana dengan anak saya doktor? " soal ibu Maria.

" Maaf puan. Saya dah cuba untuk selamatkan dia. Tapi dos ubat yang dia ambil terlalu banyak sehinggakan banyak organ dalaman dia yang dah rosak " .

Ibu Maria hampir rebah mendengar berita itu. Aku cepat-cepat memaut lengan ibu Maria.

" Puan tahu anak puan mengandung?" soal doktor itu.

Aku terkejut. Mengandung?

" Mengandung doktor? Kawan saya mengandung? " soalku seakan tidak percaya.

Siapa yang membuat Nadia mengandung? Nak kata Nadia ada teman lelaki, Nadia memang tak ada teman lelaki. Lagipun Nadia perempuan yang baik. Tak mungkin dia nak buat kerja terkutuk itu.

Doktor itu mengangguk.

" Dan kerana dia tertekan, sebab tu dia bunuh diri dengan makan ubat sehingga over dos " beritahu doktor itu.

Semakin kuat tangisan ibu Maria. Aku hilang kata-kata. Jadi selama ni Nadia menjauhkan diri daripada aku kerana dia mengandung?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience