Part 19.

Romance Completed 30722

Kereta yang dipandu Danish berhenti di hadapan sebuah rumah banglo tiga tingkat. Aku terpegun seketika. Rumah itu bagaikan istana. Jadi ini lah rumah kedua ibu bapa Danish. Yang kini sudah menjadi ibu bapa mertua aku.

" Jom turun " ajak Danish.

Aku mengangguk perlahan. Pintu kereta aku buka lalu terus keluar daripada kereta.

" Are you ready? " soal Danish.

" Yes I am. Awak ? " .

" Selagi awak ada sebelah saya, saya takkan takut " jawab Danish.

Aku tersenyum kecil. Danish mengenggam erat tangan aku. Kami berdua melangkah masuk ke dalam selepas pintu pagar dibuka.

" Pak Mahat apa khabar? " soal Danish ramah pada pengawal keselamatan di rumah itu.

" Alhamdulillah Pak Mahat sihat. Dah lama Pak Mahat tak jumpa Danish. Rasanya dah 5 tahun kan ? " .

Danish mengangguk perlahan.

" Pak Mahat saya masuk dulu ya. Nanti kita sembang lagi " Danish meminta diri.

Aku hanya memberikan senyuman pada lelaki yang dipanggil Pak Mahat itu.

" Assalamualaikum " .

Tiga pasang mata terus menoleh ke arah kami berdua. Aku yakin lelaki itu papa Danish dan wanita itu pula adalah mama Danish. Daniel terkejut melihat aku.

" Kau nak apa ha?! " marah lelaki itu. Dia bangun daripada duduknya.

Aku mulai kecut perut. Danish semakin kuat menggenggam tangan aku seolah memberi kekuatan.

" Saya nak jumpa datuk dengan datin. Ada benda yang saya nak bincangkan" jawab Danish.

Danish tidak memanggil mereka dengan gelaran mama dan papa.

" Hey kan aku dah pernah cakap kau jangan berani nak jejakkan kaki kau kat sini lagi " hambur wanita itu pula.

Daniel masih lagi memandang tajam ke arah kami berdua.

" Bagi jer dia masuk papa, mama " sampuk Daniel.

Aku tak tahu apa motif sebenar dia. Mungkin dia sengaja berpura-pura baik di hadapan mama dan papa nya.

" So kau nak apa? " soal Datuk Razif dingin.

Ketika itu kami semua di ruang tamu. Aku hanya menunduk.

" Saya nak beritahu yang saya dah kahwin. Dan ini isteri saya, Dhia Fareena " Danish memperkenalkan aku pada ahli keluarganya.

Jelas riak terkejut di wajah Daniel.

" Ni bini kau? " soalnya.

" Yaa ini isteri aku " jawab Danish.

Daniel ketawa sinis.

" Perempuan murah macam ni kau jadikan isteri? Kalau kau nak tahu, dia ni pernah goda aku. Dia ni pisau cukur. Pantang nampak lelaki berharta sikit, semua dia nak goda " selamba Daniel membuat fitnah ke atas aku.

Wajah Danish masih tenang. Mata aku sudah berkaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience