Part 5.

Romance Completed 30722

Aku dan Nadia menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak hotel. Nasib baik sedap.

" Lepas ni kita terus balik kan? " soal aku pada Nadia.

" Ha'ah. But before tu kita jumpa Daniel dulu " jawabnya.

" Kau jer lah yang jumpa dia. Aku malas " .

" Tak baik lah macam tu Reena. Kita ni tetamu, kena lah hormat tuan rumah yang menjemput kita " nasihat Nadia.

Aku hanya diam.

" Hai ladies " tegur Daniel.

Dia mengambil tempat di sebelah aku. Kebetulan aku berdua sahaja dengan Nadia di meja bulat itu.

" Hai Daniel " balas Nadia.

Aku hanya membuat tidak tahu. Mulut aku masih terus mengunyah makanan yang berada di dalam pinggan. Ikutkan hati mahu sahaja aku mengajak Nadia pulang sekarang. Tapi nanti membazir pulak kalau aku tak habiskan makanan dalam pinggan aku dulu.

" Nadia, sedap tak makanan kat sini? " soal Daniel pada Nadia.

" Sedap. Sedap sangat-sangat. I suka " Nadia terangguk-angguk.

" Actually I ada air nak bagi pada you. Sedap tau jus ni. Bagus untuk kesihatan juga " .

Aku pandang Daniel. Dia nak bagi air apa pulak dekat Nadia ni? Bukan boleh percaya mamat tiga suku ni.

" Oh ya? Jus apa? " soal Nadia lurus.

" Sekejap ya...Ben, mana jus tu? " Daniel memanggil seorang waiter yang bernama 'Ben'.

Waiter itu mendekati meja kami dengan membawa segelas jus buah-buahan.

" Ni jus buah-buahan miss. Sedap sangat. Selain tu baik untuk kesihatan dalaman " jelas Ben.

Aku memandang wajahnya yang ralit menerangkan satu demi satu kebaikan jus itu. Entah betul ke tidak agaknya.

Nadia terangguk-angguk seperti burung belatuk mendengarkan penjelasan Ben.

" Minum lah Nadia " arah Daniel.

Aku menyepak perlahan kaki Nadia dan memberi isyarat supaya jangan minum jus itu.

" You nak jugak ke Reena? " soal Daniel sambil tersenyum kecil.

Aku menghadiahkannya jelingan tajam. Apa ingat aku hadap sangat ke jus dia tu? Entah ubat apa yang dia dah letak dalam tu agaknya.

Tanpa sempat aku halang, Nadia sudah meneguk jus itu sehingga separuh gelas.

" Ermm sedap. Nak rasa tak Reena? " soal Nadia pada aku.

Aku pantas menggelengkan kepala. Tiba-tiba perut aku memulas pula. Aduhh waktu-waktu macam ni lah nak membuang.

" Nadia, jom teman aku pergi toilet " ajakku.

" Alah perut aku mengah lagi lah Reena. Kau pergi seorang ea? Lagipun toilet dekat jer. Anything kau call aku. Okay? " .

Disebabkan aku dah tak boleh nak tahan lagi, aku terus berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience