Part 18.

Romance Completed 30722

Selepas makan malam aku duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Danish terus masuk ke bilik kerjanya. Katanya ada kerja yang perlu dibuat.

Siaran televisyen tiada satu pun yang menarik perhatian aku.

" Bosannya " keluhku sendirian.

" Bosan ke? " tiba-tiba suara Danish kedengaran.

Aku terus menoleh memandangnya. Danish pula terus melabuhkan punggungnya di sebelah aku.

" Bosan ke? " soalnya sekali lagi apabila aku tidak menjawab.

" Bosan lah jugak. Awak dah siapkan kerja awak ke? " soalku.

" Belum siap lagi. Tak boleh nak buat".

Aku mengerutkan dahi.

" Kenapa pulak? " .

" Sebab saya asyik ingat dekat awak jer " Danish tersenyum nakal.

Lah ingatkan sebab apa lah tadi.

" Awak, boleh saya tanya tak ? " soalku meminta izin.

" Apa dia? Tanyalah. Lepas ni tak perlu minta izin saya lagi " .

" Awak tak nak jumpa parents awak? Yelah sekarang ni kan kita dah kahwin " .

Danish diam seketika. Dia memandang wajah aku.

"Dhia dah bersedia untuk jumpa keluarga saya? Saya takut awak tak bersedia " soalnya.

" Danish, dia orang tu dah jadi keluarga saya jugak. Lagipun parents awak kena tahu siapa sebenarnya Daniel tu. Kita jumpa parents awak ea? " pujuk aku.

" Bila ? " .

" Esok " jawabku pantas.

" Esok? Cepatnya " .

Aku hanya ketawa kecil.

" Okaylah esok kita pergi jumpa dia orang. Lepastu boleh tak kalau kita singgah rumah Nur Kasih? " .

" Siapa pulak Nur Kasih tu? Awak ada perempuan lain ke? " soal aku.

Entah-entah aku ni isteri nombor dua Danish. Arghhh.

Danish ketawa mengekek.

" Nur Kasih tu nama rumah anak-anak yatim. Saya selalu datang situ. Awak ingat tak saya pernah cari buku kanak-kanak dekat kedai buku awak dulu? " .

Aku menarik nafas lega mendengar jawapan Danish. Ingatkan dia ada perempuan lain lah tadi. Baru aku teringat dulu Danish pernah membeli buku kanak-kanak di kedai buku aku bekerja. Ketika itu aku ingat dia belikan untuk anak dia.

" Oh. Saya ingat awak ada perempuan lain lah tadi " .

" Awak cemburu ya? " Danish tersenyum nakal.

" Mana ada " bohongku.

" You're bad liar Dhia " Danish merenung mata aku.

" Yelah saya mengaku saya cemburu. Lagipun mana ada isteri yang tak cemburu kan kalau suami dia sebut nama perempuan lain " akui aku.

" Haa mengaku jugak. Don't worry Dhia. Saya cuma cintakan awak seorang jer. I love you so much " Danish menggengam erat tangan aku.

Aku hanya tersenyum nipis. Padahal dalam hati berbunga-bunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience